"Haikal!"
Terangkat bahu Haikal bila diherdik oleh seseorang dari belakang. Perlahan-lahan kepalanya menoleh kebelakang lalu tersengih. Alyah sudah mencekak pinggang memandang tajam kearah Haikal.
"Apa Haikal buat kat Taman bunga mummy? Berapa kali mummy nak cakap jangan buat kerja berat." beritahu Alyah kepada Haikal yang sedang mencangkung mencabut rumput yang tumbuh di dalam pasu.
"sorry mummy.. Haikal bosan duduk dalam rumah. Haikal teringin nak tolong bersihkan taman bunga mummy macam dulu" ujar Haikal lalu berdiri menghadap Alyah sambil tersenyum.
"mummy tahu niat Haikal nak tolong mummy tapi Haikal tak ingat ke apa yang berlaku beberapa hari lepas. Jangan buat mummy risau lagi" luah Alyah lalu mengiring Haikal untuk duduk di kerusi kayu. Haikal mengikut langkah Alyah.
"Sorry mummy. Mummy jangan risau, Haikal dah sihat. Tengok. Hidung tak berdarah lagi" beritahu Haikal.
Beberapa hari lepas, hidung Haikal berdarah kerana terlalu lama duduk di bawah matahari tanpa pengetahuan orang lain. Nasib baik Maya mencarinya sampai ke taman bunga. Kalau tak, tak tau apa akan terjadi pada diri Haikal.
Disebabkan hal itu, Maya, Taufiq dan ahli keluarganya membebel dan melarang Haikal membuat kerja berat dan duduk di dalam cuaca panas kerana ketahanan badannya agak lemah.
Alyah mengeleng kepala tanda tidak setuju.
"Kalau Taufiq dan Maya nampak Haikal buat kerja berat mummy tak nak back up Haikal. Haikal jawaplah sendiri. Mungkin malam ni Haikal tidur luar" ujar Alyah.
Haikal Cuma tersengih.
"mummy janganlah beritahu. Ini rahsia antara kita berdua je" ujar Haikal dengan senyuman tak lekang dari bibir.
"Rahsia apa antara mummy dengan Haikal.. hmmm"
Haikal terkejut apabila mendengar suara yang dia cukup kenal. Dia menoleh kebelakang dan memandang Taufiq sudah mencengkak pinggang memandang tajam kearah Haikal.
Haikal menelan air liur. Alamak
"What are you doing here my dear little brother?" soal Taufiq dengan kening terangkat sebelah.
"Haikal tak buat apa-apa pun. Haikal duduk je. Betul tak mummy?"
Alyah Cuma menjongket bahu tanda tak tahu. Dia pura-pura menyibuk dirinya dengan membuat kerja yang tertangguh sebentar tadi.
"Ala.. Haikal bosan duduk dalam rumah. Haikal teringin nak tolong mummy bersihkan taman bunga mummy macam dulu." ujar Haikal perlahan sambil menunduk kepalanya.
Taufiq dan Alyah mengeleng kepala tanda tidak setuju. Tiada guna membebel dengan perangai Haikal yang degil tak dengar cakap.
"Haikal boleh tolong mummy bila Haikal dah sembuh" beritahu Taufiq tenang.
Haikal tersenyum tawar. Sembuh? Tak tahu bilalah dia akan sembuh, makin sakit adalah.
"Mana Maya Haikal. selalu 24 jam berkepit korang berdua. Kenapa hari ni tak pula berkepit? Bergaduh?" soal Alyah lalu melabuhkan punggungnya ke atas kerusi sebelah Haikal.
"Maya kat dapur. Masak Tom yam" Haikal tersengih. Sudah lama dia teringin nak makan sup Tom Yam.
Alyah mengangguk faham.
"Petang ni Haikal buat radioterapi kan?" soal Alyah
Haikal mengangguk.
"Petang ni mummy teman Haikal." ujar Alyah
"Eh tak apa mummy. Haikal boleh pergi dengan Maya. Haikal dah biasa" tolak Haikal lembut.
Alyah mengeleng kepala tanda tidak setuju. Dia dah masak dengan perangai Haikal yang tidak mahu menyusahkan orang lain.
YOU ARE READING
Tunggu Di Pintu Syurga
RomantizmSumayyah bekas atlet angkat berat merupakan anak kepada Encik Azam bekas tentera. sifat dia berbeza dengan wanita lain. Sumayyah suka aktiviti lasak dan bertindak melulu tanpa berfikir membuat ayahnya pening kepala dengan perangai anaknya itu. Sum...