Chapter 26

1.9K 68 14
                                    

"Sedapnya bau lauk mummy masak" ujar Maya.

Awal pagi Alyah sudah berperang di dapur untuk memasak nasi lemak dan ayam masak berempah.

Alyah tersenyum.

"Kejab lagi Putri sampai nak makan. Dia Mengidam nak makan nasi lemak mummy katanya."

Alyah hampir tergelak apabila mengenang suami Putri sanggup menelefon dia awal pagi tadi. Ingatkan Putri nak bersalin rupanya menyampai pesan dari ibu mengandung.

"Maya boleh tolong mummy susunkan pinggan dan gelas atas meja" arah Alyah.

Maya mengangguk lalu melakukan arahan dari Alyah.

"Assalamualaikum" laung seseorang dari ruang tamu. Terdengar bunyi orang berlari ke dapur.

"Mesti tu Putri" beritahu Alyah.

"Nenek" jerit Adam anak Putri yang berusia lima tahun.

"Cucu nenek dah sampai" Alyah terus memeluk mencium pipi comel cucu sulungnya itu.

"Eh Maya ada sekali? Bila sampai?" tanya Putri yang muncul di dapur. Maya terus mendapatkan Putri dan menyalamkan tangan Putri.

"Semalam kak." Balas Maya lalu berlaga pipi dengan Putri. Faruq sedang berbual dengan Encik Izzudin yang mendukung Aliff.

"Morning kak, Morning mummy" ucap Ilham dan Danish serentak.

Mereka sama-sama turun untuk sarapan. Mereka awal tidur sebab penat. Sorang penat bertugas dari pagi sampai ke petang. Seorang pula penat main game.

Danish sudah siap berpakaian kemas.

"Kerja Danish?" tanya Maya.

"Ya kak" balas Danish lalu meletakkan topi polisnya di atas meja.

"Sorry kak tak sambut kakak dan abang semalam. mengantuk" ujar Ilham yang duduk disebelah Danish.

"Tak apa, kakak faham"

Mereka rancak berbual sehingga mendengar orang mengucap salam dari luar. Maya amat kenal dengan pemilik suara itu.

Taufiq!!!

"Mummy" panggil Taufiq lalu salam belakang tangan Alyah dengan hormat.

Lepas tu dia salam tangan kakaknya pula. Dia menunduk hormat kearah Maya sebelum duduk di meja makan sebelah Putri. Mukanya sunggu letih.-

"Mana Asyraff" tanya Alyah. tak silap mereka naik kereta sama pergi kerja semalam. Kebetulan mereka shift sama.

"Dengan papa dan abang Faruq" balas Taufiq.

"Letih?" tanya Putri yang mengusap kepala adiknya itu. Taufiq Cuma mengangguk letih. Matanya sudah mahu pejam sebab mengantuk.

"Malam tadi banyak patient dan ada dua orang meninggal sebab tewas dengan kanser yang mereka hadapi. Dua-dua patient Taufiq" beritahu Taufiq pilu.

Mereka mengucap takziah.

Walaupun dia doktor pakar dalam bidang kanser tapi dia tak boleh melawan kuasa Allah. Ajal maut bukan di tangannya tapi Allah tentukan. Dia Cuma jalankan tugas sebagai doktor untuk merawat orang.

"Taufiq kita makan dulu, lepas makan pergi rehat" arah Alyah. Makanan pun sudah siap.

"Adam pergi panggil atuk dan papa makan" arah Putri.

Adam mengangguk faham sebelum dia berlari keluar dari dapur Alyah bersuara.

"Panggil papa Haikal sekali di bilik. Hati-hati naik tangga." Beritahu Alyah pula.

Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now