Bab 42

1.8K 89 6
                                    

Apa hubungan mereka?

Dia ini siapa dimata Hafiy?

Betul ke Hafiy cintakan dia?

Kenapa umi pun macam rapat je dengan perempuan tu?

Betul ke dia ni perampas hak orang?

Bermacam-macam soalan berlegar-legar di kepala Alya.

Kusut!

Lama kelamaan perasaan yakinnya terhadap Hafiy berkurang apabila satu persatu adengan berlaku di depan mata.

Awal-awal dulu dia boleh positifkan diri tapi sekarang makin susah nak positif.

"harghhhhh.. " Panjang keluhan dilepaskan. Serabut memikirkan semua ni.

"Dah kenapa mengeluh ni sayang?" Hafiy menapak mendekati Alya yang elok bersandar di kepala katil itu. Sebenarnya dah lama dia berada dimuka pintu bilik memerhati Alya yang sedang termenung tu. Entah apa yang dimenungkan pun tak tahu lah. Macam ada masalah negara pun ya.

"Hah? Tak ada apalah." balas Alya berselindung. Terkejut sebenarnya dengan kemunculan Hafiy yang tiba-tiba itu. Bila masa Hafiy buka pintu bilik pun dia tak sedar. Alih-alih kena tegur, mahu tak terkejut.

"Tipu!" Sela Hafiy. Tak ada nya orang mengeluh termenung macam ada masalah ni tak ada apa-apa kan?

"Betul la. Penat je sikit." Alya bangun dari katil untuk mengelak Hafiy bersoal lebih. Dia tak sedia untuk berkongsi hal itu dengan Hafiy. Takut sebenarnya. Takut jika betul yang dia ni perampas hak orang.

"Dah tu ni nak pergi mana? Umi cakap sayang tak makan lagi. Betul ke?"

"Tandas." ujar Alya sepatah. Malas nak jawab soalan kedua tu. Buat sakit hati je bila teringat hal tadi.

"Sayang tak makan lagi ke?" Soal Hafiy sekali lagi.

"Hmmm.. "

"Kenapa?"

Menyirap darah Alya mendengar soalan kenapa daripada Hafiy. Macam mana nak makan bila tengok suami sendiri makan dilayan perempuan lain? Cuba habaq mai siapa je tak putus selera kalau tengok perempuan lain layan suami kita? Meh kita berdebat kalau korang tak rasa apa-apa.

"Tak rasa nak makan." Jawapan itu pula yang terkeluar daripada mulut Alya. Kalau ikutkan hati nak je dia cakap dah kenyang makan hati tapi takut nanti banyak pula soalnya. Jadi dipendam segalanya dalam hati.

"Sayang tak makan apa lagi kan dari petang tadi? Tak lapar ke? Jom la makan sikit, abang teman." Hafiy menarik tangan Alya untuk keluar bersamanya. Dia serba salah sebenarnya. Dia dah kenyang tapi isterinya itu tak sentuh makanan pun lagi. Suami jenis apa dia ni?

"Eh! Eh! Nanti lah. Liya tak rasa nak makan pun lagi." Alya tahan Hafiy. Dikeraskan dirinya supaya Hafiy tak semedang je menarik tangannya.

"Tak rasa nak makan lagi? Habis tu sayang nak makan pukul berapa? Sekarang dah 11 lebih tau? Jom la makan sikit." Ajak Hafiy sekali lagi. Dia tahu ada yang tak kena dengan Alya. Tengok cara Alya bahasakan dirinya Liya tu dah la. Alya jarang bahasakan dirinya Liya kalau berdua-duaan dengannya melainkan ada orang lain.

Mesti ada yang tak kena ni? Tak apa nanti kita korek.

"Jom la." Tak berputus asa Hafiy mengajak Alya untuk makan apabila Alya masih pegun di situ.

"Tandas jap." Putus Alya lalu berlalu ke tandas. Dia harus tenangkan dirinya dahulu baru boleh bertentang mata dengan Hafiy lama-lama.

Hati mak ni masih lagi sakit jah!

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now