"Bila ada masa lapang, Maya datang lagi ke sini ya?" ujar Alyah sambil memeluk Maya dengan erat sekali.
"Insha-Allah mummy" ucapnya ikhlas.
Apabila selesai bersalam dengan ahli keluarga Taufiq. Dia melangkah masuk ke dalam perut kereta Taufiq.
Sepanjang perjalanan. Taufiq tidak henti mendail nombor seseorang. Apabila tiada yang mengangkat dia mengeluh. Dia tidak putus mencuba sekali lagi.
"Awak, biarlah saya yang drive. Dari tadi bertelefon je. Cuba fokus jalan dihadapan tu, inilah punca kemalangan di jalan raya semakin meningkat. Disebabkan leka bertelefon" bebel Maya.
Maya seorang yang patuh dengan peraturan. Mungkin sifatnya itu diperoleh oleh ayah yang bekerja sebagai seorang tentera dan abang sulungnya pula seorang pegawai polis. Fawad pula seorang tentera seperti dirinya tapi bahagian lain.
"Sekejap ye sayang. Saya call Haikal tak dapat" ujarnya risau.
"kawan-kawan dia?" tanya Maya.
Dia memang tahu perangai Taufiq yang over risaukan adiknya yang seusia dengannya, Haikal. apa-apa yang berlaku, yang pasti Haikal yang orang pertama dia cari dulu.
Taufiq mengeluh lalu mengelengkan kepalanya.
"Tak dapat juga." Ujarnya gusar.
"Mungkin mereka masih tidur" duga Maya.
"Ish.. tak mungkinlah. Haikal tak pernah tidur waktu macam ni."
"Joging" duga Maya lagi.
Taufiq menghembus nafasnya perlahan
"hmmm... maybe" dia termakan dengan jawapan Maya.
Selepas ni dia akan menelefon Haikal semula. Sekarang dia perlu fokus pada buah hatinya.
"Eh.. kejap" ujar Maya pelik.
"kenapa?" soal Taufiq.
"Ini bukan jalan kerumah saya." Maya baru perasaan jalan ini bukan jalan kerumahnya.
"Bingo" ucap Taufiq tersenyum dengan penuh makna.
"Kita nak pergi mana? Awak tahukan malam ni saya ajar budak" beritahu Maya.
"Saya tahulah.. But Today you're mine. Kita jalan-jalan"
"Kita jalan pergi mana" soal Maya lagi.
"Tengok wayang, karoeke, pergi taman negara, or mana-mana awak suka" jawab Taufiq.
"Bosan. Tak best" ucap Maya ringkas.
"So, awak nak pergi mana?" soal Taufiq pelik.
Bukan ke semua yang dia sebut, apa yang diminati oleh golongan wanita.
"Kita main Paintball" jawab Maya sambil menjongket sebelah keningnya.
Lama sudah dia tak melibatkan diri dengan aktiviti yang digemarinya itu.
Bulat mata Taufiq memandangnya. Dia lupa orang duduk disebelahnya bukan perempuan yang suka hiburan tapi suka aktiviti lasak.
"Others?" soal Taufiq lagi.
"Flying fox"
"lain.."
"hiking"
"aktiviti yang senang"
"hmmm.... skytrekking" jawab Maya.
Susah benar ajak orang yang tidak gemar sukan lasak.
Taufiq sudah menggaru kepalanya yang tidak gatal. 'skytrekking?? No way' getus hatinya. Dia gayat tempat tinggi.
Taufiq melepaskan keluhan berat
"Kita main paintbal" ujar Taufiq perlahan.
"Yes!" ucap Maya kemenangan.
"Saya ajak kawan-kawan yang lain" ujar Maya lagi.
Belum sempat dia menelefon rakan-rakannya, namun ditentang oleh Taufiq.
"Kenapa" tanya Maya tidak puas
"mana boleh orang lain kacau time kita dating" bohong Taufiq.
Semua rakan Maya memang handal bermain paintball. Kalau Maya ajak mereka, sudah pasti dia akan kalah. Ini akan merosakkan imejnya sebagai seorang yang gentlemen. kahkahkah
"Bosanlah kalau main dua orang je. Ajaklah yang lain" pujuk Maya.
Taufiq mengeleng kepala tanda tidak setuju.
"I want to spend time with you Only" tekan Taufiq.
Akhirnya Maya mengalah dan terpaksa setuju dengan permintaan Taufiq. Taufiq tersenyum bahagia.
"Inilah buat saya sayang awak ketat-ketat" ujarnya lalu tersengih.
"Ish... diamlah" marah Maya.
Taufiq ketawa kecil melihat muka Maya yang sudah masam mencuka itu.
Sepanjang hari tu mereka bermain paintball sampai lenguh kaki Taufiq dibuatnya. Maya pula tidak henti mengetawakan dirinya.
Badan je sado tapi main macam perempuan getus hati Maya.
**********
"Thanks for today" ucap Maya ikhlas. Selepas penat mengeluarkan peluh, Taufiq mengajak dia makan petang.
"You most welcome my dear. Lepas ni kita nak pergi mana?" soal Taufiq.
"Hiking" jawab Maya ringkas.
Maya sudah tergelak melihat muka Taufiq yang sudah cuak.
Hampir tersedak Taufiq dibuatnya.
"Saya nak balik. Penat. Nak rehat" ujar Maya.
"Owh.. Pandai penat juga dia ni" ucap Taufiq perlahan
"Perli nampak.." ujar Maya lalu memandang tajam kearah Taufiq yang masih mengunyah makanannya.
"Siapa perli awak? Siapa makan cili, dialah terasa pedas." Ucapnya.
"saya bukan robot tak pandai penat." Ujar Maya.
"Tahu pun" balas Taufiq.
"Nanti bila kita dah kahwin, Saya nak awak tinggalkan semua aktiviti lasak ni" beritahu Taufiq memecahkan keheningan antara mereka.
Terlopong mulut Maya apabila mendengarnya. No way
"mana boleh macam tu.. aktiviti lasak tu hobi saya. Mana boleh awak pisahkan saya dengan hobi saya" ujar Maya dengan nada tak puas hati.
"Bahayalah Maya. Semua aktiviti awak buat tu semua bahaya."
"Mana ada bahaya. Semua tu ada safety."
"Hiking ada safety ke?" duga Haikal.
"Ada. kalau kita tahu tekniknya" jawab Maya bersungguh.
Hiking merupakan aktiviti yang dia gemari. Lagipun dia sebagai tentera sering keluar masuk hutan. Hutan sudah sebati dengan dirinya.
"My answer is still no" tegas Taufiq.
"How about my work? Ia juga melibatkan keluar masuk hutan"
"tukar department lain yang tak libatkan dengan aktiviti lasak" ujar Taufiq.
"Hish..."
"Melawan"
"Suka hati sayalah! Awak bukan suami saya" ucap Maya sambil menjelirkan lidahnya.
"Soon" ucap Taufiq ringkas.
"What ever..." ujarnya lalu memutarkan bola matanya. Menyampah.
Belum jadi suami dah mengarah orang.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tunggu Di Pintu Syurga
RomansaSumayyah bekas atlet angkat berat merupakan anak kepada Encik Azam bekas tentera. sifat dia berbeza dengan wanita lain. Sumayyah suka aktiviti lasak dan bertindak melulu tanpa berfikir membuat ayahnya pening kepala dengan perangai anaknya itu. Sum...