"Maya... Perlu ke abang pergi? Abang tak nak pergi boleh tak? Abang nak tidur je hari ini" rayu Haikal.
Dia menarik selimut sehingga menutup seluruh tubuhnya.
Maya sudah bercekak pinggang sambil mengelengkan kepalanya.
Degil.
Sebentar tadi, Dr Hazwan menelefonkan dirinya bahawa Haikal perlu buat pemeriksaan mengenai sakitnya itu.
Sepatutnya semalam dia ada appointment dengan Dr Hazwan tapi dia tak datang. Nasib baik Dr Hazwan terdetik nak menelefon Maya. Kalau tak, memang tak pergi hospital.
"Bukan perlu bang tapi Wajib" Tekan Maya.
Panggilan mereka juga berubah. Itupun atas permintaan Haikal sendiri.
"Abang baru nak honeymoon dengan Maya dah kena pergi hospital. Lecehlah" keluh Haikal.
"Nanti nantilah kita pergi honeymoon. Kesihatan abang tu perlu diutamakan dulu." Dia sendiri belum sedia untuk menyerahkan benda itu kepada Haikal. Malu.
"Malas nak drive" Haikal masih memberi alasan.
"Nanti Maya drive" balas Maya sabar.
Orang sakit ni memang mengada. Cuma ada satu cara untuk menyuruh Haikal pergi hospital. Dia pasti Haikal tak akan menolak. Maya tersenyum sinis.
"Abang mana handphone abang?" tanya Maya. Matanya melilau mencari telefon bimbit Haikal.
"Dalam almari" jawab dia ringkas.
Maya terus mengambil telefon bimbit tersebut lalu menekan skrin handphone tersebut.
"Maya nak buat apa dengan handphone abang?" tanya Haikal lalu menarik selimut untuk melihat Maya yang sedang mencari sesuatu di telfon bimbitnya.
"Nombor mummy. Ah dah jumpa" jeritnya teruja
Haikal pelik lalu bangkit dari baringannya. Tak boleh tengok orang duduk senanglah Maya ni.
"Hah? Nak buat apa dengan number mummy?" soalnya gelisah. Maya ni susah nak predict apa yang dirancangnya.
"Nak cabut nombor. Manalah nombor mummy bertuah hari ni" jawabnya sambil menaikkan keningnya beberapa kali.
Haikal sudah memandang aneh kearah Maya.
"Nak call lah. Abang ingat saya tak tahu yang mana baik dan yang mana buruk."
"Kenapa nak call?" soal Haikal.
"Saya nak beritahu yang anak mummy ni malas sangat nak pergi hospital. Nak buat pemeriksaan tahap kesihatan dia yang sakit barah" jawab Maya dengan muka polosnya itu.
Degil sangat nak pergi hospital kan desis hati Maya
Haikal mula gelabah. Maya kalau dia nak orang dengar cakap dia, pasti ada idea nak memaksa orang itu sampai mereka mengalah dan akur cakap dia.
Maya tak akan bergurau dengan apa yang dia lakukan seperti sekarang. Haikal yakin dia akan menelefon Alyah.
"Okay...Okay... lepas mandi kita gerak. Maya yang drive. Abang malas" Dia bangkit dari katil lalu menuju kearah bilik air sebelum mengambil tuala di tempat penydai baju.
Maya ketawa terbahak-bahak. Senang saja nak suruh Haikal ikut arahannya. Benar cakap Taufiq, Haikal cepat mengalah kalau ia berkait rapat dengan ibunya. Anak mak katakan.
************
Haikal mengeluh mendengar penjelasan Dr Hazwan mengenai barahnya itu. Pembedahan adalah salah satu cara yang terbaik untuk membuang sel kanser.
YOU ARE READING
Tunggu Di Pintu Syurga
RomansaSumayyah bekas atlet angkat berat merupakan anak kepada Encik Azam bekas tentera. sifat dia berbeza dengan wanita lain. Sumayyah suka aktiviti lasak dan bertindak melulu tanpa berfikir membuat ayahnya pening kepala dengan perangai anaknya itu. Sum...