"Abang?"
"Hmm.. "
"Okay tak tu?" Soal Alya.
Hafiy merenung Alya dengan muka simpati.
"Hmmm.. Sayang! Tak boleh ke kalau sayang tak pergi?" Soal Hafiy pula.
"Aip! Mana boleh abang. Tak lama pun aih. Dalam 2 jam je. Lepas tu sayang balik la." Pujuk Alya. Susah nau nak berenggang.
"Haa dua jam je pun. Buat apa sayang nak pi. Baik duduk rumah teman abang. Lagipun hujung minggu macam ni orang duk rumah. Spend time dengan family la sayang bukan pi kerja."
"Amboi-amboi sedapnya cakap. Habistu sapa nak rasmikan nanti?" Hari ni Alya kena pergi ke cawangan baru butiknya di Bangi. Majlis perasmian pembukaan butik diadakan pada pagi ini.
"Alah.. Tak payah rasmi. Buka je lah macam biasa."
Alya menjeling Hafiy seketika. Senang betul bercakap. Bukan nak sokong butik kita ni. Bila ajak pi sekali tak nak. Macam-macam alasan bagi. Sesak la. Bukan tempat dia la. Nanti bosan la.
"Abang ni kenapa sebenarnya? Kenapa pulak hari ni tak bagi sayang pergi? Sayang bukan nak pergi holiday. Nak pergi kerja bang. Bukan jauh pun. Bangi tu je. Kejap je. Lepas rasmi terus sayang balik. Tak pun jom la kita pergi sekali." Ajak Alya.
"Tak nak la abang. Bukan tempat abang tu. Nanti abang terkontang kanting kat situ sorang-sorang. Baik duduk rumah."
Haa see? Kan dah cakap. Tak adanya nak ikut kita pi sekali. Memang ada je alasan dia.
"Dah tu. Duduk la rumah. Kejap je." Ujar Alya memujuk.
"Abang tak biasa la. Nanti kalau jadi apa-apa macam mana?"
"Ya Allah! Nak jadi apa?"
"Apa-apa je lah. Pasu pecah ke, bunga sayang botak ke. Haa macam mana?" Balas Hafiy.
"Kalau abang jaga tak adanya nak jadi semua tu. Tak pun abang balik rumah umi la kalau susah-susah sangat." Cadang Alya.
"Alaa.. Malas la nak drive."
Alya jatuhkan bahu. Macam-macam. "Dah tu?"
"Sayang tak payah pergi la."
"Abang! Please. Sayang kerja. Kejaaap je. Understand me please." Pujuk Alya.
"Ye lah. Tapi janji lepas rasmi terus balik. Tak payah nak layan customer tu semua."
"Okay abang. Janji." Habis la hilang customer VVIP bila owner tak tunjuk muka. It's okay la bang. Demi you, I rela.
"Sayang pergi dulu tau. Take care kat rumah ni. Makanan kat dapur tu sayang dah prepare. Tinggal abang sendukkan je. Kalau nak yang panas tu panaskan la. Susu apa semua ada je dalam bakul dekat meja tu haa." Sambung Alya lagi sambil meninggalkan pesan. Bila orang dah bagi greenlight kena cepat-cepat pi takut nanti makin melarat dramanya.
Bila kereta Alya hilang daripada pandangan Hafiy melangkah longlai masuk ke dalam rumah.
"Daddyyy... Mummy mana?" Soal anak kecil yang berlari mendapat Hafiy.
Hafiy mengeluh perlahan. Belum hilang asap kereta Alya dah ada yang tanya mana mummy. Hiperbola betul Hafiy ni kan?
"Mummy kerja la sayang." Jawab Hafiy. You can do it Hafiy. Small matter je. Alah jaga budak kecil je pun. Apa susah? Kacang je.
"Kerja?" soal anak kecil itu polos.
"Yes! Adik mana?"
"Kat atas."
YOU ARE READING
Cinta 2 Hati
RandomSyed Aisy Hafiy; jejaka tampan berkerjaya serba serbi ada. Boleh dilabelkan sebagai 'Mr perfect 10' tapi bila dihitung dikira balik rupanya ada satu kurang dalam hidupnya iaitu insan bernama ISTERI. Di usianya yang menjangkau 30-an dia masih menyend...