Chapter 63

2.1K 65 9
                                    

"Eh dik, sikit je makan." tegur Putri saat melihat Ilham mengambil sedikit sahaja nasi dan lauk.

"Adik tak sihat ke?" soal Haikal risau.

Bimbang pula hatinya jika adik bongsunya jatuh sakit lagi. Di kalangan adik beradiknya Ilham paling kerap jatuh sakit.

"taklah bang... Malas nak makan banyak. Nanti rasa mengantuk pula kat sekolah kalau makan banyak" terang Ilham.

Haikal mengangguk faham.

"Cepat makan Ilham. Nanti habis waktu sahur" ujar Encik Izuddin.

"Baik pa"

Selepas selesai solat subuh, ahli keluarga yang lain kembali ke kamar mereka masing-masing untuk bersiap pergi kerja.

Ilham mengurut-urut tekak yang berasa perit dari semalam. Selepas solat terawih di masjid, tubuhnya berasa tidak selesa.

Ilham baru selesai membaca surah al-Quran masih duduk bersila di sejadah sambil memeluk al-Quran berfikir sejenak. Pasti kena jangkit budak yang solat sebelahnya malam semalam.

"Dengan budak pun boleh kena jangkit. Budak je pun. " gumam Ilham sendiri.

Ilham mengeluh kecil lalu berdiri untuk menyimpan al-Quran di dalam almari. Perlahan kaki dia melangkah keluar dari surau dan menuju kearah kamar tidurnya. Dia mahu bersiap untuk turun ke sekolah.

"Adik hari ini abang Zaki hantar adik ke sekolah" beritahu Ana kepada Ilham.

"Okay" balas Ilham pendek sebelum beredar.

*****************

Ilham terus merebahkan kepalanya di atas meja sebaik sahaja cikgu mereka keluar dari kelas selepas mengajar.

Entah mengapa tubuhnya berasa panas. Menyesal pula dia tidak makan ubat demam supaya sakitnya tidak melarat.

Ilham terkejut apabila seseorang menepuk bahunya.

"Baru tiga hari puasa dah layu" ujar Nazmi sebelum merebahkan punggungnya di kerusi sebelah Ilham.

"Eh apasal muka kau pucat? kau okay tak?" sambung Nazmi dengan nada bimbang. Di memegang dahi Ilham dengan belakang tangan. Hangat.

"Ish janganlah. Apa orang cakap kalau kau buat macam tu. Nanti orang fikir kita gay. aku okay jelah." Ujar Ilham sebelum batuk kecil.

"Lantaklah apa orang cakap. Hah apa tu? Kalau kau mula batuk maksudnya petanda tak baik. Panas badan kau ni. Apa kata kau pergi bilik rehat or balik rumah" cadang Nazmi.

"Ish kau ni. aku tak apa-apalah. "

"tapi aku tengok kau macam tak sihat je.. abang-abang dan kakak kau tak perasaan ke?" soal NAzmi musykil. Selalunya ahli yang lain sedar perubahan keadaan Ilham.

"abang ipar aku yang hantar jadi mereka tak perasaan. Lagi pula, aku cepat-cepat masuk dalam kereta takut terkantoi dengan mummy " Terang Ilham.

"patutlah mereka tak perasan. Tapi kau perlu jaga kesihatann kau tu. Aku risau asma kau serang time keadaan kau macam ni."

"kau tak payah risau. Aku okay je. Insya-Allah aku mampu bertahan sampai habis class"

"hmm okay.. tapi kalau kau rasa tak sedap badan terus inform kat aku." Tegas Nazmi. Dia kenal sepupunya itu dari mereka kecil lagi.

Ibunya selalu pesan dengan tegas kepadanya jangan bermain kasar dengan Ilham kerana Ilham mempunyai masalah jantung dan asma kritikal. Oleh sebab itu, Ilham sentiasa dipantau oleh kakak dan abangnya apabila dia mahu bermain.

Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now