SUASANA di dalam butik 'Qu yins' pagi itu begitu hangat. Pagi-pagi lagi para pekerja butik sudah sibuk bergosip.
"Weih! Betul ke apa yang aku baca dekat web tu? Bos orang ketiga antara Amylea? Serius ah?" Kaunter pembayaran dijadikan tempat mereka bergosip.
"Macam tak percaya je. Aku tak rasa bos tu orang ketiga. Alah si Amylea tu kan pelakon. Saja je tu nak naikkan publisiti dengan cara murah macam ni." Sangkal salah seorang dari mereka. Masing-masing dengan pendapat sendiri. Ada yang terang-terang membela Alya, ada yang terang-terang mengutuk Alya. Hingar-bingar sebentar suasana ketika itu. Mujur sahaja butik belum dibuka lagi. Kalau tak mahu lari pelanggan dibuatnya.
Hari ini, pagi-pagi lagi dunia hiburan sudah digemparkan dengan satu berita tentang kisah cinta Amylea. Disitu terpapar jelas muka Alya sebagai perampas kekasih Amylea.
Jikalau Alya orang biasa mungkin berita itu tidak segempar ini. Namun disebabkan Alya seorang yang semakin dikenali kini menyebabkan orang mengikuti kisah ini.
Lisa yang kebetulan ingin keluar dari pejabat terus menjenguk ke dalam butik apabila mendengar bunyi bising disana.
"Korang buat apa tu?" Soal Lisa sambil melangkah masuk ke dalam butik melalui pintu yang memisahkan ruang butik dan pejabat apabila melihat pekerja butik ralit berkurumun sambil berbual.
"Eh! Kak Lisa. Kak Lisa dah baca gosip seorang pelakon dengan bos tu? Betul ke apa yang Amylea canang tu Kak Lisa?" Tanya salah seorang pekerja itu terhadap Lisa. Almaklum lah, Lisa kan setiausaha merangkap pembantu peribadi bos mesti tahu semua benda kan?
"Eh korang ni memang tak ada kerja eh? Betul tak betul semua tu biar bos sendiri yang keluarkan kenyataan. Kau ingat bos nak berdiam diri bila dah kena macam tu? Dah! Korang jangan nak bergosip sangat. Alamat tak betul apa yang keluar daripada mulut korang tu jatuh fitnah lah nanti. Mulut tu apa-apa jaga sikit. Ini tempat korang cari periuk nasi tau?"
Masing-masing menikus apabila dibebel oleh Lisa.
"Dah buat kerja semua. Kejap lagi nak buka butik. Manager korang mana?" Soal Lisa apabila kelibat manager butik tidak kelihatan.
"Puan Ain cuti harini Kak Lisa."
Patut anak buah sakan bergosip, mak buah tak ada rupanya. "Oh Puan Ain cuti lah yang korang sakan bergosip tak buat kerja ni?"
"Eh! Mana ada Kak Lisa."
"Dah! Aku taknak tengok lagi korang sibuk bergosip. Buat kerja masing." Sibuk je nak tahu dalam kain orang. Sebelum nak tahu kain orang punya cuba tengok dulu kain sendiri macam mana rupa.
Lisa membebel sendiri sambil melangkah keluar ke parkir kereta untuk mengambil barang. Dia pun tadi terkejut juga baca berita tersebut tapi tak ada la nak melatah bergosip macam tu sekali sebab dia tahu yang bosnya bukan orang sebegitu. Tak mungkin Alya perampas hak orang. Lagipun sebelum ni mana ada gosip-gosip macam tu. Tiba-tiba bila nama dah meningkat naik, dah kahwin timbul segala gosip yang tak sedap didengar. Memang orang saja je nak jatuhkan Alya ni.
* * * *
Alya menjeling sekilas ke arah telefonnya yang tak henti-henti berbunyi. Dari tadi bermacam-macam panggilan dia dapat. Dari wartawan, dari blogger dari pelanggan tetap butiknya sendiri. Kesemuanya inginkan penjelasan darinya. Namun dia tiada kekuatan untuk menjelaskannya. Fikirannya kusut.
Dengar sahaja perkataan dari wartawan terus sahaja dia matikan panggilan tersebut. Jika dari pelanggan tetapnya dijelaskan serba sedikit yang dia bukan seperti itu. Selepas itu, mana-mana panggilan sudah tak dihiraukan lagi.
Bingit dengan bunyi yang tak henti-henti itu Alya bertindak dengan mematikan terus telefonnya.
Masih jelas terpampang setiap patah perkataan yang terpapar pada berita yang dibacanya tadi.
YOU ARE READING
Cinta 2 Hati
RandomSyed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyend...