Chapter 16

1.5K 55 11
                                    

"Naim, Macam mana keadaan kat sana? Ada orang cari aku tak?" soal Haikal.

Sudah tiga hari dia menetap di Hospital. Dr Hazwan tidak membenarkan dia keluar Hospital kerana keadaan Kesihatannya belum stabil lagi.

Nak tak nak dia terpaksa tinggal di hospital sehingga kesihatan dia stabil.

"Setakat ini semua jalan lancar dan belum lagi orang cari kau. Kau jangan risau, kalau ada orang cari awak pandai-pandailah aku bagi alasan dekat mereka" jawab Naim di hujung talian.

Naim merupakan sepupu angkat dia iaitu anak kepada abang sulung Encik Izzudin. Mereka rakan rapat dari kecil lagi.

Naim sudah biasa menggantikan tempat Haikal jika sepupunya ada urusan lain. Dia mengetahui penyakit Haikal apabila ternampak sepupu angkatnya itu tertelan ubat di dalam tandas dengan muka pucat.

Dari situ dia mengetahui keadaan Haikal.

"Thank you bro, aku terhutang budi dengan kau. Nanti aku belanja kau flying kiss muaahh"

"Eeuwww, I'm not gay okay." Ujar Naim meluat.

Haikal ketawa terbahak-bahak di hujung talian.

"Naim, Thank you again" ucap Haikal

"For?"

"Rahsiakan pasal penyakit aku."

"Tapi kau perlu beritahu pasal penyakit kau hadapi kepada mereka sebelum terlambat Haikal." beritahu Naim.

Dia risau dengan kesihatan Haikal yang tak menentu.

"I will but not now"

"okay... rehat. aku akan handle semua dan apa-apa hal aku akan update aktiviti di sini dekat kau. But for now, aku nak kau jangan fikirkan pasal kerja." terang Naim.

"Baiklah Dr Naim"

"Good to hear"

Mereka berbual seketika mengenai aktiviti yang berlangsung di Kedah sebelum talian dimatikan. Sekurang-kurangnya dia tahu apa yang berlaku dekat sana dan boleh update kepada Encik Izzudin.

Haikal hampir terlelap apabila pintu dikuak dari luar. Dia menyangka jururawat yang masuk untuk membuat pemeriksa tapi tekaan dia salah apabila melihat Maya yang segak berpakaian seragam penuh masuk dengan kedalam biliknya.

Mereka bergaduh besar kerana Maya membuat keputusan untuk memutuskan pertunangnya dengan Taufiq.

Maya dengan perangai degilnya dan muka tak ada perasaan tetap menjenguknya seperti orang tidak melakukan kesalahan.

Dia tak boleh salahkan Maya sepenuhnya kerana semua punca dari diri dia sendiri kerana mencari calon yng boleh membuat Taufiq membencikan dirinya.

Tapi banyak-banyak orang kenapa Maya. Tak boleh ke orang lain jadi calon isteri dia. Haikal mengeluh panjang.

"Tak kerja ke?" soal Haikal apabila Maya sudah melabuhkan punggung di kerusi.

"Kerja. baru balik dari kerjalah ni. Memandangkan saya tak sibuk, saya jenguk awak" beritahu Maya.

"Tak letih ke ulang alik dari Shah Alam ke tempat kerja?" soalnya lagi

"the word of 'letih' is not in my dictionary" balas Maya lalu menyilangkan kakinya.

"Maya are you sure dengan keputusan yang awak buat ni" tanya Haikal tak puas hati.

Maya mengeluh panjang. Soalan yang sama keluar dari mulut Haikal. Dah berbuih mulutnya memberi jawapan yang sama kepada Haikal.

Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now