Bab 28

2.2K 114 2
                                    

Hari ini Hafiy sekeluarga bertandang ke rumah Alya untuk merisik.

Bulan lepas ketika Hafiy memperkenalkan Alya sebagai teman specialnya bukan main gembira lagi Puan Sri Sharifah Haziyah. Hari-hari senyum tak lekang. Berkenan sangat dengan pilihan Hafiy.

Kalau boleh esok juga dia mahu masuk meminang Alya namun bak kata suaminya, kita ni ada adat jadi buat satu persatu la. Alya pun ada family yang perlu diutamakan maka mengikut adatlah dia sekeluarga bertandang selepas sebulan Alya diperkenalkan. Lagipun banyak kekangan sikit sebelum ni.

Kalau ikutkan hatinya nak meminang je terus tapi atas permintaan anak teruna dan bakal menantu yang mahu majlis merisik sahaja dahulu jadi dia turutkan saja.

Aih nak tunggu sampai nikah ni lambat lagi la nampaknya dia boleh menantu. Lepas merisik bertunang pula. Lepas bertunang baru boleh nikah.

Apa yang nak ditangguh-tangguhkan?  Benda baik, buat apa nak lengahkan? Tunang je la terus. Apa susah?

Haritu pernah dia suarakan bantahannya terhadap rancangan Hafiy namun suaminya sekali lagi menyokong Hafiy dengan menyatakan urusan orang muda biarlah diorang yang tentukan.

Apa ingat orang tua ni tak boleh uruskan ke?

Merajuk kejap. Kejap je la sebab merajuk lama-lama pun tak ada orang pujuk.

"Maaf la kalau datang ni tak kena pada masa. Maklumla janji pukul 3 tapi belum 3 sudah sampai." Tutur Tan Sri Syed Amran. Janji dengan keluarga Alya pukul tiga tapi sekarang pukul 2.30 pm mereka dah terpacak depan pintu tuan rumah. Almaklumlah dek tak sabarnya isterinya tadi sampai belum zuhur pun dah dikerahnya dia dan anak-anak untuk bersiap. Bila dah masuk waktu zuhur terus sembahyang dan bertolak kemari.

"Aih tak apa la tan sri. Tak ada masalah pun. Pintu ni terbuka aja pukul berapa tan sri sampai pun." Seloroh Tengku Ilham walaupun tadi kelam kabut juga isterinya sebab belum bersiap. Mujur saja dia lelaki jadi nak bersiap apa la sangatkan? Asalkan kemas pakai baju seluar sudah.

"Jemput minum." Tengku Amnah datang bersama pembantu rumah menghidangkan air untuk tetamu.

"Maaf la lambat sikit. Jemput minum la dulu ya. Makanan baru tengah hidang. Kelam kabut sikit." Tangan dihulur untuk bersalam dengan Puan Sri Sharifah Haziyah. Tadi hanya Alya dan suaminya yang menyambut Hafiy sekeluarga masuk. Dia kelam kabut lari masuk bilik bersiap pakai tudung.

"Eh tak apa la. Kami ni yang patut mintak maaf. Sampai awal sangat." Segan pula Puan Sri Sharifah Haziyah apabila Tengku Amnah asyik meminta maaf sedangkan dia yang terlebih awal sampai. Excited nak dapat menantu kau apa tahu?

"Minum la dulu tan sri, puan sri sambil-sambil tunggu diorang hidang makanan kita bincang la dulu." Persila Tengku Ilham. Satu gelas dihulur kepada Tan Sri Syed Amran.

"Tak usah nak bertan sri bagai la Tengku, panggil je saya Amran. Lagi pun tak lama lagi kalau tak ada apa-apa berbesan la kita ya?" Gelas yang dihulur disambut mesra oleh Tan Sri Syed Amran.

"Hahaha.. Betul la tu. Saya pun panggil Ham je lah. Orang kata lagi pendek lagi mesra kan?" Gamat seketika suasana dengan ketawa mendengar gurauan Tengku Ilham.

"Jadi sebelum nak mula ni nak berpantun la sikit. Boleh la ya Ham?"

"Aaa sudah. Kita tak reti nak berpantun ni macam mana?" Gelabah pula Tengku Ilham apabila Tan Sri Syed Amran nak berpantun.

Hafiy hanya tersenyum melihat gelagak orang tuanya dan Alya. Nak berpantun bagai walidnya itu. Kan dah gelabah Tengku Ilham tu.

"Alah pantun simple je Ham. Tak lengkap pula kalau tak berpantun rasa majlis kita hari ni." Adat dulu-dulu ni kita kena teruskan. Kalau bukan kita siapa lagi?

Adat dan Tan Sri Syed Amran berpisah tiada.

