Malam sudah menjelma ketika mereka mendarat di KLIA 2.
"Maya, Kita bermalam di rumah mummy." Beritahu Haikal.
Tangan kirinya menggenggam kemas jari-jemari isterinya. Tangan kanannya pula masih mengenggam erat stereng kereta miliknya.
Maya menoleh kearah Haikal lalu mengusap lengan Haikal yang mengenggam tangannya itu.
"Abang penat?" soal Maya.
Pertanyaan Maya dibalas dengan anggukan.
"Nak Maya ganti tempat abang?" soalnya risau.
Haikal mengelengkan kepalanya. Dia tidak mahu susahkan Maya.
"Tak apa, Abang tak nak Maya letih. Kita bermalam di rumah mummy. Esok pagi kita berangkat ke rumah ayah. Lagipun kita ada beli cenderahati untuk mereka." beritahu Haikal
Maya mengangguk. Mereka singgah di Kota Kinabalu sebelum berangakt ke Kuala Lumpur. Banyak juga cenderahati mereka belikan untuk ahli keluarga mereka.
"Mummy dan papa tahu tak kita bermalam kat sana? Abang Taufiq dan nenek macam mana? Allisya dan Ellina? Mereka nak ke abang tinggal di sana?" tanya Maya risau.
Haikal tersenyum hambar.
"Taufiq kerja malam. Nenek pula bermalam di rumah Pak Long. Ellisya dan Ellina pula bermalam di rumah rakan mereka. Ada disscusion pasal assignment" jawab Haikal.
"Macam mana abang tahu?" kerut dahi Maya menanya. Macam mana dia tahu kemana mereka semua oergi getus hati Maya.
"Abang baru call mummy tadi. Abang ada beritahu Mummy yang kita bermalam dekat sana. Kalau Ellina dan Allisya ada mungkin kita akan menginap di hotel. Risau mereka berdua tak selesa" beritahu Haikal.
Dia tak mahu Allisya dan Ellina tak selesa dengan kehadirannya di rumah agong itu. Memakai pakaian menutup aurat 24 jam. Risau mummy dan papa syak bahawa hubungan mereka tak seperti dahulu.
"Abang kenapa abang tak beritahu dengan mereka yang abang adalah anak susuan mummy. Kalau abang tak beritahu perkara sebenar nanti, takut akan timbul fitnah dan salah sangka nanti" tegur Maya.
"Nanti mereka akan tahu juga yang abang susuan mummy dan tiada batasan aurat antara kami. But for now, abang tak nak mereka bergantung dengan abang, biar mereka membiasakan diri ketika abang tak ada dengan mereka sekurang-kurangnya mereka redha dengan pemergian abang kelak." Ujar Haikal tenang.
Maya diam tak berkutik. Haikal sudah merancang dari awal supaya mereka membiasakan diri tanpa kewujudannya. Dia sengaja membuat ahli keluarga angkat membenci dirinya.
Dia tidak mahu mereka melihat dirinya sengsara. Haikal asyik mementingkan kebahagiaan orang lain daripada kebahagiaan sendiri. Sanggup menderita asalkan keluarganya bahagia.
*************
Mereka sampai dirumah Alyah pada pukul 11 malam.
Alyah setia menanti kedatangan Haikal dan menantu barunya di depan pintu walaupun ditergah keras oleh Encik Izzudin untuk menunggu mereka di dalam rumah sahaja.
Kepalanya asyik memandang di luar pintu pagar menanti kepulangan anak kesayangannya itu.
Sudah dua minggu Haikal meninggalkan rumahnya itu dan dia amat terseksa menanggung rindu kepada Haikal.
Encik Izzudin mengelengkan kepalanya melihat isterinya yang tidak sabar menanti kepulangan Haikal.
Isterinya baru mendapat panggilan dari Haikal bahawa mereka akan singgah di rumah sebelum balik ke Shah Alam.
![](https://img.wattpad.com/cover/154472282-288-k33320.jpg)
YOU ARE READING
Tunggu Di Pintu Syurga
RomantizmSumayyah bekas atlet angkat berat merupakan anak kepada Encik Azam bekas tentera. sifat dia berbeza dengan wanita lain. Sumayyah suka aktiviti lasak dan bertindak melulu tanpa berfikir membuat ayahnya pening kepala dengan perangai anaknya itu. Sum...