"Suha.. berapa kali abang nak cakap, jangan angkat benda berat. Biar abang dukung Alif" bebel Faruq. Dah banyak kali dia nasihat suha jangan dukung anak mereka, Alif yang berusia dua tahun. Dia terus mengambil Aliff dari dakapan Suha.
"Mana ada Alif berat. Biarlah saya dukung Alif tu. Abang sengajakan sakitkan hati saya." Rajuk isterinya. Faruq Cuma mengelengkan kepalanya saja.
"Siapa kata abang sengaja sakitkan hati sayang. Abang bukan apa, Abang kesian dengan babies kita kena hempap dengan abang dia. Abang risau Sayang penat" ujarnya lalu mencium ubun-ubun isterinya. Kini isterinya hamil 7 bulan anak kembar. Anak ketiga mereka.
"Sayang dah siap kemas baju. Petang ni nak pergi dah"
"Dah bang. Semua dah siap. Tak sabar nak jumpa adik-adik sayang. Apa khabar agaknya mummy dan papa?" Soal Suha sambil memeluk pinggang suaminya.
"ibu.. nak susu" ucap Alif yang didakapan ayahnya.
"Kejap ya sayang" suha melepaskan pelukannya lalu melangkah keluar dari bilir tidur mereka.
"Ala.. anak ayah ni kacau daun betullah. Baru nak peluk ibu" luah Faruq tak puas hati.
"Dont sad ayah. Muahh" Alif terus mencium pipi Faruq sambil tersengih.
"Amboi.. pandai sudah dia bodek ayah. Siapa Ajar ni?" soalnya sambil mencium pipi anak terunanya itu.
"Ibu" jawabnya spontan. Faruq tergelak mendengar jawapan anaknya itu.
*************
"Honey.." jerit Zaki. Dia memanggil isterinya yang sibuk memakai baju anak mereka yang baru berusia setahun.
"Saya di bilik bang" balasnya
"I'm coming" ucap Zaki lalu berlari anak menaiki tangga.
"Abang dah packing semua barang, ada barang perlu bawa lagi ke?" soal Zaki kepada isterinya.
"Saya rasa itu saja kot barang perlu bawa. Tak ada yang tertinggal" balas sang isteri.
"Abang rasa ada yang tertinggal"
Dia Mengerut Dahi mendengar kata-kata Zaki. Tak silap semua yang sudah dia listkan dah simpan dalam beg. Apa lagi yang tertinggal? Getus hatinya
"Hati abang tertinggal di hati Honey." Ucapnya penuh romantis sambil mengedipkan matanya.
"Jadi abang nak ambil balik ke?" Duganya
"No.. Abang nak Honey simpan. Because you are my sunshine that give a light in my heart." Ucap Zaki sambil tersenyum manis terhadap isterinya.
"Dah abang.. jangan nak mengada. Kalau tak ada apa-apa, kita berangkat sekarang" ujarnya lalu mengangkat anak perempuan mereka, Sarah.
Cup
"Abang!" Merona merah wajah dia apabila suaminya mencium pipi tanpa izin.
"Abang suka tengok muka Honey merah macam buah epal." Ucapnya sambil ketawa lalu melangkah keluar dari bilik mereka.
"Abang!" jeritnya.
Sampai hati Zaki samakan dia dengan buah Epal. Hish..
*************
"Abang!!" jerit Lina apabila melihat susuk badan Haikal berjalan kearahnya. Dia berlari untuk mendapat Haikal lalu memeluknya erat. Haikal turut membalas pelukan adiknya.
"Lina rindu abang" luahnya ikhlas. Haikal ketawa.
"Bukankah pagi tadi kita bertemu ke?" soal Haikal pelik
"Ala.. itu pagi, sekarang petang. How many hours you left this house. 10 hours!! U know" beritahu Lina sambil memaut lengan Haikal.
"Abang tak rindukan Lina" soal Lina lagi.
"Abang rindu sangat dengan adik abang yang manja ni. Hmm... Mana Sya?" soal Haikal apabila kelibat Sya tidak muncul. Selalunya mereka berdua akan berlari mendapatkan dirinya.
"Sya tolong mummy masak" jawab Lina.
"Lina tak tolong mummy masak ke? hmm? Tak baik taw biarkan mummy buat kerja sorang-sorang" ujar Haikal.
"Lina tolong mummylah tadi.. tapi tengok kereta abang masuk di perkarangan rumah terus lari dapatkan abang.hehehe"
Haikal mengeleng kepalanya melihat teletah adiknya yang manja itu. Dari kecil sampai sekarang Ellina dan Allisya amat rapat dengannya.
"Haikal.." panggil Alyah. Dia memberi senyuman apabila melihat Haikal.
Haikal berjalan kearah Alyah lalu menyalam tangannya
"Awal balik Haikal. tak sihat ke?" soal Alyah risau. Selalunya sebelum maghrib anak dia balik.
"Taklah mummy. Saja nak balik awal. Lagipun Kakak dan Ana datang ke rumah hari ni kan" beritahu Haikal. Alyah Cuma mengangguk sahaja. Dia tak sabar berjumpa dengan anak-anaknya yang sudah berkeluarga itu. Tak sabar nak jumpa cucu.
"Oh ya mummy, petang ni saya dan Taufiq keluar kejap. Main Tennis." Beritahu Haikal.
"Baiklah kalau macam tu. Taufiq tak keluar dengan tunang dia ke hari ni? lama mummy tak jumpa dengan Sumayyah" ujar Alyah.
"Tak silap Haikal, Taufiq ada beritahu yang Sumayyah ajar budak-budak karate malam ni. Tak lama lagi mereka nak bertanding " beritahu Haikal.
Sumayyah merupakan tunang kepada Taufiq. Dia seorang yang amat lasak dan suka menyertai aktiviti-aktiviti lasak seperti karate, hiking, snorkeling dan lain-lain. Lebih kagum lagi dia pernah menyertai sukan angkat berat. Dia seorang yang keras kepala dan degil.
Mungkin dia mempunyai dua orang abang yang menjaganya bagai menatang minyak yang penuh. Namun, Dia tetap mempunyai sifat penyayang dalam dirinya.
Tambahan pula mereka bertiga merupakan rakan karib dari sekolah rendah lagi. Taufiq jatuh cinta pada Sumayyah apabila melihat kehebatan Sumayyah berkarate semasa pertandingan di peringkat sekolah dahulu.
"Owh... nanti beritahu Taufiq ajak Sumayyah makan sini. Mummy rindu dengan dia."
"Baik mummy" balas Haikal.
"Lina, sambung tugas Lina yang tergendala di dapur tadi" arah Alyah sebelum beredar untuk menyambung tugasnya yang tergendala sebentar tadi.
"Okay mummy"balasnya lalu mengikut langkah Alyah.
(Maaf kalau story hambar.... saya cuba menjadi orang terbaik.)
![](https://img.wattpad.com/cover/154472282-288-k33320.jpg)
YOU ARE READING
Tunggu Di Pintu Syurga
RomanceSumayyah bekas atlet angkat berat merupakan anak kepada Encik Azam bekas tentera. sifat dia berbeza dengan wanita lain. Sumayyah suka aktiviti lasak dan bertindak melulu tanpa berfikir membuat ayahnya pening kepala dengan perangai anaknya itu. Sum...