"Silakan.. " ujar Tengku Ilham. Dalam kepala dah berlegar macam-macam ayat nak karang buat pantun untuk membalas.

"Pokok bonzai tersusun atas para
Nampaknya cantik berseri laman
Besarnya hajat tidak terkira
Hendak merisik bunga ditaman."

"Aduh! Kita ni tak pandai berpantun tapi saya cuba la ya.. Ehemm.. " Suara dibetul-betulkan. Idea tak ada lagi sebenarnya. "main whatsapp sambil makan-makan, hendak merisik dipersilakan." Sekali lagi gamat suasana dengan ketawa.

"Kira jadi la walaupun dua kerat ya? Hahaha." Dua kerat pun mujur jadi. Puas dikerah dah otak nak dapat pantun dua baris tu pun.

"Hahaha. Kira jadi la bila ada bunyi sama belakang tu Ham. Senang cerita macam ni la Ham, kami datang ni nak merisik puteri Ham dan Amnah sekeluarga. Ingat nak bertunang terus tapi dah anak-anak taknak jadi kita yang tua ni turutkan aja lah. Macam mana ya Ham? Boleh dirisik ke?" Malas nak berpantun lagi terus saja masuk ke tujuan utama tanpa kias.

"Boleh sangat Amran. Bukan bunga terlarang pun." Hafiy tak dapat kawal diri dari tersenyum mendengar kata-kata Tengku Ilham.

"Saya ingat nak diorang bertunang juga dulu tapi dah mereka bincang yang mana terbaik untuk mereka jadi kami pun turutkan je lah. Liya bagitau saya yang diorang nak buat majlis bertunang sekali terus dengan akad nikah. Keluarga Amran macam mana? Setuju ke?" Terus bersinar mata Puan Sri Sharifah Haziyah. Bertunang terus nikah? Memang setuju la. Dia ingat mereka nak bertunang dulu dua tiga bulan baru nikah. Kalau macam ni happy la mummy.

"Pihak kami tak ada halangan. Mana yang baik kami turutkan saja. Kalau macam tu, ini ada cincin tanda merisik. Harap sudi terima boleh la kita bincang tunang nikah pula. Ye dak?" kotak cincin yang dihulur oleh Puan Sri Sharifah Haziyah disambut Tan Sri Syed Amran lalu diberikan kepada Tengku Ilham.

"Kami terima dengan berbesar hati." Tengku Amnah mengangguk setuju dengan suaminya itu.

"Sebelum kita bincang dengan lebih lanjut marilah kita makan dulu." Jemput Tengku Amnah. Kesian tetamu pukul tiga lebih belum lunch lagi.

"Ha jom! Jom! Kita makan dulu. Nanti kenyang perut lagi senang hati nak bincang. Apa orang kata, gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati? Ecewah. Hahaha." Mentang-mentang nak berbesan dengan Tan Sri Syed Amran jadi terikut sekali nak berpantun Tengku Ilham.

"Hahaha. Betul jugak tu." Balas Tan Sri Syed Amran.

Mereka melangkah mengikut tuan rumah menuju ke ruang makan. Puan Sri Sharifah Haziyah rancak bersembang dengan Tengku Amnah. Jumpa geng.

Hafiy pula asyik bersembang dengan Aqil teman baiknya. Hani saja yang terkulat-kulat tak tahu nak sembang dengan siapa. Nak menyampuk umi bercakap nanti kena marah. Kak Liya pula tak duduk makan sekali. Sudahnya diam tak berkutik la dia.

Sebelum balik Hafiy sempat sembang dengan Alya sekejap. "Macam mana? Liya okay tak majlis tiga bulan dari sekarang?" Tadi lepas makan mereka berbincang dan kata sepakat telah diambil bahawa majlis akan berlansung tiga bulan dari sekarang.

Perancangan awal lepas zohor majlis bertunang dan diteruskan dengan akad nikah. Malam pula majlis bersanding belah perempuan dan lelaki. Dibuat sekali gus je. Penat pun sekali je.

Untung juga berkahwin dengan orang dekat ni. Tak perlu penat-penat nak buat majlis dua tiga kali.

"InsyaAllah. Liya okay je. Lagipun itu yang kita bincang haritu kan?"

"Mana la tahu tiba-tiba Liya berubah fikiran." Takut juga Hafiy kalau-kalau Alya tak setuju. Diam je dari tadi.

"Tak ada la. Liya okay je. Nanti free bagi tau Liya eh? Nak bincang pasal tema dengan baju nikah nanti."

"Orite sayang. Apa-apa hal bagitau abang. Abang balik dulu la. Jumpa nanti." Pamit Hafiy setelah umi, walid dengan Hani masing-masing sudah menunggunya di dalam kereta.




Tbc
08/08/19

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now