Chapter 35

2K 72 3
                                    

Jam di dinding telah menganjak pukul 11 malam.

"Abang" panggil Maya apabila melihat Haikal duduk di sofa termenung jauh dengan tangannya mengenggam telefon bimbit.

"Abang, nah ubat" ujarMaya lalu menyerah beberapa biji ubat yang perlu dimakan oleh suaminya itu. Dia melabukan punggungkan disebelah Haikal lalu membetulkan sweater dan selimut yang menutupi kaki Haikal.

Haikal baru balik dari Hospital kerana menjalankan rawatan sesi kemoterapi. Rawatan tersebut membuat keadaan dia menjadi lemah dan penat. Dia tak larat untuk naik ke bilik kerana kaki dia sakit.

Maya terpaksa memapah Haikal masuk ke dalam rumah. Selalunya dia akan mendukung Haikal tapi dilarang keras oleh Haikal.

"Papa call tadi" ujar Haikal.

"Kenapa papa call?" tanya Maya mengangkat keningnya tanda ingin tahu

"Papa suruh balik." Jawab Haikal perlahan.

"Abang jawab apa?"

"mummy rindu sangat kat kita. abang tak sampai hati nak kecewakan hati mummy dan papa. Jadi Abang cakap minggu depan kita balik sana"

"Abang okay balik sana?" pertanyaan Maya dibalas dengan keluhan berat.

"Sebenarnya abang belum sedia lagi. abang risau nanti mummy banyak tanya kenapa keadaan abang makin kurus dan botak" beritahu Haikal

"Maya rasa dah tiba masa abang beritahu mereka. Sakit abang dah makin..." Maya terhenti bicaranya kerana tak sanggup untuk menyambungnya.

Arhhh Dia belum sedia lagi kehilangan Haikal.

Haikal mengenggam kemas tangan Maya. Dia tahu Maya belum sedia dengan berita yang baru mereka terima dari Dr Hazwan tapi mereka perlu terima dengan hati terbuka walaupun perit. Dia sendiri tahu keadaan dirinya semakin lemah itu.

Walaupun mereka menjalani sesi kemoterapi tapi dia sering diserang sakit. Dia Cuma begantung pada ubat dan kemoterapi saja.

"Bila tiba masanya abang akan beritahu" ucapnya sambil memcium tangan isterinya.

"Bila bang" desak Maya.

Dia tak sanggup melihat Haikal bersedih. Dia tahu Haikal rindu dengan keluarga angkatnya. Dia selalu melihat Haikal stalk ig adik-adiknya itu untuk mengetahuan perkembangan mereka. Pilu hati Maya melihat Haikal menangis dan mengusap gambar keluarganya itu.

"Abang tak sanggup melihat muka sedih mummy dan papa. Biarlah abang rahsiakan dulu dan bila tiba masanya abang beritahu. Ana tak lama lagi nak bersalin. Abang tak nak spoil mood diaorang untuk dapat orang baru" beritahu Haikal perlahan.

"Maya bertahan sikit ya. Abang janji akan beritahu mereka." Janji Haikal.

Maya Cuma mengangguk membuat Haikal tersenyum

Haikal kembali fokus menonton televsyen yang menyiarkan cerita kegemarannya itu. Naruto(sebenarnya naruto is author favourite anime..kahkahkah). Matanya mula layu mungkin sebab ubat yang telah ditelannya tadi.

"Abang jom kita tidur" ujar Maya apabila cerita Naruto itu sudah sampai penghujungnya.

Haikal mengangguk setuju.

"Jomlah sayang" ajak Haikal lalu berdiri perlahan-lahan dengan bantuan dari Maya.

Tapi sebaik sahaja kakinya menjejak lantai, dia rebah semula di sofa dengan wajah terkejut.

"Ya Allah bang! Kenapa Bang? Perut abang sakit ke?" soal Maya bertalu-talu. Dia mula gelisah melihat keadaan Haikal itu.

"Kaki abang berasa lemah." Beritahu Haikal jujur. Dia mula gusar apabila merasa kakinya tak boleh bergerak.

"Mesti effect kemo tadi." Ujar Maya

Haikal mengangguk setuju. Harap begitu

"Biar Maya dukung abang" Maya meminta izin.

Haikal mengangguk perlahan.

Dia berasa malu apabila Maya mendukung bila keadaannya tidak sihat dan lemah. Sepatutnya dia yang mendukung Maya bukan Maya. Bukankah itu tugas seorang suami untuk memanjakan isterinya?

Maya perlahan-lahan mendukung tubuh ringan itu. Haikal sudah memeluk leher isterinya.

"Maaf" ulang Haikal berkali-kali sehingga mereka masuk ke bilik tidur mereka.

"Sepatutnya abang yang dukung Maya bukan isteri mendukung suami." Keluh Haikal perlahan.

Maya membetulkan selimut Haikal dan merebahkan tubuhnya di sebelah Haikal. Dia mengangkat sedikit kepalanya untuk memandang Haikal.

"Abang, Maya tak pernah mengeluh dukung abang. Abang tu ringan sangat sampai Maya boleh dukung abang. Dulu berat sekarang ringan macam baby." Gurau Maya lalu mencium pipi Haikal.

Haikal ketawa kecil dan tangannya terus mengusap perut isterinya itu. Maya tersentak apabila Haikal membuat sebegitu.

"Alangkah indah kalau sayang mengandungkan anak abang. Pasti abang berasa tenang"

"Tenang? Kenapa abang rasa tenang? Sebab Maya mengandungkan zuriat abang?" duga Maya.

"Hmm lebih kurang dan Maya ada peneman bila abang dah tiada nanti. Anak kita boleh jaga Maya. Maya tak lagi bersendirian" luah Haikal.

Maya mengetap bibirnya lalu menyemban mukanya di bawah lengan Haikal. Haikal mengusap kepala isterinya penuh kasih. Masanya sudah semakin pendek.


(Maaf lambat update.. nak update selepas publish chapter 34 tapi terrrrrrlupaaaaaaaa... maaf.. sis akan update 2 chapter hari ini for uollss.)

Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now