"Maya, ada bunga untuk awak" beritahu rakan sekerja Maya lalu memberi sejambak bunga ros kepadanya.
"siapa bagi? Are sure this is for me" soal Maya musykil.
Jarang orang baginya bunga.
"Mestilah untuk awak. Kan ada nama awak kat dalam tu. Siap ada bentuk love pula tu" sakatnya
Maya menjeling tajam kearahnya.
"But Who?"
Rakannya itu cuma menjongket bahu tanda tidak tahu.
"Aku gerak dulu" ucap rakannya itu.
"Okay bro.. jumpa kau di office" sahutnya
Maya bersandar di dinding sambil memandang bunga di tangannya.
Tiba-tiba telefonnya berdering.
Maya cepat-cepat mengambil handphonenya di dalam beg lalu mengeluar. Tentera nama tunangnya naik di skrin, Maya tersenyum.
My fiance
"Assalamualaikum my sunshine" ucap Taufiq di hujung talian
"Waalaikumsalam" jawab Maya.
"Ahem.." Taufiq berdehem lalu terbatuk kecil.
"kenapa Awak? Sakit ke?" soalnya risau
"Ah arr sakit.. Sakit mencintai seseorang yang jauh nun disana" ucapnya lalu ketawa kecil.
"Menyampah dengar.. Kenapa call?"
"Garangnya tunang abang ni. hmm.. What do you think about those rose? " soal Taufiq.
Terbeliak mata Maya mendengar pertanyaan Taufiq.
'Dia rupanya' getus hati Maya
"okay kot.." jwabnya jujur. Dia tak pandai nak gambarkan perasaannya itu.
"okay kot? Itu je jawapan awak dekat saya. Ouch Terguris hati abang dengar ucapan buah hati abang ni" luah Taufiq perlahan dengan nada sedih.
Dia sengaja menyakat tunangnya itu
"Hmm... Cubalah awak bagi saya chocolate ke. Terharu juga saya dibuatnya. Ni bagi bunga. Apa class bagi bunga. Awak tahukan saya tak pandai tanam bunga. Mesti mati" ucapnya jujur.
Dia dapat mendengar suara Taufiq ketawa kuat.
Ish. Dia ketawakan aku getus hati Maya.
Sakit pula hati dia dengar Taufiq mengetawakan dia.
"Tak baik cakap macam tu. Mummy yang bagi bunga tu" sakat Taufiq.
Hati Maya mula gusar.
"Ye ke? kenapa tak cakap awal-awal. Cantik bunga mummy awak bagi. Saya suka" ujarnya. Dia makin pelik apabila mendengar Taufiq makin kuat ketawa.
"Saya gurau jelah. Saya beli bunga tu bukan mummy bagi" jawabnya jujur.
"Ish.. Awak ni kan. Nak minta penumbuk" ujarnya serius.
Taufiq pula makin kuat gelakkan dirinya.
"Sorry my sunshine... Saya nak tanya, bila awak free?" soal Haikal. kali ini tiada nada bergurau. Dia serius.
Maya menggarukan kepalanya sambil berfikir.
Sejak dua menjak ni dia memang busy sampai tiada masa untuk meluangkan masa bersama keluarganya dan tunang dia. pada waktu malam, dia akan ajar budak karate.

ANDA SEDANG MEMBACA
Tunggu Di Pintu Syurga
RomanceSumayyah bekas atlet angkat berat merupakan anak kepada Encik Azam bekas tentera. sifat dia berbeza dengan wanita lain. Sumayyah suka aktiviti lasak dan bertindak melulu tanpa berfikir membuat ayahnya pening kepala dengan perangai anaknya itu. Sum...