Chapter18

1.7K 55 20
                                        

Hari sudah tiba, Encik Izzudin dan Alyah dapat tahu bahawa Encik Azam akan datang untuk membincang sesuatu dengan mereka.

Kedatangan Encik Azam petang itu disambut dengan hati terbuka. Datin Irma juga ada di situ.

"Sebenarnya kami datang ke rumah Tengku ni membawa hajat yang besar. Diharap Puan dan Tengku bersabar dan sudi menerima hajat kami dengan tangan terbuka" Ucap Encik Azam.

Berkerut Dahi Encik Izzudin lalu dia memandang kearah Alyah. Alyah mengangkat bahu tanda tidak tahu. Encik Izzudin pandang pula uminya dan memandang Encik Azam kembali.

"Hajat apa?" Tanya Encik Izzudin.

"Kami datang ingin meminang anak Tengku dan Puan Alyah." beritahu Encik Azam.

Tak berkelip mata Encik Izzudin dan Alyah memandang Encik Azam. Mereka melihat pula anak-anak
Encik Azam yang tenang duduk di sofa hadapan mereka dengan wajah terpinga-pinga.

Tak mungkin untuk anak terunanya pula. Dua-dua dah berkahwin. Isteri kedua kepada salah satu antara mereka berdua ke? Biar betul?

"Bukan untuk anak lelaki saya. Tapi untuk anak perempuan saya, Maya. " Encik Azam Faham dengan pandangan tersebut.

Mereka bertiga terkejut.

"Untuk Maya?" Tanya mereka serentak. Encik Azam mengangguk.

"Memang agak pelik bila dengar perempuan nak meminang lelaki tapi itu hakikatnya. Anak saya berkenan dengan Anak Tengku dan Puan Alyah. Kalau sudi harap terima hajat kami."

Encik Izzudin dan Alyah saling berpandangan. Dah berbaik ke mereka berdua? Maya nak kahwin dengan Taufiq? Setahu mereka, Taufiq tidak pula memberitahu kepada dia yang dia dah berbaik dengan Maya.

Disebalik dinding ruang tamu tersebut, Taufiq tekun mendengar pembicaraan Encik Azam dengan keluarganya. Apa maksud semua ini? Maya nak kita berbaik ke? Dia nak kahwin dengan aku ke? soalan demi soalan ditanya dalam minda Taufiq.

"Lebih baik kita tanya tuan empunya badan dulu." ujar Datin Irma. Mereka semua mengangguk. Belum sempat Alyah memanggil Taufiq Fawad mencelah.

"Tak silap saya, Maya ada cakap dia tak ada di Kuala Lumpur. Dia menghadiri seminar di Kedah" ujar Fawad.

"Eh Bila masa Taufiq buat seminar di Kedah? Bukan dia nak berbaik dengan Taufiq ke?" Tanya Alyah pelik.

Bila masa Taufiq sertai seminar di Kedah? Setahu dia, Haikal yang berada di Kedah sekarang ni.

Encik Azam saling berpandangan dengan anaknya lalu mengeluh berat.

"amat berat saya nak sampaikan kepada Tengku, Datin dan Puan. Kami sekeluarga pun terkejut dengan keputusan yang dibuat oleh Maya." Ujar Encik Azam perlahan.

Mereka menunggu penuh sabar.

"Sebenarnya Maya nak kahwin dengan Haikal. Maya dah beritahu yang dia dan Haikal sudah bersetuju dengan perkahwinan ini" ucap Encik Azam perlahan.

"Apa?" Pasangan suami isteri itu terkejut.

Taufiq mengenggam erat tangannya. Marahnya membuak-buak. Rahangnya mengeras wajahnya berubah menjadi sangat bengis. Haikal telah merampas haknya

*************

'Aku nak jumpa kau di tempat biasa. Aku tahu kau dah balik malam semalam. Naim ada beritahu aku-Taufiq'

Haikal melepaskan keluhan berat.

Ini kali pertama Taufiq bercakap aku kau dengan dirinya. Pasti abangnya sudah membencikan dirinya kerana merampas buah hatinya. Perit. Itulah yang dirasakan oleh Haikal sekarang.

'Maafkan Haikal, Abang' getus hati Haikal dengan tangisan.

Bukan dia tak mahu memberitahu mengenai penyakitnya itu tapi dia tak sanggup melihat mummynya bersedih. Banyak pengorbanan yang Alyah dan ahli keluarga yang lain telah lakukan untuk dia.

