Chapter 8

1.5K 52 1
                                    

Seperti sia-sia rancangan televisyen yang sepatutnya menghiburkan Maya tak mampu berbuat demikian.

Sudah dua minggu berlalu tapi perbualan dia dengan Taufiq masih tergiang-ngiang di mindanya. Dia hanya merenung kosong ke arah televisyen lalu mengeluh panjang.

Meninggalkan segala yang dia impikan amat mustahil baginya. Itulah cita-citanya dari kecil lagi ialah melakukan aktiviti lasak dan menjadi tentera seperti ayahnya.

Mummy ada beritahu, perangai Taufiq seperti papanya. Degil. Kalau itu yang keluar dari mulutnya memang tidak boleh dibantah. Akan terjadi juga.

Maya mengeluh panjang sekali lagi.

"Kenapa mengeluh ni? Ada masalah ke Maya?" soal Encik Azam lalu duduk disebelah anak perempuannya itu. Maya menoleh ke kiri lalu mengelengkan kepalanya.

"Tak ada apa-apa ayah. Masalah kecil je."

"Maya bergaduh dengan Taufiq" duga Encik Azam. Maya berdiam diri saja. Memang sah dia bergaduh dengan tunangnya itu.

"Kalau ada masalah, selesai elok-elok" nasihatnya pula

"Tapi ayah, ini masalah besar dan tak boleh selesai sampai bila-bila" luahnya sesal. Berkerut-kerut dahi Encik Azam mendengar luahan anaknya itu.

"Taufiq suruh Maya berhenti buat aktiviti lasak." Jujur Maya.

"Eloklah tu." Ucap Encik Azam. Terpana Maya mendengar apa yang disampaikan oleh Ayahnya. Sepatutunya Ayah dia sokong dia tapi ini sebaliknya pula.

"Bukan ayah larang Maya buat aktiviti lasak. Tapi Maya kena ingat, Maya bukan remaja lagi. dah umur 28 tahun. Bukan berhenti terus buat aktiviti lasak tu tapi kurangkan sikit. Kalau boleh, ayah nak Maya tak payah masuk hutan lagi. Bahaya." Nasihat Encik Azam.

"Tapi ayah boleh pula?" Maya memuncungkan mulutnya tanda merajuk.

Encik Azam tersenyum melihat riak muka Maya. bentuk wajah Maya saling tak tumpah wajah Arwah isterinya. Syukur wajah Maya mengikut wajah ibunya tapi badan ikut ayahnya.

"Ayah tak apa. Ayah lelaki. Maya tu perempuan." Ucap Encik Azam.

Maya paling tak suka apabila orang merendahkan kemampuan seorang wanita. Tidak tidak suka sesetengah orang berpendapat bahawa wanita lebih baik di dapur saja.

Oleh sebab itulah, dia libatkan diri dengan pelbagai aktivit lasak termasuk sukan angkat berat. Walaupun ditentang oleh abang dan ayahnya namun dia tetap degil dan libatkan diri dengan sukan itu selama tiga tahun.

"Maya dengar tak apa yang ayah cakap ni?" soal Encik Azam apabila melihat Maya sudah termenung jauh.

"Dengar yah" bohongnya.

Sepatah perkataan yang dikeluarkan dari mulut ayahnya tak masuk ke telinganya. Masuk telinga kanan keluar telinga kiri.

"Macam mana latihan karate Maya?" soal Encik Azam.

Dia cuba tukar topik supaya minda Maya tidak terganggu dengan masalah kecil baginya.

"Okay ayah" jawabnya ringkas.

"Bila pertandingan berlangsung?"

"Esok."

"Malam ni berlatih lagi ke?" soal Encik Azam. Maya mengangguk

"Ah arr yah. Selepas Isyak Maya gerak" ujarnya.

"Good luck for tommorrow." Ucap Encik Azam

"Thank you yah" balasnya sambil melentokkan kepalanya di bahu Encik Azam. Encik Azam tersenyum lalu mengusap kepala anak perempuannya itu.

Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now