Chapter 32

2.1K 73 22
                                    

"Abang rasa nak berjumpa dengan abang Taufiq" luah Haikal yang baring mengiring memandang Maya membaca buku ilmiah.

"Nak jumpa untuk apa?" tanya Maya.

Bacaan Maya terhenti lalu memandang kearah Haikal dengan wajah penuh musykil. Haikal yang tengah baring mengiring menghadap kearah Maya tersenyum.

"Abang teringin nak berbual dengan abang Taufiq. Lama abang tak bercakap dengan dia" luah Haikal

"Dia nak ke jumpa dengan abang?" pertanyaan Maya membuat Haikal terdiam.

'Nak ke Abang Taufiq berjumpa dengan aku yang merampas hak dia' gumam hati Haikal.

"Abang nak minta maaf dekat dia"

"Untuk apa? Abang merampas hak dia" duga Maya.

Haikal mengangguk perlahan membuat Maya mengeluh.

"Tak payahlah. Nanti dia marah abang" beritahu Maya.

"Abang risau tak sempat"

"Abang jangan cakap macam tu. Maya tak suka" marah Maya

"Bila abang nak jumpa dia?" tanya Maya .

"kalau boleh lusa" jawab Haikal.

"Abang nak Maya Whatsapp dia ke?"

Haikal mengelengkan kepalanya

"Abang akan cuba mesej dia." ujar Haikal perlahan. Maya mengangguk faham.

**************

"Abang yakin Tak nak Maya teman" soal Maya yang tengah memarkirkan kereta.

Dia memandang Haikal yang membetulkan topinya itu. Malah dia sanggup memakai bedak supaya wajahnya tidak nampak pucat. Dia tidak mahu Taufiq melihat dirnya yang sakit itu. Lagi pula perutnya berasa tidak selesa sejak pagi tadi

"Yakin. Sayang duduk di tempat lain. Risau Abang Taufiq marah Abang bawa Maya" ujar Haikal. Dia melihat wajahnya di cermin. Tak pucat.

Masuk sahaja ke restoran tersebut lalu duduk di meja bersebelahan jendela. Manakala Maya duduk di hujung meja makan yang membelakangi Haikal.

Haikal tersenyum kerana tak sabar menunggu Taufiq. Lama dia tak bertegur dengan abangnya itu.

Haikal setia menunggu Taufiq yang belum muncul lagi. Sepatutnya mereka berjumpa pukul 10 pagi tapi sekarang dah 11.30 pagi. Sakit pula hati Maya melihat Haikal dilakukan sebegitu.

'Kalau tak nak jumpa beritahu awal-awal. Jangan buat Haikal tunggu macam tu' marah Maya dalam hati.

Sudah pukul 11.40 Taufiq belum muncul lagi. Maya bertekad kalau Taufiq belum muncul sampai pukul 12 tengah hari dia ajak Haikal balik.

Tepat pada pukul 12 tengah hari Taufiq muncul. Haikal sudah tersenyum melihat Taufiq yang melangkah kearahnya.

"Assalamualaikum abang" ucapnya lalu menghulurkan tangan untuk bersalam dengan Taufiq namun tidak disambut oleh Taufiq.

"Waalaikumsalam" balasnya dingin.

"Abang sihat?" tanya Haikal.

"Aku muncul depan kau maksudnya aku sihat belum mati lagi" ujarnya lagi.

Seorang pelayan datang membawa menu kepada mereka. Haikal mengucap terima kasih lalu mengambil menu tersebut.

"Abang tengok-tengoklah menu dulu. kita makan sambil berbual-bual" ujar Haikal tenang.

Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now