Chapter 20

1.9K 59 4
                                    

"Cantinya adik kakak ni" puji Aisyah kakak iparnya. Maya tersenyum manis kearahnya. Masa yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba.

"Thank you kak" ucap Maya perlahan-lahan. Tak sangka dia akan menamatkan masa bujangnya hari ini.

"Jadi, esok Maya terus pindah rumah Haikal ke?" soal Aisyah serius.

"Nampaknya macam tu kak" luahnya dengan keluhan yang panjang.

"Kenapa cepat sangat? Kenapa tak tunggu minggu depan je pindah?" soalnya lagi

"Tak tahulah kak. Mungkin dia nak privasi." gurau Maya. Dia tidak mahu orang lain buruk sangka terhadap Haikal.

"Akak rasa betul ke keputusan saya buat ni" Tanya Maya serius. Tiba-tiba dia berasa takut dengan apa yang akan berlaku kelak.

"Jangan nak macam-macam dik, adik yang bertindak melulu tanpa berfikir. Kami semua dah berbuih-buih nasihat adik tapi adik tetap degil nak teruskan juga kahwin dengan Haikal. Jangan pula Maya batalkan perkahwinan itu pula" tegasnya.

"Mana ada kak. This is my decision. Maya tak pernah undur diri dengan kata-kata yang keluar dari mulut Maya." ujarnya dengan penuh bangga.

"Baguslah tu. Nampaknya rombongan lelaki dah sampai" beritahunya sambil menunding jari ke arah lelaki yang berpakaian serba putih dan berkarisma.

***********

Majlis pernikahan dah nak bermula. Haikal duduk di depan Tok Kadi. Encik Izzudin duduk di sebelahnya, Danish, Asyraff, Naim, Hazwan, Azrul dan Ilham duduk dibelakangnya. Taufiq pula hilang entah kemana.

"Boleh saya mulakan?" tanya Encik Azam. Apabila dia melihat semua orang mengangguk.

"Kita mula" beritahu Encik Azam menghulurkan tangannya.

Setelah ijab dilafazkan.

"Aku terima Naimah Nur Sumayyah binti Mohd Azam dengan mas kahwinnya RM300 ringgit tunai" lafaznya dengan lancar.

Tok kadi iaitu bapa kepada Sumayyah memandang saksi-saksi di belakang.

"Sah?" tanya Tok kadi.

"Sah" jawab saksi serentak.

Encik Azam menggoncang tangan yang sudah menjadi menantunya itu sebelum masing-masing mengucap syukur. Dia memulakan bacaan doa.

Tanpa Maya sedar, dia menitiskan air mata. Sedih dan juga perasaan gembira timbul dihatinya. Dia masih tertanya-tanya adakah keputusan dia betul.

"Tahniah dik.. dah kahwin adik kakak ni" ujar isteri Fawad.

Dia dapat rasa bahawa suaminya sudah mengambil tempat di sisinya. Tangan kanannya disentuh oleh suaminya lalu menyarung cincin di jari manis Maya.

"Maya. Pergi sarung cincin ni di jari suami awak" ujar Aisyah lalu menyerah cincin tersebut kepada Maya.

Sekarang giliran Maya menyarung cincin di jari manis suaminya. Selepas itu, Maya mencium telapak tangan suaminya. Dia dapat rasa yang suaminya itu mencium dahinya. Lama. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya. Dia memberi senyuman manis kepada Maya.

Setelah selesai, Haikal meminta izin untuk mendirikan solat sunat Nikah bersama Maya.

Seusai solat, Haikal meletakkan tangan kanannya di atas ubun-ubun Maya lalu membacakan doa buat isterinya itu. Dia mengucup ubun-ubun Maya lalu membisikkan sesuatu kepada Maya.

"Saya akan cuba bahagiakan awak sehingga nafasku terhenti." Ucapnya ikhlas. Haikal nampak berkarisma dengan baju pengantinnya.

************

Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now