Suasana rumah Encik Azam meriah dengan kehadiran sanak-saudara dan jiran tetangga. Rumah terbuka bermula selepas Zohor dan selesai selepas pukul 9.
Ahli keluarga Encik Azam tidak jemu melayan tetamu yang semakin ramai mengunjung kerumah mereka. Ramai rakan-rakan Encik Azam mengunjung kerumah mereka.
Tidak kurang juga Haikal, yang melayan saudara mara dan jiran Maya yang tak henti-henti berbual dengannya. Seorang demi seorang menuju kearahnya. Pertama kali berjumpa dengan suami Maya
"Handsome juga suami Maya ni"
"Patutlah anak comel-comel ikut bapa rupanya"
"Kalau aku ada anak perempuan dah lama aku pergi merisik"
"Pakai kerusi roda pun masih segak dan handsome"
"Umur 30 masih handsome. Nasib baik da berpunya. Kalau tak, dah lama Mak Leha culik Haikal jadi suami"
Haikal ketawa mendengar pujian demi pujian dari saudara mara Maya. Rancak mereka berbual sampai tak sedar mereka sedang diperhatikan oleh seseorang.
"Mak cik nak tanya. Kenapa pakai kerusi roda? Lumpuh sebab accident ke?" soal seorang mak cik tanpa selindung.
"Ish kau ni Delima. kalau nak tanya soalan tu fikirlah dulu perasaan orang" tegur Mak Leha.
"Tak apa Mak cik. Saya dah biasa bila orang tanya benda macam tu. Saya lumpuh bukan sebab kemalangan tapi sebab kanser" balas Haikal tenang.
Berubah raut wajah mereka apabila mendengar jawapan Haikal
"Dah tahap berapa? Kanser apa?" soal Delima
"Kanser usus tahap 4."
Mereka terpana.terkejut mendengar kenyataan bahawa suami Maya penghidap kanser yang berbahaya
Tanpa perasaan Mak cik Delima berkata.
"Mak cik ada anak buah menghidap kanser macam Haikal juga. tahap 4 juga dah meninggal. Selalunya orang ada kanser tahap empat ni tak boleh diselamatkan. Selalunya doktor akan membuat andaian berapa hari dia boleh hidup. Kanser tahap 4 ni Confirm meninggal sebab tak ada penawar. Nak tanya Haikal dah berapa lama bertarung sakit kanser ni"
"Ish kau ni. kenapa tanya benda mcam tu? Tak fikir perasaan orang ke"
"Salah ke? aku nak tahu je. Anak buah aku mati sebab ni lah" ujar Mak Cik Delima sambil tangannya menunjuk kearah Haikal seperti Haikal yang membawa nasib malang kepada keluarganya.
"Tak apa Mak cik. Haikal dah dua tahun bertarung dengan kanser. Tahun ni dah masuk 3 tahun. Selagi Allah izin Haikal hidup di dunia ni selagi tu saya akan bertarung dengan kanser ni" balas Haikal tenang.
Mereka berdiam tak berkutik lalu mengangguk.
"Mak Leha doakan Haikal cepat sembuh" ucap Mak Leha ikhlas.
"Insya-Allah Makcik."
Mereka sambung berbual semula. Terdapat jiran Maya turut berbual dengan Haikal. Haikal pula tak henti berbual dengan mereka.
"Abang" panggilan Maya yang tengah mendukung Husna. Panggilan Maya membuat Haikal berhenti bercakap. Semua mereka memandang kearah Maya.
"Peramah betul suami kau Maya. Pandai dia ambil hati kami" puji seorang Mak cik jiran kepada Maya.
Maya tersenyum.
"Abang, Saudara sebelah Ayah nak jumpa abang" beritahu Maya.
"Ala Maya. Mak cik belum puas nak berbual dengan suami Maya ni. Hmm Tak apalah. Lain kali kita berbual lagi ya Haikal"
Haikal mengangguk setuju.
"Jom bang" Maya menyerah Husna kepada Haikal.
"Jumpa lagi" ucap Haikal sebelum beredar.
"Amboiii seronoknya layan mereka sampai bini kat sebelah tak sedar"ujar Maya.
Haikal ketawa kecil.
"Ada orang cemburu. Husna tengok ibu. ibu cemburu dengan ayah" ujar Haikal sambil mengangkat tubuh Husna. Dia mendirikan tubuh montel Husna di atas ribanya.
"Eh sayang. Kata nak jumpa mak cik sebelah ayah. Mana mereka? Kenapa kita masuk bilik?" soal Haikal pelik. Namun pertanyaan Haikal tidak dibalas. Maya sibuk membuat kerjanya.
"Abang tak payah berlakon depan Maya. Kalau sakit beritahulah sakit. Jangan rahsiakan. You should know your limit. Maya sebagai isteri tahu abang dah capai limit abang" luah Maya lalu mengambil Husna dari dakapan Haikal.
Dia meletak dia dalam katil bayi bersama adiknya. Fokusnya sudah tertumpu dengan barang permainan yang dibeli Encik Azam kepada mereka
Haikal sudah tersenyum. Dia terus mengusap dadanya yang sudah berasa sesak. Dia membuka mulut untuk mencari udara untuk masuk ke paru-paru.
Dadanya mula berasa sesak apabila berbual dengan saudara mara Maya namun dia sedaya upaya menahan diri dari sakit dihadapan mereka.
Haikal sengaja tidak mahu menggunakan bantuan penafasan tersebut. Dia mahu nampak sihat di hadapan jiran dan saudara mara Maya. Dia tidak mahu orang cakap belakang mengenai keluarga Encik Azam kerana dirinya.
Maya terus mendukung Haikal dan meletaknya di atas katil. Dia memasang bantuan oksigen ke mulut Haikal. tangannya mula mengurut dada Haikal yang sudah berombak itu. dia meningkat oksigen tersebut.
"Abang ni degil taw. Dah banyak kali Maya nasihat abang perlu bantuan penafasan tapi abang tetap degil tak nak pakai. Abang tahu tak limit abang Cuma 45 minit saja. Tapi dengan abang berbual dengan mereka limit abang untuk bernafas normal jadi singkat." Marah Maya apabila melihat dada Haikal tidak berombak seperti tadi. Sudah kembali normal.
"Abang tahu. maaf"
"Maaf maaf maaf je tahu abang ni tapi buat lagi" omel Maya tak puas hati dengan kedegilan Haikal.
"Abang tahu abang salah. Abang tak patut buat Maya risau. Abang janji akann pakai bantuan penafasan ni" janji Haikal sambil mengenggam tangan Maya.
Maya merebah kepalanya di dada Haikal. Dia dapat mendengar degupan jantung suaminya itu.
"Macam ni agaknya keadaan Ilham bila serangan jantung dia menyerang." gumam Haikal.
"dulu Taufiq pernah beritahu Maya yang Ilham ada masalah jantung kan bang?"
Haikal mengangguk kepalanya.
"Maya tak suka apa mereka cakap kat abang. Tak ada adap langsung. Kalau boleh Maya nak marah mereka cakap macam tu dekat abang" marah Maya.
"Tak baik cakap macam tu sayang. Mulut mereka biarlah. Bukan mereka bagi kita makan minum. Daripada uruskan mulut mereka lebih baik sayang uruskan abang. Abang belum makan ubat lagi ni" beritahu Haikal membuat Maya duduk tegak.
"Alamak, Maya lupa. Tapi abang perlu makan dulu. Abang nak makan apa?"
"Apa-apa saja lah sayang. Janji perut abang kenyang" ujar Haikal disebalik mask oksigen
Maya mengangguk sebelum keluar. Manakala Haikal melayan karenah anak-anaknya.
(Esok cuti yahooooooooo🎉🎉🎉.... Ingat nak update next chapter tapi esok je laaa. 😂 😂😂)
YOU ARE READING
Tunggu Di Pintu Syurga
RomanceSumayyah bekas atlet angkat berat merupakan anak kepada Encik Azam bekas tentera. sifat dia berbeza dengan wanita lain. Sumayyah suka aktiviti lasak dan bertindak melulu tanpa berfikir membuat ayahnya pening kepala dengan perangai anaknya itu. Sum...