Chapter 65

2.2K 72 8
                                    

Alyah mengenggam tangan Ilham yang masib belum sedar dari lenanya. Syukur Alhamdulillah keadaan Ilham sempat diselematkan.

Pihak doktor mendapati terdapat cecair di paru-paru Ilham yang menyebabkan dia tidak boleh bernafas dengan baik.

"Ilham, bangunlah.. Lama sangat Ilham tidur ni.. Ilham tak kasihan dengan mummy ke? Mummy rindu Ilham" luah Alyah dengan nada serak.

"sayang" panggil Encik Izzudin lembut.

Alyah terdengar suara suaminya , kepala diangkat lalu memeluk tubuh tegap itu. Air mata yang ditahan akhirnya terhambur.

Encik Izzudin mengusap kepala Alyah penuh kasih dan sayang. Jatuh kasihan melihat isterinya setia menunggu Ilham untuk sedar dari lenanya.

"sayang, anak-anak cakap sayang belum makan lagi. Apa kata sayang makan dulu dengan Allisya dan Ellina. Biar abang jaga Ilham" pujuk Encik Izzudin.

Anak-anak ada memberitahu bahawa Alyah tidak makan dari sahur pagi tadi. dia Cuma makan kurma saja untuk alas perut untuk berbuka.

Alyah mengelengkan kepalanya. Dia tidak ada selera nak makan dengan keadaan Ilham macam itu. Dia lebih rela lapar dan penat dari meninggalkan Ilham

"Sayang jangan macam ni... abang tengok sayang macam tidak bermaya. Apa kata kita balik berehat. Biar anak-anak kita jaga Ilham" pujuk Encik Izzudin lagi

"Alyah okay.. Alyah boleh bertahan lagi"

Encik Izzuidn mengeluh.

"mummy, biarlah Asyraff jaga Ilham. Mummy dari pagi jaga Ilham. Kami risau kesihatan mummy. Kalau mummy jatuh sakit, siapa nak jaga Ilham. Mummy tak percaya Asyraff boleh jaga Ilham ke?" kali ini Asyraff memujuk mummy kesayangannya itu.

"mummy tak nak.. biar mummy jaga Ilham. Asyraff baliklah berehat" ujar Alyah. dia masih bekeras untuk menjaga Ilham.

Encik Izzudin dan Asyraff menghela nafas lalu mengelengkan kepala mereka dengan kedegilan Alyah. mereka tak tahu cara apa lagi nak pujuk Alyah balik berehat.

"mummy"

Terdengar satu suara memanggil nama Alyah lalu mereka bertiga memaling kearah pemanggil tersebut.

Mereka melihat Haikal tersenyum kearah mereka.

 Maya membantu mengusung kerusi roda kearah tiga beranak tersebut lalu berehenti tepat dihadapan Alyah.

"Kenapa Haikal ada kat sini?" soal Alyah.

"nak jaga Ilham." Terang Haikal ringkas.

"mana boleh Haikal jaga Ilham. Haikalkan tak berapa sihat. Nanti Haikal jatuh sakit. Balik ya nak" pujuk Alyah lembut lalu mengusap kepala Haikal disebalik topi kupluk.

"Tak apalah.. dulukan Haikal selalu jaga Ilham time dia kecik. Tak salah kalau Haikal nak jaga dia"

Alyah mengelengkan kepalanya tanda tidak setuju.

"Tak boleh.. Haikalkan tak sihat. Biar mummy jaga Ilham pujuk Alyah lagi"

"mummy, Haikal nak tanya. Mummy percaya anak-anak mummy ke?" soal Haikal lembut lalu mengenggam jari-jemari Alyah.

"Mestilah mummy percaya anak-anak mummy. Mummy yang besarkan mereka."

"Kalau mummy percaya anak-anak mummy, biarlah Asyraff jaga Ilham. Haikal nak mummy balik rumah berehat. Tidur secukupnya supaya ada tenaga untuk jaga Ilham nanti. Kalau mummy degil juga nak jaga Ilham mean mummy tak percaya anak-anak mummy untuk jaga adik manja kitaorang kan Asyraff?" Haikal mengangkat kepalanya dan memandang tepat kearah Asyraff.

Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now