"Sejuk mummy" Haikal mengigil menahan sejuk selepas dimandikan.
"Tahan sikit Haikal.. kejap lagi" pujuk Alyah lagi.
Datin Irma nampak cemas melihat Haikal tiba-tiba batuk tanpa henti. Dia menggosok belakang Haikal.
"Se...Sesak nafas nek" beritahu Haikal sambil batuk. Nafasnya sudah tercungap-cungap dan tak teratur.
Taufiq bergegas mendekati Haikal lalu meningkatkan tangki oksigen yang dibekal dari hospital.
Taufiq terus membetulkan alat bantuan bernafas dan menempel dihidung Haikal. Apabila Nafas Haikal sudah teratur. Dia mencempung tubuh Haikal dan mrnyandarkan badan adiknya itu di kepala katil.
"Abang okay?" tanya Maya risau. Maya mengenggam tangan Haikal.
Haikal mengangguk lemah.
Dia tersenyum walaupun tak bermaya.
Mereka yang berada di bilik itu berasa risau dengan keadaan Haikal makin hari makin tak stabil.
Sejak hari itu, Asyraff dan Taufiq silih berganti memantau keadaan Haikal. mereka akan memantau degupan jantung Haikal dan suhu badannya.
Jika suhu Haikal naik, dia akan tidur bersama Taufiq atau Asyraff bagi memudahkan mereka memantau keadaan Haikal.
Allisya dan Ellina pula akan menemani Maya tidur. kadang-kadang Alyah juga tidur bersama Maya. Mereka risau demam dia akan berjangkit dengan anak-anak Haikal.
Tiba-tiba telefon Taufiq berdering dan dia meminta izin untuk keluar sebentar menyambut panggilan.
"Haikal, mummy ada masak sup tom yam untuk Haikal. Tapi buat masa ini Haikal tak boleh makan benda berat dulu nanti muntah lagi. Buat masa ini Haikal rasa kuah dia dulu ya. Bila dah sihat baru mummy bagi isi Tom yam." beritahu Alyah dengan nada gembira.
Alyah duduk di tepi Haikal.
Haikal tersenyum sambil mengangguk. Dia sudah lama menginginkan makan tom yam akhirnya tercapai jua.
Sejak akhir-akhir ini, Haikal sering muntah dan perutnya tidak dapat menerima makanan pejal.
Maya sudah keluar untuk melihat keadaan anak-anaknya yang duduk di ruang tamu. Allisya dan Ellina tengah menjaga anak-anaknya.
"Biar mummy suap Haikal.. Bismillahirrahmanirrahim."
Alyah menyuap kuah tomyam kemulut Haikal.
"Hmm... sedapnya." Puji Haikal.
Dengan beberapa suapan dan dia berhenti. Perut dia dah tak boleh terima lagi.
"kita makan bubur ya. Mummy letak sikit kuah Tomyam. Mana tahu dapat meningkatkan selera Haikal."
"Mummy Haikal.."
Haikal mahu mengatakan dia dah tak ada selera nak makan lagi.
"Makan sikit je" pujuk Alyah.
Haikal mengangguk.
Alyah menyuap pula bubur yang telah dikisar ke mulut Haikal. Datin Irma duduk di tepi katil. sayu hatinya melihat tubuh Haikal yang semakin hari semakin susut seperti lidi. Seperti tiada isi dan cuma tinggal tulang saja.
Hanya lima kali suapan yang mampu ditelan dan akhirnya Haikal mengelengkan kepalanya.
Alyah akur lalu meletakkan lebihan bubur di atas meja. Dia mengelap bibir Haikal. Mata Haikal tak berkedip memandang Alyah yang mengusap pipi cangkungnya itu.
Haikal mengenggam tangan Alyah lalu menyalam penuh kasih.
"Thank you mummy sebab jaga Haikal" ucap Haikal.
YOU ARE READING
Tunggu Di Pintu Syurga
RomanceSumayyah bekas atlet angkat berat merupakan anak kepada Encik Azam bekas tentera. sifat dia berbeza dengan wanita lain. Sumayyah suka aktiviti lasak dan bertindak melulu tanpa berfikir membuat ayahnya pening kepala dengan perangai anaknya itu. Sum...