Chapter 2

2.6K 77 23
                                    

"Fuhh.... penatnya" Taufiq melepaskan lelah lalu melabuhkan punggunya di kerusi yang disediakan di padang tenis. Dia minum air dengan rakus sekali.

"Next round?" tanya Haikal sambil menjongket keningnya. Dia terus duduk disebelah Taufiq dan mengambil tuala kecil untuk mengelapkan peluh di dahinya.

"Lepas nilah.. tak larat dah abang. Kaki dah kram" ujarnya lalu meluruskan kedua-dua kakinya itu. Haikal dah tergelak melihat muka penat abangnya itu.

"Gelakkan abang ye. Nanti kalau abang menang, Haikal lari 10 pusingan sekeliling padang tennis ni" beritahu Taufiq sambil menjeling kearah Haikal. Dia membetulkan cermin matanya.

"Bring it on..hahahaha" cabar Haikal.

"Fine" balas Taufiq sambil menghirup airnya semula.

"Abang.." panggil Haikal.

"Hmmm..." balas Taufiq.

"How your work?" soal Haikal.

"As ussually. Tak ada yang pelik. Cuma banyak patient perlu rawat hari ni" beritahu Taufiq.

Dia seorang doktor pakar dalam bidang kanser. Syukur Alhamdulillah, cita-citanya untuk menjadi seorang doktor tercapai.

"How about you?" soal Taufiq pula.

"Same as ussually. Abang kalau Haikal tanya something boleh?" soalnya

"Apa dia?"

"Kalau Haikal berhenti bekerja dengan papa, papa izinkah ya?" tanya Haikal.

Bulat maya Taufiq memandang Haikal. Mujurlah dia tersedak minum air.

"WHAT!!" jerit Taufiq mendengar kata-kata Haikal.

"Boleh tak Haikal ulang balik. Abang rasa abang tak salah dengar"

"No.. betullah apa yang abang dengar sebentar tadi. Haikal rasa Haikal nak berhenti kerja di bawah papa" beritahunya semula. Taufiq Cuma mengelengkan kepalanya.

"Kenapa Haikal nak berhenti? Haikal tak suka dengan Pangkat Haikal sekarang ni ke? Haikal nak Pangkat lagi tinggi ke?" tanya Taufiq bertalu-talu. Haikal Cuma mengelengkan kepalanya.

"Taklah abang. Bukan macam tu. Haikal teringin cuba bidang baru." jawab Haikal jujur.

"Kalau Haikal tak suka jurusan Akaun. Haikal boleh tukar. Minta je dekat papa, pasti dia luluskan permintaan Haikal." pujuk Taufiq.

Dia tak setuju Haikal berhenti kerja dengan Encik Izzudin. Manalah tahu apabila dia kerja di luar syarikat papa, ada orang nak ambil kesempatan terhadap adiknya itu. Haikal tidak seperti adik-adik dia yang lain. Haikal seorang yang baik dan lembut hati. Sukar untuk mengetahui apa yang ada di fikiran Haikal.

"Ala..Bolehlah bang. Haikal teringin buat perkara lain selain bekerja di bawah papa" pujuk Haikal lagi.

Dia teringin nak buat aktiviti lain daripada yang lain. Tapi tak tercapai hasratnya apabila Taufiq dan Alyah menolak mentah-mentah permintaannya itu. Yang peliknya bukan mereka berdua sahaja menolak permintaannya itu, malah adik-adiknya juga menolak. Overprotective family. Dia tidak merungut dengan perkara itu.

"Haikal, when I say no it mean no. is that clears?" tegas Taufiq. Haikal Cuma berdiam diri saja.

Taufiq mengeluh melihat muka Haikal yang sudah masam.

"Abang bukan apa.. abang risau dengan adik abang ni. you know that we love you right? Abang tak nak adik abang ni rasa terpinggir. Kita tak suruh Haikal buat semua tu bersebab. Haikal sendiri tahu sejak kejadian tangan Haikal patah abang rasa takut kehilangan Haikal. Haikal ingat tak time abang izinkan Haikal pakai motor dulu, apa terjadi time tu? Haikal ingat tak?" soal Taufiq.

"Ingat, Haikal hampir terlanggar dengan lori. Haikal Cuma nak berhenti kerja bukan buat benda tak elok." beritahunya.

"selagi Haikal di bawah jagaan mummy dan papa, Abang dan mummy tak izinkan Haikal berhenti" beritahunya semula.

"walaupun umur Haikal 29 tahun." soalnya perlahan.

"yep. Melainkan kalau Haikal ada calon untuk kahwin baru kami lepaskan Haikal" ucap Taufiq sambil mengusap kepala Haikal penuh kasih.

Itulah syarat yang diberi oleh Alyah. dia tidak mengizinkan anak-anaknya keluar dari rumah melainkan mereka sudah berkahwin. Alyah akan rasa susah hati mengenangkan anak-anaknya yang tinggal berseorangkan. Biarlah mereka keluar dari rumah agong itu dengan pasangan masing-masing. Sekurang-kurangnya dia tahu ada yang menjaga anak-anaknya itu.

"Itu masalahnya." Rungut Haikal. dia belum ada calon lagi.

"Carilah" beritahu Taufiq sambil menepuk bahu Haikal.

"Susahlah bang. Haikal kalau boleh tak nak kahwin. Nak jaga papa dan mummy."

"Tak boleh macam tu. Haikal tinggallah di rumah mummy dan papa bila kahwin nanti. Boleh jaga mereka berdua. Abang pun akan jaga mummy dan papa selepas kahwin dengan Maya nanti"

"Oh ya... cakap mengenai tunang abang tu, mummy suruh abang ajak dia makan di rumah kita." beritahu Haikal. mujur Taufiq sebut nama tunangnya itu. Kalau tak pasti dia akan terlupa.

"Hmm.. abang belum contact dengan Maya lagi. dia busy dengan training budak-budak."

"Abang, bila lagi nak melangsungkan perkahwinan dengan Maya. Haikal tak sabar nak makan nasi minyak"

"ada-ada je kamu ni Haikal. abang tak tahu lagi. banyak orang dah tanya tapi jawapan belum ada lagi." ujar Taufiq. Dah setahun mereka bertunang tapi tak ada kata putus untuk melangsungkan perkahwinan.

"Jangan lama-lama bang.. orang tua cakap, banyak benda boleh berlaku semasa tunang" nasihat Haikal. Taufiq Cuma mengangguk dengan kata-kata Haikal.

"Ready for next round?" tanya Taufiq sambil lalu berdiri .

"Bring it on big bro" jawab Haikal lalu mengambil racket Tennisnya itu.


(Kalau ada sala tegur yaaa:) Maaf kalau hambarrrr.....)

Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now