BAB 10

2.7K 114 0
                                    

Lagu raya berkumandang disegenap ruang di dalam butik Qu Yins.

Hari ini sempena hari terakhir pada bulan syawal baru Alya berkesempatan untuk membuat majlis rumah terbuka aidilfitri. Sebelum ini hanya menghadiri majlis-majlis rumah terbuka orang maka hari ini biar orang pula yang datang ke rumah terbukanya.

Melihatkan kecerian pada wajah pekerja-pekerjanya membuatkan Alya turut tersenyum. Penat lelah mereka semenjak dua bulan sebelum ramadan sehingga penghujung ramadan mereka raikan hari ini dengan santai, bersuka ria dan kenyangkan perut.

Tamat majlis semua kakitangan yang berkenaan mula mengemas butik untuk kembali seperti sedia kala. Pihak catering juga sudah siap mengemas barang-barang mereka. Meja kerusi yang disewa juga sudah diangkat muat lori oleh pihak penyewa.

Kini yang tinggal hanyalah pekerja-pekerja butik yang masih membersihkan kawasan dalam butik. Sampah sarap dikutip, lantai disapu dan dimop sebelum menyusun kembali perabut-perabut, perhiasan dan juga rak-rak untuk pakaian digantung.

Selesai kerja yang dilakukan oleh Alya, tangannya diangkat dan ditepuk beberapa kali untuk menggamit perhatian para pekerjanya. "Nanti dah siap semua kerja, sila berkumpul sekejap sebelum balik. Saya ada nak cakap sikit." Pesan Alya.

Setelah mendapat jawapan balas daripada para pekerjanya, pantas kaki ditujukan ke arah jug minuman yang berada di kaunter pembayaran. Rasanya baru tadi dia minum tapi dah dahaga balik. Nanti jenuh la keluar masuk tandas.

Sambil minum dia memerhatikan para pekerjanya. Kebanyakannya sudah siap mengemas dan hanya duduk bersantai sambil bersembang. Hanya tinggal kak Lin sahaja selaku cleaner butik yang masih menyapu lantai di bahagian depan butik.

Air yang masih berbaki di dalam gelasnya dihabiskan sebelum dia melangkah ke tengah-tengah ruang butik dimana para pekerjanya berkumpul setelah kak Lin selesai menyapu.

Mata masing masing terus tertumpu terhadap Alya apabila Alya tiba di hadapan mereka.

"Okay saya ingin bercakap sedikit sahaja memandangkan muka masing-masing dah penat. Pertamanya saya nak ucapkan ribuan terima kasih kerana melancarkan majlis hari ini dan yang kedua adalah esok saya beri kamu semua cuti. Kita tutup butik esok." Terang Alya secara ringkas tujuan dia menyuruh mereka berkumpul sebelum balik.

Masing masing terus bersorak apabila mendengar perkataan cuti dari mulut big boss mereka. Bukan selalu mereka senang senang dapat cuti sebegini.

"Tapi Ku yin esok Ku ada meeting dengan klien dekat butik ni." ujar Kak Lisa selaku PA Alya mematikan soratan pekerja pekerja lain.

"Haah tak apa Kak Lisa pagi esok saya datang butik kejap. Meeting pukul sepuluh kan?" soal Alya.

"Iya pukul sepuluh. Nanti saya datang teman Ku."

"Eh tak payah la Kak Lisa." Jawab Alya pantas.

"Lagipun meeting tu sekejap saja. Just nak confirmkan rekaan yang mana saja. Saya boleh handle sendiri. Saya bagi Kak Lisa rehat je besok. Tak payah risau pasal butik. Ada apa-apa lagi yang perlu diuruskan esok? " Sambung Alya lagi.

"Ada barang yang perlu diposkan esok Ku." Jawab salah seorang kakitangan yang bertanggungjawab terhadap pengeposan barang.

"Ouh barang tu macam mana? Dah siap di packing atau esok baru nak di packing?" soal Alya serius.

"Semua dah diuruskan Ku, cuma tinggal untuk diposkan sahaja."

"Kalau macam tu tak apa lah. Saya boleh poskan esok. Okay selain daripada tu ada lagi masalah lain?" tanya Alya lagi. Apabila melihatkan semuanya menyatakan tiada jadi sekali lagi dia menyatakan terima kasih dan majlis bersurai.

****

Awal awal pagi lagi Hani sudah terpacak depan pintu bilik Hafiy sampaikan Hafiy terkejut apabila buka saja pintu tiba tiba nampak satu lembaga hello kitty berdiri depan dia dengan senyuman gigi darlie.

Pelik? Tak kut sebab biasanya kalau Hani ni buat sesuatu di luar kebiasaannya ini mesti ada sesuatu yang diingininya.

Apa yang luar biasa?

Inilah berdiri depan pintu bilik dia dengan senyuman manis bak gula. Hani mana pernah bangun pagi pagi macam ni kalau hari tak sekolah.

Eh tapi hari ni hari isnin kan? Tak cuti. Habis kenapa terpacak depan bilik dia dengan baju tidur lagi ni.

Hafiy pandang Hani atas bawah atas bawah. "Kau ponteng ke hari ni?" Itu soalan pertama yang keluar daripada mulut Hafiy.

"Mana ada ponteng. Orang tak sihat la." jawab Hani.

"Tak sihat apa elok je along tengok. Tak ada rupa orang sakit pun."

"Betul la. Orang ada MC la doktor bagi semalam." rajuk Hani apabila Hafiy macam tak percaya kan dia.

"kau memang bab mintak MC nombor satu. Kalau tak sakit pun doktor boleh tulis sakit. Doktor dah menyampah dah tengok muka kau. Kaki drama." tergelak Hafiy dengan kata katanya sendiri.

Makin cemberut muka Hani apabila Hafiy mengatanya. Terus berubah muka daripada senyuman semanis gula kepada sepahit hempedu semasam lemon.

"Hah ini nak apa sampai tunggu along depan pintu bilik ni?" soal Hafiy setelah ketawanya reda.

360 darjah daripada manis kepada masam kepada manis semula muka Hani apabila mengingatkan tujuannya terpacak depan pintu bilik abangnya ini. Nak mintak tolong orang kena buat muka baik baik. Nanti orang tak tolong.

Tapi ini Hani lah. Kan alongnya dah mention tadi yang dia ni kuat drama jadi kalau mintak tolong elok-elok tak nak tolong maka kita berdrama la.

"Along busy tak hari ni?" soal Hani sehabis lembut. Ini taktik nak beli jiwa ya sekalian semua.

"Entah." jawab Hafiy acuh tak acuh.

"Alaa betul betul la. Busy ke tak?  Takkan along tak tahu jadual kerja along sendiri." soal Hani tak puas hati.

"Tak pasti la. Bukan along yang urus jadual kerja along. Kau tanya along busy ke tak ni dah kenapa? Buang tebiat?" Muka Hani dipandangnya pelik. Budak ni memang ada apa apa yang dia nak ni. Pikir Hafiy.

"Mana ada buang tebiat. Orang nak mintak tolong sikit je." nada suaranya diperlahan dan dileretkan sedikit apabila perkataan mintak tolong itu diucapkan.

Untung sabut nanti along tolong tapi kalau tak untung pun pasti dia akan buat untungkan jugak. Ini Hani lah. Berapa kali nak ulang? Ini Hani tau.

"Tolong apa?"

"Hehe... "

"Eh orang tanya tolong apa gelak pulak. Tak tolong baru tau. Cakap la tolong apa? Kalau boleh tolong along tolong, kalau tak boleh tolong kirim salam awal awal." seloroh Hafiy.

"Mana boleh macam tu. Along kena tolong jugak." Bentak Hani.

Eh eh budak ni. Dah la nak mintak tolong orang. Nak main main hentak kaki pulak.

"Cakap la dulu tolong apa? Apa yang susah sangat nak cakap. Nak suruh along seludup barang terlarang ke apa?"

"Ish bukan la..."

"Habis tu nak mintak tolong apa?" Cantas Hafiy laju. Geram sebenarnya. Nak mintak tolong orang tapi payah betul nak nyatakan apa itu.

"Bagi la orang habis cakap dulu." Marah Hani. Orang tak habis cakap lagi dah potong. Lepas tu nak marah orang.

"Iyalah adik ku sayang. Cakap la. Along dengar. Along tak potong dah." Pujuk Hafiy. Kena pujuk cepat cepat sebelum minah ni merajuk. Hani kalau merajuk kalah budak lima tahun tau. Anak bongsu la katakan.

"Hani nak suruh along tol.... "

Along!

Masing masing pusing mengadap tangga tanpa Hani menghabiskan ayatnya apabila terdengar suara seseorang melaung dari arah sana.

# # # #



Jeng jeng jeng
Hani nak mintak tolong apa ya tu?



Tbc
20/11/18






Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now