Sudah seminggu mereka berada di rumah agong milik Datin Irma. Haikal bersyukur apabila Datin Irma sudah memaafkan dia.
Dia juga berasa gembira apabila boleh menyambut bulan Ramadhan dengan ahli keluarganya. Mungkin ini Ramadhan terakhir dia sambut.
"Jaga diri baik-baik. Jangan sibuk sangat sampai lupa menjaga kesihatan diri sendiri" nasihat Datin Irma.
Haikal tersenyum lalu mengucup tangan Datin Irma penuh Hormat lalu mengucup dahi nenek kesayangannya itu.
"Baik nek. Haikal akan jaga kesihatan Haikal"
"Maya pun sama. Jangan sibuk sangat. Nasib Haikal sorang je sakit. Kalau dua-dua tak sihat macam mana? Siapa nak jaga" ujar Alyah sambil memegang kedua-dua tangan Maya.
"Don't worry mummy. Insya-Allah kami tak apa-apa." Ujar Maya dengan yakin.
"Abang, kalau sampai call kami" beritahu Allisya lalu meleraikan memeluk Haikal.
"Hati-hati bawa kereta bang" beritahu Ilham.
"Baik dik. Jaga kesihatan adik tu. Jangan penat sangat nanti kena serang asma. Adik kalau nak main jangan sampai penat sangat. Kalau abang tiada nanti siapa nak jaga adik." Ujar Haikal sedikit tegas.
Dia terkejut apabila Taufiq menceritakan peristiwa Ilham kena serang asma. Dahulu mereka hampir kehilangan Ilham apabila adiknya itu kena serang asma teruk di rumah ketika demam panas.Waktu itu jantung Ilham masih tak kuat lagi. Nasib baik mereka sempat sampai ke hospital.
"Insya-Allah Ilham akan lebih berhati-hati mulai sekarang. Abang pun jaga kesihatan abang. Kak Maya bagi abang makan banyak-banyak. Kurus macam Tomok da abang ni. Botak pun macam artis tu" perli Ilham membuat Haikal ketawa.
"Baik adik abang yang comel" ujar dia lalu memicit pipi Ilham.
"Abang" marah Ilham yang memegang pipi yang dicubit oleh Haikal.
"Baiklah kami gerak dulu." beritahu Haikal.
"Bye bang" ucap Allisya, Ellina dan Ilham serentak lalu melambaikan tangan mereka.
Haikal tersenyum lalu membalas lambaian mereka sebelum masuk ke perut kereta.
Seyuman Haikal tak lekang dari bibir. Dia bahagia. Tapi adakah kebahagian yang dia miliki itu hanya sebentar saja.
**************
Haikal termenung jauh di gazebo di tepi rumahnya. Pejam celik pejam celik dah 2 minggu lebih mereka menyambut bulan Ramdhan. Tak sangka sudah 10 malam terakhir Ramadhan.
Tak lama lagi bulan Syawal menjelma. Entah mengapa dia merasa ini merupakan Ramadhan terakhir dia sambut. Dia menarik-narik biji tasbih sambil memuji Illahi di bibir.
"Abang tak sejuk ke kat luar" tegur Maya yang berjalan perlahan kearahnya. Dia duduk di sebelah Haikal lalu membetulkan baju sejuknya itu.
"Sayang duduklah sini" pinta Haikal sambil menepuk-menepuk ribanya.
Maya mengelengkan kepalanya. Mengada betul suami dia tu. Namun dia ikut saja permintaan suaminya.
Nanti kurang pula pahala dia di bulan yang mulia ini. Haikal sudah memeluk pinggang Maya.
"Pejam celik pejam celik tak lama lagi nak raya" ujar Maya.
Haikal mengangguk.
"kita menyambut bulan Ramadhan sebagai suami isteri. Abang happy sangat sebab boleh menyambut bulan yang mulia bersama sayang for the first time."
YOU ARE READING
Tunggu Di Pintu Syurga
RomanceSumayyah bekas atlet angkat berat merupakan anak kepada Encik Azam bekas tentera. sifat dia berbeza dengan wanita lain. Sumayyah suka aktiviti lasak dan bertindak melulu tanpa berfikir membuat ayahnya pening kepala dengan perangai anaknya itu. Sum...