Pejam celik pejam celik sudah 20 hari umat islam menyambut bulan ramadhan. Syukur Alhamdulillah Ilham sudah dibenarkan balik setelah keadaannya kembali pulih.
Haikal berasa lega apabila dia dibenarkan untuk berpuasa bersama dengan ahli keluarga yang lain. Syukur Alhamdulillah dia masih mampu bertahan untuk berpuasa.
Itupun sentiasa dipantau dengan teliti oleh Taufiq dan yang lain. Setiap malam mereka akan solat terawih bersama-sama di masjid atau di surau rumah Encik Izzudin.
Pada 10 malam terakhir, Rumah agong Encik Izzudin telah mengadakan majlis rumah terbuka untuk anak-anak yatim dan budak tahfiz.
Anak-anak Datin Irma turut terlibat sama untuk meriahkan suasana majlis tersebut. Kesemua ahli keluarga Datin Irma sibuk melayan tetamu yang hadir. Mereka semua berpakat menggunakan baju Melayu berwarna biru tua.
Azan maghrib sudah berkumandangan. Pelbagai jenis makanan yang dihidangkan kepada tetamu yang hadir untuk berbuka.
"Abang nak makan apa-apa tak? Kalau ada, Maya ambilkan untuk abang" Maya membetulkan ketayap di kepala Haikal.
Haikal mengelengkan kepalanya.
"Nantilah abang makan.selepas selesai majlis abang makan. Abang baru makan kurma untuk alas perut. Kalau banyak makan senak perut abang nanti. Tak selesa nak solat" ujar Haikal lalu terbatuk kecil.
Sejak kebelakangan ni dia kerap batuk sehingga susah untuk bernafas. Dia berasa berat hati nak mengadu kepada Taufiq dan Asyraff apabila melihat mereka sibuk untuk majlis hari ini dan juga keadaan Ilham yang terlantar di hospital.
Tambahan pula, majlis ini bermula selepas zohor. Mereka membawa anak-anak yatim pergi membeli barang keperluan untuk hari raya seperti baju raya dan kasut. Malah mereka turut membeli peralatan untuk sekolah.
Maya mengangguk faham.
"Abang okay tak ni? Nak demam ke? Maya asyik dengar abang batuk je dari tadi" ujar Maya risau lalu menyentuh dahi Haikal. Normal.
Hatinya berasa bimbang dengan keadaan Haikal yang asyik batuk. Dia perasan ada sesuatu tak kena dengan pernafasan Haikal bila dia merebahkan kepala di dada Haikal. Macam ada bunyi yang ganjil. Bunyi orang mnghidap asma.
"abang okay. Penat sikit kot. Dahlah yang. Papa dah panggil untuk solat tu" beritahu Haikal apabila melihat Encik Izzudin membuat penguguman untuk mejemput semua tetamu untuk menuju ke surau.
"Tapi..."
"Maya jangan risau. Bang okay je. Kalau abang rasa lain macam. Abang inform yang lain" bersungguh-sungguh Haikal meyakinkan Maya.
Maya mengeluh panjang sebelum mengangguk. Perlahan-lahan dia mengusung kerusi roda Haikal masuk ke rumah.
Encik Izzudin telah menjemput seorang ustaz yang terkenal untuk menyampaikan ilmu agama selepas maghrib.
Mereka yang hadir untuk mendengar ceramah tidak bosan dan mengantuk kerana ustaz tersebut sentiasa menyelitkan gurauan dalam penyampaiannya. Ada juga yang mencatat apa yang disampaikan oleh ustaz tersebut.
Taufiq yang khusyuk mendengar ceramah tersebut tersentak apabila Haikal yang duduk disisinya melentokkan kepala di bahunya.
Dia tidak boleh melihat wajah Haikal kerana Kepala adiknya tertunduk. Namun dia perasaan tangan Haikal sedang mengengam baju di bahagian dada.
"Kenapa Haikal? mengantuk ke? Adik sakit belakang? Nak bersandar kat abang ke?" soal Taufiq bertalu-talu. Dia lupa Haikal tidak boleh duduk terlalu lama kerana sakit belakang.
"Haikal tak boleh bernafas" ujar Haikal tercungap-cungap bagai orang sedang mencari udara.
Terbuntang mata Taufiq mendengar setiap patah perkataan yang keluar dari mulut Haikal. dia dapat melihat bahu Haikal naik turun.
Shit.
Tanpa membuang masa dia terus mencempung tubuh Haikal keluar dari surau tersebut. Ahli keluarga yang lain mula panik apabila melihat Taufiq mendukung Haikal keluar dari surau.
Alyah, Maya, Datin Irma, Encik Izzudin, Dr Hazwan, Asyraff, Danish dan Jasmeen turut menyusuli belakang Taufiq.
Taufiq merebahkan tubuh Haikal di atas kalit lalu mengurut dada Haikal perlahan-lahan.
"Kenapa ni Taufiq?" soal Jasmeen yang sudah berdiri disebelah anak buahnya itu.
"Haikal mengadu sesak nafas. Adik cuba tarik nafas perlahan-lahan" arah Taufiq. Yang lain sudah mula risau
Haikal cuba untuk menarik nafas namun payah. Nafasnya terasa singkat sahaja dan dadanya sudah mula sakit. Dia sudah terbatuk-batuk.
Keadaan menjadi lebih panik apabila dada Haikal bergerak turun naik. Haikal mengenggam erat dadanya dengan tangan.
"Ab... Abang Haikal tak bo...leh ber...nafas. Dada Haikal sakit. Uhuk..uhuk..uhuk.."
Nafasnya terasa berat.Dadanya terasa sangat sakit. Seperti tak ada oksigen yang masuk ke paru-parunya.
"There something wrong with his breathing" ujar Jasmeen yang memeriksa dada Haikal.
"Taufiq kita perlu bawa Haikal ke hospital dengan segera. Aku risau dia akan terkena serangan jantung. " ujar Dr Hazwan serius.
Taufiq dan Jasmeen mengangguk.
"Asyraff siapkan kereta" jerit Taufiq dan berlari keluar dari kamar Haikal. Dia mendukung Haikal
"Yang lain tunggu sini. Make sure majlis ni berjalan lancar." Beritahu Jasmeen yang turut mengikut mereka.
Mereka mengangguk faham.
Asyraff sudah menghidupkan enjin. Lalu membawa kereta ke hospital dengan pantas.
"Ya Allah anakku" jerit Alyah lalu menekup mulutnya.
"Maya bersabar ya." Pujuk Putri
Maya mengangguk perlahan.
'Abang'
Rintih hati Maya
(sila baca cerita baru ni yee.. Tak tahu kenapa nak buat cerita baru.. Hmmm..)
YOU ARE READING
Tunggu Di Pintu Syurga
RomanceSumayyah bekas atlet angkat berat merupakan anak kepada Encik Azam bekas tentera. sifat dia berbeza dengan wanita lain. Sumayyah suka aktiviti lasak dan bertindak melulu tanpa berfikir membuat ayahnya pening kepala dengan perangai anaknya itu. Sum...