Amylea berjalan ke hulur ke hilir di ruang tamu rumahnya.
Datin Maria yang duduk menonton tv itu serabut pula melihat kelakuan Amy. "Kamu ni kenapa Amy? Kehulu kehilir. Mama nak tengok tv tak senang." Marah Datin Maria. Ganggu konsentrasinya saja nak tengok drama akasia pukul 7.00 pm. Drama meletop ni mana boleh terlepas.
"Hisy mama ni, mama tahu tak yang Hafiy dah kahwin tadi? Amy serabut tau. Tak ada angin tak ada ribut tahu-tahu dah kahwin." Dua bulan dia sibuk dengan shooting untuk drama terbarunya buat dia lupa seketika dengan Hafiy. Tambah pula bulan lepas dia terbang ke Jepun kerana lokasi untuk shooting drama tersebut adalah disana. Lagi la buat dia lupa dengan Malaysia. Bukan sibuk shooting je, sibuk enjoy. Sambil menyelam sambil minum air.
Pagi tadi baru je dia sampai ke Malaysia semula. Bila dapat tahu yang Hafiy menikah hari ni jatuh terus mood holidaynya.
"Dah sampai jodoh dia. Kahwin la." Ujar Datin Maria sarkastik. Amylea menjeling tajam Datin Maria yang khusyuk tengok tv itu. Orang tua ni kalau tak menyakitkan hati aku tak sah.
"Yang mama elok rilek tengok tv ni tak dijemput kenduri ke?" Tanya Amylea sebal.
"Jemput. Kejap lagi mama bersiap la. Tunggu papa balik dulu." Suaminya belum sampai kerumah lagi. Jem agaknya.
"Kamu tak pergi ke? Ke tak dijemput?" Perli Datin Maria. Masa mula-mula Puan Sri Sharifah Haziyah datang mengundang dia seisi keluarga Amylea tiada di rumah. Dia pun tak berura-ura nak bagitau Amy yang Hafiy nak bernikah. Dia kenal perangai anaknya itu macam mana. Kalau Amylea pergi buat kacau dekat majlis orang tak ke haru jadinya? Buat malu keturunan dia saja. Dan untung saja Amylea tiada dalam negara.
"Tengok la dulu.." Tak ada semangat Amylea nak pergi tengok kekasih hati naik pelamin dengan orang lain. Kena pikir cara ni macam mana nak rampas Hafiy. Hafiy is mine okay? Dah kahwin belum tentu tak boleh bercerai kan? Eh ini Amylea la. Macam-macam cara dia boleh buat.
* * * *
Hafiy dan Alya masing-masing sibuk bersiap kerana majlis akan berlangsung pada jam 9.00 malam.Siap solat dan menukar pakaian kasual kepada baju malayu baby blue Hafiy keluar dari bilik hotel yang ditempah untuk mereka bersiap. Nak bersiap dari rumah memang tak sempat jadi dia tempah bilik hotel untuk mereka seisi keluarga. Lagi pun majlis akan diadakan di dewan hotel ini.
Kalut sangat kalau semua dari rumah jadi siap-siap di sini tak ada la penat sangat nak berkejar.
Dia hanya memakai baju melayu tanpa samping. Majlis lambat lagi, sempat la dia naik balik pakai samping kejap lagi. Bagi peluang kepada Alya untuk bersiap. Perempuan lagi leceh dari dirinya. Nak bersolek nak pakai baju nak pakai tudung bagai. Sempat la dia naik bersiap nanti. Sekarang nak tengok persiapan dalam dewan macam mana.
Alya pegun di kerusi, redha mukanya ditata rias oleh make up artis yang ditempahnya.
Tok! Tok! Tok!
"Masuk!" Laung Alya. Pintu bilik Hafiy tak kunci rasanya.
"Wow cantiknya Liya." Teruja Damia melihat muka Alya. Cantik bak hang!
Ini belum siap lagi kalau dah siap memang terpukau la nampaknya."Memang kena cantik la kak Mia. Liya kan raja sehari. Mana boleh biar orang lain lagi cantik dari Liya." Bangga pula rasa bila orang puji cantik. Muahahaha!
"Aip duduk diam!" arah MUA tersebut bila Alya tak reti duduk diam. Sikit lagi nak siap dah.
"Habis tak cantik daa." Usik Damia. Alya mencebik. Adik ipar dia ni boleh tahan gila-gila juga sebenarnya. Time sopan, sopan yang amat. Bila ada yang merasuk hantu pun boleh kalah dengan Alya.
YOU ARE READING
Cinta 2 Hati
RandomSyed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyend...