Bab 16

2.4K 104 11
                                    

Santai saja Alya bersama papanya di taman rumah mereka sambil-sambil melayani keletah si kecil Imani. Mamanya pula sibuk berkebun dengan kakak iparnya. Alongnya pula jadi kuli mama tolong siram bunga.

Hujung minggu begini kalau semua ada macam ni la aktiviti mereka. Beriadah bersama.

Bukan beriadah sangat pun lebih kepada berkumpul dan bersembang sambil mamanya belek pokok-pokok tanamannya. Ada mood rajin dia join la mamanya sekaki kalau tak macam ni lah. Mama berkebun dia lepak santai. Haha.

Bukan pemalas okay!

Tetapi rehat sebentar bersama kitkat.

Tadi dia dah tolong mama tetapi bila kak long ambil alih kerja yang dia buat terus dia kendong Imani pergi dekat papa.

Papa jadi mandur je dekat gazebo sambil makan pisang goreng dengan air teh. Dari tadi hanya mengarah dan memberi komen.

'Pasu senget.'

'Tolong alih pasu kecik tu depan sikit.'

'Tak cantik'

'Ada ke tanam bunga macam tu?'

Biasa dengar si isteri je kan yang suka membebel, mengarah dan memberi komen tapi tu keluarga lain la. Kalau dalam family Alya ni papanya memang suka memberi komen. Apa yang tidak kena dimatanya akan terus disuarakan. Tetapi kalau bab membebel mama juara. Tiada siapa yang boleh tandingi mama.

Sedang ralit Alya melayani keletah anak saudaranya Imani bermain tiba-tiba telefon bimbitnya yang berada atas meja di depannya berbunyi.

Mekla is calling!

Mekla itu ialah si Aqiela. Memang saja dia save nama Aqiela dengan nama Mekla. Sedap kan? Bff kita kan. Sweet gitu bila baca. Muahaha. Kalau tahu dek minah tu yang dia save nama Mekla mahu mengamuk setahun. Nak-nak nama dia pun nanti Qiela save lain. Contoh macam Liya gila! Or nak guna mek juga jadi jadi Mekya. Tak boleh kira itu kawan. Pendendam punya orang. Kalau tak ada kawan macam dia yang always positive ni rasanya dah ramai orang yang Qiela menyumpah seranah.

Oppss! Terpuji diri sendiri pula. Jangan marah na.

Dah-dah. Settle isu nama nama. Meh kita jawab call ni. Apa minah ni nak?

"Kau kat ne?"

Tak ada ribut, tak ada taufan, tak ada hai, tak ada salam terus terjah itulah namanya bff. Tak ada maknanya nak bersopan. Betul tak korang?

"Kat rumahlah. Awat?"

"Keluar jom?"

"Malas la. Lewat dah ni. Kau ada mana tu?" Alya menyoal.

"Aku ada kat luar ni. Cari barang sikit tadi.."

"Kalau macam tu kau datang rumah aku la lepak sini. Dah alang-alang kau dekat luar tu." Cadang Alya.

"Segan la."

"Kau nak segan dengan sapa? Macam lah tak pernah lepak rumah aku. Dengan papa aku pun kau main terjah aje. Eh segan dah kenapa pulak kau harini? Buang tebiat?" Hairan sekejap Alya sengan si Qiela ni.

"Hahahhaha.. Tak adalah. Sebab dah lama tak pergi rumah kau." Ketawa panjang Qiela apabila Alya memerlinya. Memang dia rapat dengan family Alya. Mama dengan papa Alya dia anggap macam ibu dengan abah dia sendiri lagi pun mama dengan papa Alya ni sporting jadi tak kekok la dia.

"Dah tu datang la."

"Iyalah! Iyalah! Aku datang. Lagi 10 minit sampai. Bye! Nak drive."

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now