Bab 32

3.1K 135 14
                                    

Pagi pagi lagi Alya sudah menapak turun ke dapur.

Hafiy lepas subuh tadi tidur balik.

Penat sangat mungkin. Alya pun penat tapi malas nak sambung tidur balik sebab dia tahu kalau dia sambung tidur confirm terbabas.

Jadi lebih baik dia turun bawah buat apa yang patut.

"Eh pengantin baru awalnya bangun." Tegur Cikna mak saudara Alya. Sanak saudaranya yang duduk jauh-jauh masih lagi ada di rumah ini. Yang dekat-dekat sudah pulang ke rumah masing-masing selepas majlis semalam.

"Mana ada awal Cikna. Macam biasa je."

"Eh dah bangun." Lagi sorang menegur Alya. Kali ini mamanya pula yang tegur. Pelik sangat ke dia bangun awal? Memang Alya akui yang dia jarang berada di dapur seawal 7 pagi. Waktu kebiasaannya adalam jam 8 pagi.

"Sarapan apa pagi ni ma?" Tanpa mempedulikan perihal 'eh dah bangun dah' mamanya tadi Alya menyoal perihal makan apa pagi ini. Sengaja nak elak topik 'bangun dah' berterusan.

"Nasi goreng dengan bihun goreng. Liya tolong buat air jap." Arah Tengku Amnah. Dia sibuk kehulu kehilir. Walaupun majlis sudah selesai tapi sibuk Tengku Amnah tetap belum selesai. Ada je hal yang dia nak buat.

Selesai menghidang menu sarapan pagi ini Alya menapak naik ke bilik untuk melihat suaminya sudah bangun belum.

Kelihatan katil sudah kosong bermakna Hafiy sudah bangun. Bunyi air dari bilik air tahu la Alya yang Hafiy sedang mandi.

Ermm.. Nak buat apa eh?

Sediakan baju?

Ermm.. Kemas katil dulu lah.

Selimut yang bergumpal ditarik dan bantal yang berselerak disusun kembali.

Okay! Done.

Now? Tunggu Hafiy siap mandi then turun sarapan.

Baju Hafiy macam mana?

Nanti kalau dia sedia baju Hafiy siap-siap then Hafiy keluar dari bilik air dah siap berpakaian macam mana?

Tak ke buat malu je?

Asyik berperang dengan diri sendiri sampai tak sedar yang Hafiy sudah keluar dari bilik air.

"Kenapa tu?" Tegur Hafiy. Pelik tengok isterinya yang macam serba tak kena tu.

"Hah?" Terkejut Alya tiba-tiba ditegur orang. Dia melihat Hafiy yang dalam keadaan bertuala sahaja itu. Tiba-tiba mukanya terasa panas. Eh! Malu la pula. Nak keluar dulu boleh tak? Biar Hafiy cari sendiri la baju dia. Boleh?

"Apa yang tak kena? Macam ada sesuatu je." Hafiy menapak ke arah beg kecil yang berisi beberapa helai bajunya. Sehelai t-shirt dan seluar ditarik keluar. Tak perlu bawa baju banyak-banyak sebab lepas ni dia nak bawa Alya balik ke rumah orang tuanya pula sebelum berangkat untuk berbulan madu lusa.

"Tak ada apa lah. Tunggu abang siap je. Sarapan bawah." Dalih Alya. Kalau tahu dek mama yang Hafiy cari baju sendiri mahu kena ceramah ni. Sebelum nikah mama dah bagi kelas sehari untuk dia pasal mengurus rumahtangga. Perut suami kena jaga, rumah kena kemas, baju suami kena sediakan, kemahuan suami kena turutkan dan bla bla bla. Penat nak dengar.

"Dah jom." Tangan Alya ditarik perlahan untuk mengikutnya turun kebawah.

Alya hanya menurut langkah Hafiy. Tangannya yang berada dalam genggaman Hafiy langsung tak dirungkainya. Rasa macam kena mendrem dengan Hafiy pun ada. Macam lembu kena cucuk hidung. Ikut je. Ke sebenarnya kau suka Alya?

"Amboi pengantin baru sweetnye. Tangan tak lepas." Usik Aqil. Kebetulan selisih depan tangga. Masing-masing nak turun sarapan.

"Eh biarlah. Jeles la tu." Tangan Alya dilepaskan dan kali ini pinggang Alya pula ditarik dan dengan selamba Hafiy berjalan turun sambil memeluk pinggang ramping Alya.

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now