Chapter 15

1.5K 49 6
                                    

Dia menggenggam erat stereng kereta menahan dirinya daripada perasan bersalah. Maya menarik nafas dalam-dalam sebelum emnghembusnya perlahan-lahan.

Dia memandang sayu cincin tunang yang disarung oleh mummyTaufiq. Dia teringat kenangan manis bersama Taufiq.

Walaupun Taufiq keras kepala tapi dia seorang yang penyayang dan romantis. selain itu, Maya begitu respect dengan perangai Taufiq yang lebih mementingkan kebahagiaan keluarganya berbanding perkaralain.

  "This is it" getus Hati Maya penuh yakin.  

Dia keluar dari kereta dan menyusun langkah menuju kearah kafe kegemaran Taufiq. Mungkin ini kali terakhir dia jejak masuk ke kafe mewah ini.

Saat dia melangkah masuk le dalam kafe ini, alunan musik yang menenangkan membuat pelanggan yang masuk ke kafe ini berasa tenang.

Namun bukan bagi Maya, perasaan gundah meyelubungi dirinya apabila melihat Taufiq yang sedang melambai kearahnya.

Maya melangkah pantas menuju tempat duduk di sudut kafe tersebut. Tempat kegemaran Taufiq. Lebih privasi katanya.

"Assalamualaikum" ucap Taufiq dengansenyuman tak lekang dari mulutnya.

"Waalaikumussalam" balas Maya

"Lama dah sampai?" tanya Maya lalu melabuhkan punggungnya di kerusi.

"Lebih kurang 12 minit menuggu. But for my bidadari, sampai esok pun abang sanggup tunggu sayang" luahnya dengan senyuman manis.

Rasa bersalah menyelubungi diri Maya apabila melihat senyuman manis itu. Adakah senyuman itu akan lenyap dengan berita yang akan disampaikan.

"Saya sudah order minuman awak" Sambung Taufiq.

Maya Cuma mengangguk saja.

"Kenapa tiba-tiba nak jumpa ni? rindu abang ke?" gurau Taufiq sambil mengedipkan matanya. Dia tahu tujuan mereka nak berjumpa sebenarnya iaitu ada sesuatu yang ingin Maya beritahu kepadanya.

"Awak ada terima Whatsapp yang saya nak cakap sesuatu dekat awak. Awak tak kerja ke?" soal Maya.

"Shift malam" jawab Taufiq

"Oh ya.. Maya nak cakap apa dekat abang?" tanya Taufiq sambil menghirup minuman jus carrot yang di order sebentar tadi

Maya menarik nafas dalam-dalam dan menghembuskan perlahan.

"Saya harap awak bersabar dengan berita yang saya nak sampaikan ini. terima dengan hati yang terbuka." ujar Maya perlahan.

'Arhh peritnya'

Taufiq tak berkedip memandang Maya. Dia merasa berita yang akan disampaikan oleh Maya tidak menyenangkan hatinya. Dia memandang tepat mata Maya.

"Macam serius je. Awak jan..." belum sempat Taufiq menghabiskan ayatnya Maya mencelah.

"Saya nak putuskan pertunangan kita" lancar ayat yang dikeluarkan dari mulut Maya.

Dia memandang tepat kearah mata Taufiq yang tak berkedip itu. Bagai orang terkejut.

"Sa.. Saya tak salah dengar kan?" soal Taufiq gugup.

Maya mengeleng kepalanya.

"Saya nak kita putuskan pertunangkan kita" ulangnya semula.

"But why?? Saya ada buat salah ke?" tanya Taufiq. Matanya redup memandang Maya.

"Awak tak buat salah sepanjang kita bertunang. Maafkan saya Taufiq. Saya yang ingin pilih jalan untuk mencari kebahgiaan tapi bukan dengan awak." beritahunya lalu membuka cincin yang disarung di jarinya dan menyerah kepada Taufiq.

Taufiq memandang kosong cincin yang diserahkan oleh Maya.

"I think we should stop here. Banyak kerja saya perlu buat. Selamat tinggal Taufiq" ujar Maya sayu.

'Maaf, saya terpaksa.'

Belum sempat dia melangkah keluar dari kafe, langkahnya terhenti apabila Taufiq bersuara.

"Maya" panggil Taufiq perlahan. Namun Maya tidak memandang kearahnya.

"Moga awak jumpa lelaki yang terbaik dari saya. Moga hidup awak akan lebih bahagia. Saya redha dengan permisahan ini." terdengar suara Taufiq serak meluahkan kata-katanya.

Tanpa berkata apa-apa, Maya terus keluar dari kafe tersebut dengan air mata yang sudah bertakung di kelopak matanya.

'Maafkan saya Taufiq'

*************

Seperti dijangka oleh Maya, keluarganya terlopong tidak percaya apabila berita petunangannya putus bersama Taufiq. Encik Azam tak berkelip memandang anak daranya itu.

"Macam mana boleh putus? Semalam abang tengok korang berdua bukan main seronok berjumpa. Tapi sekarang.." Fawad tak boleh meneruskan kata-katanya.

Dia masih tak percaya apa yang adiknya sampaikan itu.

"Maya, kamu dah habis fikir pasal benda ni?" Sampuk Encik Azam.

"Ya ayah. Saya tetap dengan keputusan saya ni. saya dah serah cincin pertunangan saya kepada Taufiq." Beritahunya.

Matanya memandang Encik Azam tanpa sedikit gentar.

Encik Azam mengeluh.

"Boleh ayah tahu, Kenapa Maya nak putuskan pertunangan dengan Taufiq" Soal Encik Azam masih tenang suaranya.

"Tak ada jodoh Yah." Jawabnya lancar.

"Maya kata tak ada jodoh. Kamu dua dah setahun bertunang. Macam mana boleh putus? Kalau bergaduh teruk seklai pun, pasti ada jalan penyelesaian." ujar Nizam tak puas hati. Abang sulung Maya.

" Sedangkan Orang berkahwin bertahun-tahun boleh bercerai, ini sekadar bertunang." Lancar Maya menjawab.

"Ayah tak nak panjangkan cerita. Kalau itu keputusan adik. Ayah teriam dengan hari terbuka. Ayah tak boleh masuk campur. Ini kehidupan adik, adik dah besar nak menentukan life adik." Beritahu Encik Azam dengan nada tenang.

"Tapi Yah..." Fawad masih tidak puas Hati.

"Fawad, Ayah tak nak nak kamu panjangkan hal ini." Ujar Encik Azam sebelum berlalu menuju bilik tidurnya. Dia belum menunaikan solat Asar lagi.

"Abang Tak tahu nak cakap apa dekat adik. Abang terima keputusan adik." Beritahu Fawad dengan tenang. Dia melangkah ke tempat duduk Maya lalu mengusap kepala Maya.

"Terima kasih abang" ucap Maya lalu memeluk Abangnya erat. Fawad membalas pelukan tersebut.


Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now