BAB 2

4K 152 5
                                    

Alya terkocoh kocoh berjalan memasuki restoran. Dia sudah lambat. Mesti membebel kawan baik dia tu. Janji pukul 1.30 petang tapi sekarang dah 1.45 petang. Mati la nak. Tak sanggup nak dengar minah tu bebel. Konfem panjang berjela pakej dengan muncung itik sekali.

Matanya melilau-lilau mencari bayang Aqiela. Apabila terpandangkan Qiela yang sedang melambai-lambai memanggilnya itu terus dia melangkah menghampiri Qiela. Penuh pulak orang tengah hari ni. Sesak jadinya dalam restoran tersebut. Iya lah ini kan waktu makan tengah hari memang konfem konfem lah penuh. Apa lah.

Perlahan-lahan Alya tarik kerusi duduk depan Qiela dengan senyuman manis tak lekang dari bibir. Harap-harap si Qiela tak membebel panjang bila tengok senyuman manis bak gulanya ini.

"Kau tak payah nak tunjuk senyum kambing kau tu dekat aku. Tak laku. Panas tau dak hati ni tunggu kau. Janji pukul berapa sekarang pukul berapa?"

Haa kan dah cakap tadi. Minah ni kalau tak membebel tak sah.

"Ala jangan lah marah-marah beb. Nanti tak cantik muka hang. Muncung tu kurangkan sikit. Dah nak serupa muncung itik dah aku tengok." Usik Alya nak menceriakan keadaan.

"Mahu tak marah macam orang tak betul tau dak. Sorang-sorang kat sini. Bila pelayan mai order air je segelas tapi duduk berjam-jam. Rasa macam orang tengok aku pelik jaa." Ujar Qiela dengan marah dia tak habis lagi.

"Alaa sorry la. Dah la takmo marah-marah dah eh? Aku belanja kau hari ni." Pujuk Alya.

"Ok on. Aku nak order banyak-banyak." Terus berubah mood Qiela bila Alya nak belanja dia.

"Amboi kau sebut nak belanja je terus ceria eh."

"Ehh memang. Rezeki jangan ditolak. Ye dak?" Usik Qiela dengan muka macam mintak penampar Alya. Konon-konon habis cantik la tu buat muka macam tu.

"Iyo lah cik Qiela manis lagi menawan. Order lah kau nak order apa sementara aku baik hati ni." Ujar Alya.

"Ni sayang kau lebih ni." Bukan senang nak merasa pereka fesyen plus pemilik butik 'Qu Yins' ni nak belanja dia makan. Nak jumpa pun kena appointment bagai. Busy betul kawan dia sorang ni. Kalah perdana menteri.

Iya lah siapa tak kenal butik Qu Yins yang ada cawangan disetiap negeri. Walaupun baru 3 tahun 'Qu Yins' dilancarkan tapi sambutan tu memang meletop. Bangga kejap Qiela dapat jadi kawan baik Alya.

Alya ni pemilik butik Qu Yins tu tau. Nama sebenar dia Tengku Alya Zuyyin Tengku Ilham. Nama butik Alya tu pun sempena namanya jugak iaitu Tengku Zuyyin tapi nak komersial sikit jadi lah 'Qu Yins'.

Alya ni humble orangnya walaupun namanya ada pangkat diraja tapi dia tak pernah memandang rendah pada orang bawahannya. Sebab tu Qiela selesa berkawan dengan Alya.

Mereka berkawan rapat sejak Alya berpindah masuk sekolah Aqiela ketika berumur 14 tahun iaitu tingkatan dua.

Sebenarnya semasa sekolah rendah dan tingkatan satu Alya bersekolah di sekolah private tapi disebabkan jiwanya memberontak Alya pujuk papanya untuk bersekolah di sekolah harian biasa. Macam-macam cara Alya buat untuk pujuk papanya.

Bagi orang luar mesti beranggapan sekolah private ni bebas tapi sebenarnya tak. Banyak hal yang harus dijaga terutamanya reputasi mak ayah. Iyalah dah namanya sekolah private jadi sudah semestinya yang menghantar anak ke sekolah ini adalah dari golongan orang yang berduit. Masing-masing ingin menunjukkan kehebatan dan kekayaan masing-masing.

Bagi Alya, dia tidak suka suasana sebegitu dalam sekolah yang membolehkan mood dia untuk belajar merudum. Jadi di pertengahan tingkatan dua dia berhasil memujuk papanya untuk tukar sekolah.

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now