Dia tak nak mereka menghabiskan wang untuk membuat rawatan kerana dia tahu dia tak mempunyai masa lagi.

Lamunan Haikal tersentak apabila telefon bimbitnya berdering. Nama Mummy dia terpapar di skrin. Haikal cepat-cepat menyeka air matanya.

"Assalamualaikum mummy" ucapnya

"Waalaikumsalam anak mummy" balas Alyah di hujung talian. Sungguh dia amat merindui suara ibunya itu.

"Bila nak balik? Mummy rindu dengan Haikal?" ucap Alyah ikhlas.

"Insha-Allah malam nanti Haikal balik mummy"

"Jangan lewat sangat. Papa nak cakap berbincang sesuatu mengenai perkahwinan Haikal dengan Maya." Beritahu Alyah.

Haikal Cuma diam tak berkutik mendengar Alyah bercakap.

"Haikal dengar tak apa mummy cakap?" soal Alyah di hujung talian.

"Dengar mummy"

"Ingat taw malam ni balik. Mummy ada masak makanan kegemaran Haikal." ucapnya teruja. Dia tak sabar menanti kepulangan Haikal. Haikal tersenyum mendengar suara Alyah itu.

"Tak sabar Haikal nak balik. See you at home mummy" beritahu Haikal dengan nada gembira.

"Okay.. Assalamualaikum" ucap Alyah sebelum menamatkan talian.

Haikal membalas salam Alyah dalam hati.

**************

Haikal berlari anak mencari Taufiq. Dia terlewat setengah jam kerana kesesakan lalu lintas. Dia tersenyum apabila melihat kelibat Taufiq yang berdiri tegak di Taman itu.

"Abang" sapa Haikal.

"Sejak bila aku jadi abang kau?" tanya Taufiq senis.

Haikal tersentak.

"Sejak bila kau bercinta dengan Maya?" marah Taufiq pula.

"Haikal..." Dia tidak tahu macam mana nak terangkan kepada abangnya itu.

Melihat Haikal diam tak berkutik menyebabkan Taufiq hilang sabar.

Dia menerkam ke arah Haikal dan melepaskan satu tumbukan padu hinggap ke perutnya itu. Membuat tubuh Haikal terhumban ke belakang. Berkerut dahi Haikal menahan sakit di perut.

"Betul cakap papa dulu. kau hadir dalam keluarga kami untuk mendapat kesempatan atas harta kami! Kau pembawa bala dalam hidup mummy dan papa sebab tu mereka bercerai." jerit Taufiq marah.

Haikal terkejut mendengar kata-kata Taufiq. Memori dia dihalau dari rumah dengan mummynya muncul kembali. Badannya mengigil sebab takut.

"Abang..."

"Aku benci kau panggil aku abang. Kau dengan sini budak pungut! Aku tak nak kau melangkah ke rumah papa dan mummy. Kalau aku jumpa kau dalam rumah tu. Hidup aku tak tenang. Aku menderita. Aku terpaksa terima kau sebab mummy!" benar-benar marah Taufiq kepadanya.

"Aku benci tengok muka kau!" ujarnya semula. Merah matanya memandang muka Haikal yang sudah pucat itu.

"Nasib aku tumbuk kau di perut. Kalau di muka terpaksa kau bernikah dengan Maya dengan muka lebam. Sedar diri tu sikit! kau tu cuma tumpang di rumah kami. Buatlah macam orang menumpang bukan jadi raja!"

"Selepas kau kahwin dengan Maya. Aku nak kau berambus dari rumah tu. Kalau tak hidup aku tak tenang. Kau nak tengok mummy sedih tengok anak-anak dia bergaduh?" soal Taufiq sombong.

Haikal mengelengkan kepalanya banyak kali.

"Bagus. Aku nak kau berambus dari rumah tu kalau kau nak kami bahagia" ujarnya.

Sekali lagi dia menyepak perut Haikal dengan kuat sebelum beredar dari situ dengan rasa puas hati. Haikal terbaring sambil memegang perut dengan erat sekali

"Arrgggg.. Sakit" rintih Haikal.

Penyakitnya menyerangnya semula. Dia tidak dapat tahan lalu memuntahkan cecair pekat bewarna merah yang tak henti mengalir dari mulutnya tatkala dia menahan sakit di perut.


Tunggu Di Pintu SyurgaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang