SUDAH dua minggu Alya tidak menjejak kaki ke ofis. Hari ini selepas puas memujuk suami dan mama akhirnya lepas juga dia. Itu pun dengan syarat tak boleh drive. Kena orang hantar. So terpaksalah driver papa iaitu Pak Yob menghantarnya.
Hafiy hari ini ada meeting awal jadi tak sempat nak hantar dia ke ofis.
Huaa.. Rindu kerusi kat ofis. Kau sabar jap eh. Kejap lagi tuan kau sampai.
Bermacam-macam pantang larang dan peraturan dia kena patuhi untuk datang ofis.
Pesan suaminya jangan over buat kerja, jaga kesihatan. Kalau rasa tak larat, rehat. Kalau tak sedap badan call dia.
Pesan mamanya pula jangan buat kerja, rehat. Kalau tak larat cepat-cepat call Pak Yob balik rumah.
Aduh! Mama. Orang datang ofis nak buat kerja dia larang kita buat kerja pula. Habis tu buat apa datang ofis kalau sekadar untuk rehat.
Setelah 20 minit perjalanan akhirnya Pak Yob memberhentikan kereta betul-betul di hadapan butik.
"Nanti kalau ada apa-apa call lah Pak Yob. Kalau nak balik pun call lah Pat Yob ye Liya." Pesan Pak Yob.
"Pak Yob jangan risau lah. InsyaAllah tak ada apa-apa. Nanti kalau saya nak balik saya bagitahu Pak Yob. Terima kasih ye Pak Yob. Hati-hati jalan." Alya terus menuju ke ofisnya.
"Assalamualaikum dan selamat pagi Ku Yin." Kelam kabut penyambut tetamu di pejabatnya bangun apabila Alya melangkah masuk.
"Waalaikumsalam dan selamat pagi." balas Alya dengan senyuman lebar. Mulakan pagi anda dengan senyuman semoga hari ini berakhir dengan penuh kebahagian.
Sebelum naik ke ofisnya di tingkat dua sempat Alya menjenguk ke dalam butik di sebelah. Lama dia berdiri di pintu yang menghubungkan antara ofis dan butik. Memerhati pekerja-pekerja butik menjalankan tugas masing-masing. Ada yang melayan pelanggan, ada yang menyusun pakaian, ada yang sedang mengemas. Yang mana perasan akan kehadiran Alya terus menyapa Alya. Alya hanya mengangguk dan membalas dengan senyuman.
Butik juga kelihatan tidak sesibuk mana. Mungkin bukan hujung minggu dan mungkin juga kerana masih awal lagi. Baru pukul 10.30 pagi. Butik pun baru setengah jam buka. Puas hati dengan mereka semua terus dia pusing untuk ke ofisnya pula.
Lisa yang sedang khusyuk membuat kerja terkejut dengan kehadiran Alya. "Eh! Ku Yin. Ku Yin dah sihat ke?"
"Assalamualaikum Kak Lisa. Alhamdulillah sihat."
"Hehe.. Waalaikumsalam. Betul ke ni dah sihat? Risau pulak kak Lisa." Ragu-ragu pula Lisa dengan Alya. Bukan boleh percaya sangat. Kadang-kadang bosnya ini akal panjang sampai boleh lepas dari pengawasan mamanya.
"Betul kak Lisa. Jangan risau lah. Kalau tak sihat bukan saya boleh ada kat sini. Kak Lisa ingat saya boleh lepas ke dengan mama kalau tak sihat? Memang tak la Kak Lisa walau panjang mana pun akal saya. Panjang lagi akal mama saya tu." Balas Alya seolah-olah tahu akan kegusaran Lisa.
"Hehehe.. Betul jugak tu." Lupa pula yang mama kepada bosnya itu lagi strict orangnya.
"Macam mana ofis dengan butik sepanjang saya tak ada ni?" Soal Alya sambil melangkah masuk ke dalam ofisnya. Letih pula berdiri lama-lama. Lisa mengikut langkah Alya daripada belakang.
"Alhamdulillah semua berjalan lancar Ku Yin."
"Jualan macam mana?"
"Ermm.. haritu jualan slow sikit tapi dua tiga hari ni dah okay sikit."
"Kenapa? Sebab kes saya tu ke?"
"Eh! Tak pasti la saya Ku Yin." Balas Lisa ragu-ragu. Nak cakap sebab kes tu macam serba salah tapi kalau tak sebab tu sebab apa pula tiba-tiba jualan turun kan?
YOU ARE READING
Cinta 2 Hati
RandomSyed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyend...