Chapter 51

2.5K 89 20
                                    

Maya masuk ke dalam biliknya bersama dulang. Dia berjalan kearah Haikal yang baring lemah di atas katil lalu meletakkan dulang tersebut di tepi meja dan tangannya memegang dahi Haikal.

Maya mengeluh panjang

Demam Haikal belum kebah lagi.

Haikal kena demam panas selepas menjalankan sesi radioterapi semalam. Peristiwa petang semalam masih bermain di mindanya apabila Haikal tiba-tiba terduduk semasa mereka berjalan di taman berhadapan rumah mereka. Haikal mengadu kepalanya berasa pening.

Nasib baik Asyraff menemani mereka disitu dan terus mendukung Haikal balik ke rumah. Dia memeriksa keadaan Haikal dan menyuruh Haikal berehat.

Lamunan dia terhenti apabila dia merasakan gerakan bayi di dalam perut. Maya tersenyum bahagia lalu mengusap perutnya itu. Lagi tiga bulan dia akan bertemu dengan anak-anaknya itu.

Namun dia tetap risau sama ada Haikal sempat melihat wajah anak mereka. Tiba-tiba tanpa dia sedar air mata dia jatuh di pipi.

'Kasihan anak ibu.. ibu janji dengan anak-anak ibu yang ayah akan bersama kita' desis Hati Maya.

Maya terkejut apabila Haikal menyeka airmatanya dengan jari-jemari. Dia memandang kearah Haikal yang tersenyum lemah.

"Kenapa nangis ni?" tanya Haikal risau lalu tangannya mengusap perut Maya. Dia tersenyum apabila merasakan gerakan di dalam perut Maya

" anak ayah kacau ibu ke? Kan ayah pesan jangan naughty. Kasihan ibu jaga ayah yang sakit ni. nanti dah keluar jangan buat ibu nangis macam ni. Dah cukup ibu nangis sebab ayah." Ucap Haikal lalu memandang kearah Maya dengan berlinangan air mata.

"Abang" panggil Maya dengan suara serak. Dia merebahkan badannya di dada Haikal. Haikal mengusap kepala Maya perlahan.

"Abang sayang Maya" ucap Haikal perlahan.

"Maya pun sayang abang" balas Maya lalu mencium kedua-dua pipi Haikal.

Haikal memeluk tubuh Maya sambil mengusap belakang Maya. Keadaan bilik yang sunyi itu cuma ditemani dengan esakan Maya. Maya memeluk tubuh kecil suaminya itu.

"Abang rasa bahagia bila Maya bersama abang dan abang boleh tengok anak-anak abang. Abang rasa dunia abang berada di awangan. Tak sabar nak tengok muka dia ikut siapa." Haikal mengusap perut Maya pula

"Maya harap dia ikut muka abang" beritahu Maya dengan esakan.

"Hmm.. kenapa? Kan comel kalau dia ikut muka sayang" beritahu Haikal.

"Sekurang-kurangnya Maya boleh tengok muka dia kalau Maya rindukan abang." Sayu suaranya.

Haikal terdiam.

"Abang perlu kuat demi anak-anak kita" beritahu Maya. Haikal berasa musykil.

"Anak-anak?"

Maya meletakkan tamgannya di perut yang boyot itu

"Twin. Maya mengandungkan anak kembar bang." jawab Maya lalu mendongak untuk memadang wajah Haikal yang terkejut itu.

Terbuntang mata Haikal mendengarnya. Air matanya mula mengalir.

"Ya Allah, ini berita yang paling bahagia untuk abang. Terima kasih sayang. Kenapa tak beritahu abang awal-awal? Patutlah perut sayang besar semacam. Bila abang tengok perut sayang macam perut mummy time dia mengandungkan Allisya dan Ellina tapi perut sayang ni besar sikit dari mummy." beritahu Haikal lalu mengucup lembut kepala Maya. Dia mengusap perut Maya penuh kasih.

"Surprise" ucap Maya lalu mereka berdua ketawa.

"Abang jangan tinggalkan Maya dan anak-anak. Maya perlukan abang. Anak-anak pun perlukan ayah mereka. Maya tak redha kalau abang pergi. Abang perlu kuat demi kami." ucap Maya perlahan.

Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now