Bab 30

2.5K 98 7
                                    

Pejam celik pelik hari ini dah 15 ogos. Satu tarikh yang akan menjadi sejarah buat Alya dan Hafiy.

Pagi-pagi lagi rumah sudah riuh dengan suara Tengku Amnah mengarah orang buat itu ini.

Lepas zohor nanti akan diadakan majlis bertunang dan disusuli dengan majlis akad nikah.

Majlis akad nikah akan dibuat di rumah sahaja. Bukan seperti tipikal pangantin lain yang akad nikah dimasjid.

Aqiela kawan baik Alya pula awal pagi lagi sudah sampai. "Mana baju kahwin kau? Aku nak tengok." Excited macam dia pula nak kahwin.

"Ada dalam bilik sebelah. Kejap lagi kak Mia ambil." Balas Damia kakak ipar Alya.

"Lepas ni turn Qiela la pula kahwin." Usik Damia.

"Kak Mia! Qiela ni lambat lagi. Qiela bukan macam orang tu ada yang tergila-gila sampai tak menyempat nak kahwin." Ratu drama sudah mula. Alya menjeling Aqiela sekilas. Kalau tak drama memang tak senang hidup Aqiela agaknya.

"Ada pula macam tu. Mustahil tak ada yang berkenan?" sanggah Damia. Tak percaya la dia. Tengok rupa Aqiela ni cantik manis takkan tak ada someone special.

"Kak Mia jangan nak percaya sangat dengan drama queen ni. Auta je lebih. Ada je yang tergila-gila tapi dia yang jual mahal." Alya masih teringat lagi dengan rakan sekerja Aqiela yang suka sangat kejar Aqiela.

"Hisy.. Tak mau la aku kat dia. Aku nak crush aku je." Tak suka la Aqiela bila Alya mengungkit pasal mamat tak tahu malu tu. Orang dah terang-terang tolak masih lagi nak kejar-kejar.

"Jangan jual mahal sangat nanti tak laku. Jangan tak suka sangat nanti Allah twist kan hati tu baru tau." Nasihat Damia. Kita hidup atas muka bumi Allah ni biarlah berpada-pada. Hidup bersederhana. Jangan tamak, jangan riak, jangan takbur. Dalam menyukai jangan terlampau, dalam membenci jangan terlalu takut nanti bila Allah balikkan hati kita baru kita tahu langit itu tinggi atau rendah.

Astafirrullahalazim. Insaf sekejap.

"Kenapa kau nak buat majlis sekali? Kenapa tak bertunang dulu baru fikir nikah?" Soal Aqiela.

"Berapa kali nak tanya da. Hari tu rasa aku dah explain. Biarlah penat sekali harung je." Tepuk dahi Alya. Berapa kali nak explain pun tak tahu la. Pelik sangat ke bila buat majlis bertunang, nikah dan sanding dalam satu hari je? Tak kan?

"Hehehe.. Sorry! Sorry! Saja nak bagi kau marah-marah sikit. Lepas ni nak jadi bini orang dah. Entah-entah dah tak ingat aku lepas dah ada laki ni." Sob! Sob! Sob! Sedih pula rasa nak lepaskan kawan baik dia ni.

Drama queen tak habis lagi berdrama. Macam dia pula parrent Alya.

"Sudah! Sudah la berdrama. Ni MUA dah sampai. Liya dah ambil air sembahyang kan?" Soal Damia sambil membawa make up artist itu masuk.

Alya akan disolekkan senatural yang mungkin mengikut kehendaknya sendiri.

Majlis bertunang dan nikah ni guna look yang sama je sebab baju untuk bertunang pun hanya pakai baju akad nikah je terus. Tak ada nak salin baju dua tiga kali. Buang masa je semua tu. Dan mungkin buang duit juga. Pakai tak sampai 1 jam dah tukar baju lain.

* * * *

Hafiy sudah bersedia di dalam kereta setelah siap berpakaian. Berdebar-debar hatinya ketika ini. Nervous nak akad nikah beberapa jam je lagi.

Semua lelaki pasti akan merasa perasaan ini kan? Ke dia je yang terlebih nervous?

"Okay dah jom. Kita gerak ke masjid berdekatan dengan rumah pengantin dulu. Lepas solat baru kita gerak ke rumah pengantin." Ujar Tan Sri Syed Amran setelah dia masuk ke dalam kereta.

Cinta 2 HatiWhere stories live. Discover now