Sudah dua hari Haikal berada di Hospital.
Walaupun Asyraff dan Taufiq berjaya menghidupkan semula jantungnya. Tapi keadaannya makin kritikal. Buah pinggang Haikal dan organ-organ lain sudah tidak berfungsi.
Haikal asyik mengerang kesakitan walaupun Taufiq sudah memberi ubat pelali yang paling kuat.
"Abang sakit..Abang sakit tak tahan"
"Mummy sakit... Sakit"
"Papa sakit Arggg"
"Maya sakit.. abang tak tahan.. sakit" rintih Haikal setiap masa membuat hati mereka meruntun jiwa mereka.
Entah mengapa Alyah berasa ada sesuatu tida kena pada hari ketiga keberadaan mereka di Hospital. Dia merasakan sesuatu akan berlaku.
Danish memposisikan kepala katil Haikal di posisi separuh menegak. Mata Haikal memandang layu kearah Alyah. Alyah duduk di kerusi sambil mengenggam tangan Haikal.
Keadaan Haikal kembali tenang apabila Taufiq menyuntik ubat pelali kepada Haikal. Entah sampai bila ubat pelali itu boleh bertahan ke atas Haikal.
"mum..Mummy nak jum...pa anak-anak Hai...kal boleh? Haikal rindu de..ngan mere...ka" beritahu Haikal lemah.
"Perlu cepat sembu kalau nak jumpa anak-anak Haikal" jawab Alyah.
Alyah menyuruh Putri membawa anak-anak Haikal sekali kesini. Ahli keluarga yang lain akan datang kesini sebentar lagi.
Sejak Haikal ditahan di Hospital Encik Azam dan anak-anaknya akan kunjung kesini untuk melawat Haikal.
Haikal mengelengkan kepalanya.
"T..ak sem...pat" ujarnya perlahan.
"Insya-Allah sempat" pujuk Alyah.
"Assalamualaikum.. Abang tengok siapa kami bawa" ujar Allisya yang mendukung Husna.
Husna ketawa mengekek-ngekek melihat Haikal dan tangannya dihulur kearah Haikal minta didukung. Ellina mengusung Haris dan Haffaz di dalam stroller.
Ahli keluarganya turut ada sekali.
Alyah membantu Haikal mendukung Hsuna kerana tangannya agak lemah.
"Anak ayah" Haikal mendukung Husna lalu mencium pipi Husna berkali-kali.
"Mu...Mummy nak pel..uk ke...tiga-tiga anak Haikal." beritahu Haikal lemah.
"Haikal kan tak larat" beritahu Alyah.
Haikal mengelengkan kepalanya.
"Please mummy" rayu Haikal.
Alyah terpaksa akur. Dia memberi ruang kepada Maya untuk duduk disebelah Haikal. Husna, Haffaz dan Haris sudah duduk dipangku Haikal.
Haikal mencium setiap seorang anaknya itu dan memeluk dengan erat sekali. Tangan kecil mereka mengenggam jari Haikal. Mereka yang tidak tahu apa-apa, ketawa mengekek-ngekek.
"An...ak ayah jadi anak soleh dan sole...hah.. Jangan la..wan ca..kap ibu. Taat pada peri..ntah Allah dan jangan law...an. Jaga ibu untu...k ayah. Ayah d...ah nak pergi ni" nasihat Haikal perlahan
Mereka yang berada di situ berasa pilu.
"Ayah sayang Husna, Haffaz dan Haris." Ucap Haikal semula. Dia mencium kepala anaknya itu buat kali terakhir.
"Maya bawa anak-anak dari pergi.. badan abang tiba-tiba sakit lagi." rintih Haikal.
Allisya, Ellina dan Maya terus mendukung Husna, Haffaz dan Haris dari dakapan Haikal. Mereka mula merengek apabila Maya, Allisya dan Ellina mengambil mereka dari dakapan Haikal.
![](https://img.wattpad.com/cover/154472282-288-k33320.jpg)
YOU ARE READING
Tunggu Di Pintu Syurga
عاطفيةSumayyah bekas atlet angkat berat merupakan anak kepada Encik Azam bekas tentera. sifat dia berbeza dengan wanita lain. Sumayyah suka aktiviti lasak dan bertindak melulu tanpa berfikir membuat ayahnya pening kepala dengan perangai anaknya itu. Sum...