Katamu cintaku berlebihan
Cemburuku tak beralasan
Membuat dirimu tak nyaman
Maafkan aku sayangAku takut kehilangan dirimu
Aku takut takut kehilanganmu..
Aku takut kehilangan cintamu
Aku takut....Dengan penuh perasaan Alya menyanyikan lagu 'aku takut' dari kumpulan repvblik ketika menuruni tangga sehingga sampai ke bawah kedengaran.
Penangan tengok Jiwa Firdaus cover lagu itu dalam ig tadi. Sampai teringat-ingat dimulut.
"Setahu along lagu tu lagu sedih tapi awat kau nyanyi langsung hilang sedih?" soal Tengku Aqil apabila Alya melabuhkan punggung di sebelah Tengku Amnah, mama mereka.
"Ala tak semestinya kena sedih. Buat cara sendiri sudah la."
"Jahanam lagu orang." Komen Tengku Aqil.
Tajam jelingan Alya berikan kepada Tengku Aqil. Ada je tak puas hati dengan dia.
"Ni dress up bagai nak pergi mana?" Soal Tengku Amnah setelah lama dia berdiam diri memerhati Alya dengan Aqil berbicara.
"Hehe.. Nak keluar jumpa Qila jap ma."
"Keluar je kerja kau. Tak lekat kat rumah." ujar Tengku Aqil sengaja ingin menyakitkan hati adiknya itu.
Satu lagi jelingan tajam dihadiahkah untuk alongnya. "Biarlah. Sibuk je. Lagi pun bukan selalu pun keluar. Along tu yang pelik kenapa hari ni lekat dekat rumah pulak?" ujar Alya masih tidak berpuas hati.
"Along keluar buat kerja bukan keluar lepak macam kau."
"Ala kerja la sangat. Macam la orang tak tahu dia keluar buat apa."
"Buat apa? Bagitau sikit. Along pun nak tahu jugak along keluar buat apa." Sengaja Tengku Aqil berkata begitu untuk memprovok Alya.
"Alah along pun lepak jugak. Bukan keluar buat kerja sangat pun. Tak pun takat pergi gym tu, nak tunjuk kat sapa tah badan ketul-ketul. Bajet sado?" Bidas Alya pantas.
"Gym tu kira berfaedah la jugak. Nak tunjuk kat bini la along ada bini. Kau apa tahu." Balas Tengku Aqil tak mahu kalah. Suka sangat cari pasal dengan Alya. Adik perempuan merangkap anak perempuan Tengku Amnah dan Tengku Ilham satu-satunya.
Alya ni dengan orang luar je nampak macam tak berperasaan tapi kalau dengan famili sendiri pantang kena usik mula la keluar aura mengada manja gediks dia tu.
"Apa-apa je la along."
"Kenapa? Dah habis modal nak melawan kata ke?" Tengku Aqil tersenyum sinis selepas menanyakan soalan itu. Memang sengaja mencari pasal.
"Dah dah tak payah nak melawan kata sangat. Dah besar panjang jangan nak buat perangai kalah budak-budak." bidas Tengku Amnah menghentikan sesi melawan kata antara Aqil dengan Alya.
Kini giliran Alya pula yang tersenyum sinis kepada Aqil apabila mamanya menegur. Biarpun mama menegur mereka berdua tetapi dia lebih merasakan ayat itu untuk alongnya.
"Tak payah nak tersenyum bagai. Nak keluar tu keluar cepat. Balik awal. Ingat sikit awak tu anak dara. Biar lekat sikit dekat rumah. Hari lain dah la busy, bila cuti kawan yang dicari bukannya nak luang masa dengan famili ni." Bebel Tengku Amnah pangjang berjela.
YOU ARE READING
Cinta 2 Hati
RandomSyed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyend...