Chapter 44

2.2K 75 2
                                    

Esok merupakan hari yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam untuk menyambut hari raya. Setiap tahun kesemua ahli keluarga Datin Irma akan berkumpul di rumah agong tersebut.

Walaupun Datin Irma sudah menyerah rumah itu kepada Encik Izzudin namun rumah itu tempat anak-anak Datin Irma berkunjung bersama ahli keluarga mereka.

Sungguh riuh keadaan rumah banglo milik Encik Izzudin. Semua ahli keluarga sibuk membuat kerja masing-masing.

Alyah dan anak-anak perempuannya sibuk memasak di dapur. Pelbagai jenis lauk mereka masak. Ada rendang, ketupat, kari ayam, pulut panggang, kuah kacang dan sebagainya.

Manakala bagi pihak lelaki pula sibuk mengemas ruang tamu dan membersihkan halaman rumah. Mereka sibuk mengemas dari pagi tadi sampai ke petang.

"Cuma tinggal ketupat dan kuah kacang lagi nak masak. Kita rehatlah dulu mummy. Dari pagi tadi kita tak berhenti masak. Putri tengok jam dah pukul 4 petang. " beritahu Putri.

kasihan pula dia melihat mummy dari pagi tadi tak henti memasak. Dia berhenti sekejap menolong Alyah dan yang lain masak apabila anak kembarnya meragam.

Alyah mengangguk setuju.

"Arhh penatnya" rungut Allisya sambil meregangkan otot-otot yang lenguh itu.

"Selepas isyak kita sambung balik. Cuma tinggal nak masuk ketupat ke dalam periuk je dan masak kuah kacang. Mummy nak tengok papa kejap" ujar Alyah kepada anak-anaknya.

"Dah selesai masak ke sayang?" tanya Encik Izzudin apabila melihat isterinya dan anak-anaknya keluar dari dapur.

Dia sudah duduk di kerusi sambil memangku Aliff. Anak-anaknya tidak mengizinkan dia buat kerja berat. Dia disuruh untuk menjaga cucu-cucunya.

"Dah, Cuma tinggal ketupat dan kuah kacang je" beritahu Alyah.

"Mana anak-anak lelaki kita bang?" tanya Alyah.

"Danish dan Ilham tengah bersihkan kolam ikan, menantu kita keluar beli barang kejap. Asyraff dan Taufiq pasang lampu pelita." Beritahu Encik Izzudin.

Putri dan Ana sudah duduk di sebelah comforter yang dibentang di ruang tamu tempat anak-anak mereka tidur.

"Sya, Jom tengok abang buat kerja" beritahu Ellina kepada Allisya.

Allisya Cuma mengangguk lalu berjalan keluar untuk melihat abang-abang mereka membuat kerja yang masih belum siap itu.

Maya memerhati gelagat adik-adik iparnya membuat kerja. Dia mula rasa pelik, kelibat Haikal tidak kelihatan.

"Haikal mana papa?" tanya Maya.

"Ah arrlah dari tadi mummy tak nampak Haikal, selalunya dia tolong mummy masak kalau dah siap buat kerja rumah." Ujar Alyah dengan nada musykil.

Itulah rutin Haikal. Bila selesai mengemas rumah, dia akan menolong Alyah memasak di dapur pula.

"Cuba tengok kat bilik. Dia cakap sakit perut sebab tu papa suruh dia rehat. Lagipun semua kerja dah selesai" beritahu Encik Izzudin.

Maya mula risau tapi dikawal riak mukanya supaya papa dan mummy tak syak apa-apa.

"Papa, mummy.. Maya naik dulu nak rehat kejap. Kalau ada apa-apa panggil Maya." Beritahu Maya sambil menaiki anak tangga.

Encik Izzudin dan Alyah mengangguk

"pergilah rehat dulu Maya. Allisya dan Ellina boleh tolong mummy masak nanti."

Maya bergegas masuk ke kamar miliknya dan Haikal dan mengunci pintu tersebut. Hatinya mula gusar melihat Haikal baring lemah dengan wajah yang pucat dan berpeluh itu. Tangan kirinya pula memegang perut.

Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now