Chapter 46

2.9K 94 26
                                    

Kediaman Datin Irma masih riuh dengan keluarga Encik Izzudin walaupun sudah masuk raya ke-4. Adik-beradik Encik Izzudin sudah balik rumah mereka sendiri untuk menziarahi ahli keluarga sebelah isteri mereka dan juga sebelah suami Jasmeen.

Maya dan yang lain duduk di ruang tamu sambil berbual. Encik Izzudin dan yang lain leka menonton televisyen yang menayangkan isu-isu terkini. Manakala anak-anak Ana dan Putri leka bermain permainan yang ada di ruang tamu tersebut.

Haikal pula bermain dengan anak perempuan Ana yang berusia setahun lebih. Dia mendukung keluar rumah dan menunjuk kearah ikan kol yang berenang di dalam kolam tersebut. Keriangan dia melihat ikan-ikan yang berenang di dalam kolam tersebut.

"Macam mana kehidupan Maya selepas berkahwin dengan Haikal?" tanya Sabrina sambil memangku anak kembar Putri. Dia mencium pipi montel cucunya itu.

"Syukur Alhamdulillah. Semua ok. Haikal jaga Maya dengan baik sekali. Dia tak pernah tinggikan suara dia kat Maya" puji Maya sambil menghirupkan air teh panas.

Sabrina mengangguk lega. Dia tahu Haikal pandai menjaga isterinya.

"Mama suka tengok Haikal bahagia. Walaupun mama terkejut bila dengar Maya kahwin dengan Haikal bukan Taufiq. Tapi mama yakin apa yang berlaku ada hikmahnya" beritahu Sabrina yang tersenyum kearah Maya.

"Lepas ni bolehlah nenek dapat cicit dari korang. Tak sabar nenek nak dapat cicit" beritahu Datin Irma.

Alyah dan Sabrina mengangguk setuju. Mereka juga tak sabar untuk mendapat cucu dari Maya dan Haikal.

Maya Cuma tersenyum hambar. Dia tak tahu sama ada dia boleh mengandung atau tak dengan keadaan Haikal yang tidak aktif seperti dahulu.

Allisya dan Ellina berjalan kearah mereka sambil memegang pinggan yang berisi keropk ikan yang digoreng oleh mereka sebentar tadi.

"Jemput makan" beritahu Allisya lalu duduk bersila di lantai. Ellina sudah duduk disebelah kakaknya dan mengambil keropok ikan lalu menyuap kemulutnya.

"Pandai anak mama masak. Dah boleh kahwin Allisya dan Ellina ni" sakat Sabrina. Ellina dan Allisya Cuma tersengih.

Alyah pula mengelengkan kepalanya.

"Macam mana nak kahwin kalau masih berkepit dengan abang diaorang" ujar Alyah.

Dari dulu sampai Haikal dah berkahwin, Ellina dan Allisya tak pernah berenggang dengan Haikal. kemana saja Haikal pergi pasti ada mereka macam mereka pula isteri Haikal bukan Maya.

Allisya dan Ellina sudah mencebik.

"Ala mummy ni tak sporting langsung. Biarlah mama Sabrina puji Lina dan Sya." Ujar Ellina tak puas hati.

"Macam mana nak kahwin kalau perangai macam budak-budak" beritahu Ana pula.

"Dah kahwin matanglah nanti." jawab Allisya selamba. Ellina mengangguk setuju sambil mengunyah keropok ikan.

Sabrina dan yang lain sudah tergelak melihat karenah Ellina dan Allisya.

Mereka sambung berbual mengenai sesuatu perkara. Sesekali mereka tergelak apabila mendengar kisah mereka itu.

***************

Haikal mencium pipi gebu anak perempuan Ana, Wani. Bukan main seronok Wani apabila didukung menuju ke kolam ikan.

Dia menepuk tangan seronok melihat ikan berenang-renang di kolam tersebut. Haikal tersenyum melihat karenah Wani.

Haikal menunjuk ikan yang seronok berenang di dalam kolam tersebut.

Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now