Chapter 78

5.1K 133 144
                                    

Rumah agong Encik Izzudin bergema dengan bacaan yassin daripada saudara-mara, jiran, sahabat handai dan orang-orang yang mengenali Haikal. Rumah anak yatim tempat Haikal tinggal ketika bayi dulu juga dijemput.

Sejak membawa jenazah Haikal kerumah Encik Izzudin, Maya langsung tidak bersuara dan tak pernah meninggalkan sesaat pun jenazah suaminya itu.

"Yah, Pa. Maya nak mandikan abang" pinta Maya. dia mahu mandikan suaminya buat kali terakhir.

Encik Izzudin dan Encik Azam saling berpandangan sebelum mengangguk tanda setuju.

Maya memegang gayung lalu perlahan-lahan menjirus air ke seluruh tubuh suaminya sambil tersenyum lemah.

'Ini kali terakhir Maya mandikan abang. Lepas ni Maya tak dapat mandikan abang lagi' gumam hati Maya sedih.

Sudah menjadi rutin Maya untuk mandikan Haikal sejak kaki Haikal tidak boleh begerak lagi. dia turut mandi sama-sama dengan Haikal. Pasti dia rasa pelik bila mandi bersendirian selepas ini.

Selepas selesai mandi dan mengapankan jenazah Haikal. Maya dan ahli keluarga berkumpul untuk melihat menatap wajah Haikal buat kali terakhir.

Alyah melangkah longlai dan lemah kearah anak kesayangannya itu dengan bantuan Encik Izzuddin lalu duduk di tepi jenazah Haikal.

Kesedihannya tidak dapat dibendung apabila melihat wajah putih Haikal. Alyah seperti terlihat senyuman manis Haikal apabila dia mengunjung ke kamar tidur anaknya untuk berbual dan melihat keadaan anaknya itu.

"Kenapa Haikal tinggalkan mummy sayang. Pasti Haikal tak rasa sakit lagikan?" Alyah mengusap wajah Haikal buat kali terakhir.

"mummy redha Haikal pergi. Tunggu mummy kat sana ya" ucap Alyah lalu mencium dahi anaknya buat kali terakhir.

Kini giliran anak-anak Haikal untuk menatap wajah ayah mereka buat kali terakhir. Fawad, Fakhrul dan Faruq mengendong anak-anak Haikal dan merapatkan wajah mereka ke pipi Haikal.

"Cium ayah sayang" beritahu Fawad lembut kepada anak buahnya.

Haffaz dan Haris diturunkan dari dukungan mereka terus mencium pipi Haikal. mereka yang tidak tahu apa-apa lalu ketawa riang dan menepuk tangan apabila melihat orang yang berkumpul mengegeliling ayah mereka.

Adakah mereka tahu bahawa mereka sudah kehilangan ayah kesayangan mereka buat selama-lamanya?

"Yah! Yah" jerit Husna teruja apabila tubuh montelnya diturunkan oleh Fawad. Tangan kecilnya memegang pipi Haikal lalu menepuknya. Mungkin dia ingin mengejutkan ayahnya yang sedang tidur lena.

"Yah angun!! play jomm. Yah.. Yah..Yah" panggil Husna teruja sambil menepuk-nepuk pipi Haikal.

"sayang, jangan pukul ayah sayang. Ayah tak boleh main dengan Husna, Haffaz dan Haris lagi. Dia tengah tidur tu. Jangan ganggu dia sayang. Jom main dengan uncle" Ujar Fawad lembut.

Fawad tahu usia anak-anak buahnya itu masih kecil dan tidak tahu erti kehilangan. Tiada guna menerangkan bahawa ayah mereka sudah meninggal dunia, mereka tak akan faham.

Bulat mata Husna memandang wajah Fawad lalu memandang wajah ayahnya semula. Dia mahu bermain dengan ayahnya.

"NO! No! nak play ngan yah! Yah Yah angun" Husna sudah memeluk kepala Haikal dengan tubuh kecilnya itu.

Dia sudah mula merengek kerana ayahnya tidak sedar dari lenanya.

Setiap pagi Haikal akan bermain dengan anak-anaknya. Terutamanya Husna kerana anak perempuannya itu sentiasa bangun awal dari adik-adiknya untuk bermain dengan Haikal

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 03, 2019 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now