Taufiq bersandar di dinding sambil memeluk tubuh. Matanya ralit memandang kearah Alyah membaca buku ilmiah. Mereka masih setia menunggu Haikal untuk sedar dari lenanya.
Dari pagi sampai sekarang Alyah setia menemani Haikal. Dia Cuma keluar sekejap untuk menolong masak dan masuk semula selepas selesai semua kerjanya. Solat pun di bilik tidur Haikal.
Anak perempuannya yang akan masak lauk setiap hari. Alyah tidak mahu meninggalkan Haikal seorang diri walaupun ada Maya menemani Haikal didalam bilik itu.
Haikal kembali tidur selepas solat subuh dan sampai sekarang tiada tanda-tanda Haikal nak sedar dari lenanya.
Taufiq memandang jam di dinding sudah pukul 4.30 petang dan Haikal belum lagi sedar dari lenanya.
Sudah seminggu Haikal begitu. Disebabkan dia sentiasa tidur dan tidak makan menyebabkan badan Haikal susut drastik sekali.
Taufiq mengeluh panjang. Perbincangannya bersama Dr Ikhwan masih terngiang-ngiang sampai sekarang.
flashback
"Adik kau semakin tenat" beritahu Dr Ikhwan yang melihat keputusan darah Haikal
"Sudah tiba masanya dia tinggal di hospital. Masanya sudah suntuk."
Taufiq mengelengkan kepalanya.
"aku nak bawa dia keluar esok"
"Are you lost your mind!! Kau sendiri dah tengokkan tadi yang kemoterapi yang dijalankan gagal. Badan dia dah tak mampu!!"
"Sebab tu aku nak bawa dia balik. Biar dia luangkan masa dengan isteri dan anak-anak dia. Ak... Aku belum puas nak luangkan masa dengan dia. I still need him" luah Taufiq sebak. Dia meraup wajahnya dengan kasar.
Dr Ikhwan mengeluh panjang.
"Okay.. tapi apa-apa risiko pihak Hospital tak bertanggunjawab" beritahu Dr Ikhwan sambil menepuk bahu Taufiq untuk memberi semangat.
Taufiq mengangguk lalu beredar dari situ dengan air mata yang tidak henti mengalir di pipinya.
'Kenapa Haikal? Kenapa bukan orang lain' rintih hati Taufiq.
End flashback
Taufiq tersentak apabila mendengar Alyah bersuara.
"Haikal, sayang dah bangun" ucap Alyah pilu sambil mengusap kepala Haikal.
Hatinya bagai tersiat-siat memandang wajah Haikal yang cengkung dan tubuhnya yang semakin susut seperti lidi. Seperti tiada isi dan cuma tinggal tulang saja.
"mmy.." panggil Haikal seperti berbisik disebalik oxygen mask yang digunakan.
"Ya sayang. Haikal nak apa-apa tak?" tanya Alyah.
"Maya?.." tanya Haikal bila dia tidak melihat kelibat isterinya.
"Maya tengah menyusukan anak-anak. Kejap lagi dia masuk. Haikal nak mummy panggil dia ke?" tanya
Haikal mengeleng lemah. Dia tak mahu mengacau Maya.
"Haikal mengantuk lagi?" tanya Alyah apabila melihat mata Haikal semakin layu. Tapi dia tak akan membenarkan Haikal tidur dengan perut kosong
Haikal mengangguk. Dia terlampau lemah dan letih untuk membalas pertanyaan Alyah.
"Boleh Haikal tahan dulu kantuk tu. Haikal belum makan lagi. perut Haikal masih kosong, perlu diisi." Beritahu Alyah.
"Boleh tak nanti Haikal makan. Haikal tak ada selera" ujar Haikal lemah.
"Adik kena makan. Abang nak bagi ubat" celah Taufiq yang berjalan kearah katil Haikal. Dia risau jika Haikal sambung tidur lagi entah bila dia akan sedar semula.
YOU ARE READING
Tunggu Di Pintu Syurga
RomanceSumayyah bekas atlet angkat berat merupakan anak kepada Encik Azam bekas tentera. sifat dia berbeza dengan wanita lain. Sumayyah suka aktiviti lasak dan bertindak melulu tanpa berfikir membuat ayahnya pening kepala dengan perangai anaknya itu. Sum...