Kesihatan Haikal semakin merosot sejak pertemuan dengan Taufiq di restoran 5 hari lepas. Dia terpaksa ditahan di hospital kerana kurang darah putih dan demam panas.
Maya menceritakan apa yang Haikal dan Taufiq bicarakan kepada Dr Hazwan dan Azrul yang kebetulan datang untuk melawat Haikal. Dr Hazwan mula berang. Dia sudah menggenggam penumbuknya.
"Taufiq dah terlampau" marah Dr Hazwan.
Maya duduk di kerusi luar bilik Haikal. dia tak mahu Haikal dengar semua apa yang mereka bualkan. Risau dia se,makin stress.
"Aku nak jumpa Taufiq" ujar Maya perlahan.
"Buat apa kau nak jumpa dia? Dia tu dah gila" marah Azrul pula.
"Aku nak berbincang dengan dia. Aku tak nak Haikal ambil serius kata-kata Taufiq dan aku tak nak Taufiq menyesal dengan apa yang dia cakap hari tu" terang Maya.
"Kau nak beritahu penyakit Haikal kepada Taufiq" Tanya Azrul.
Maya mengelengkan kepalanya.
"Tolong tengokkan Haikal untuk aku. Aku pergi jumpa Taufiq. Kalau Haikal sedar beritahu dia aku balik rumah ambil barang dia." beritahu Maya.
Dr Hazwan dan Azrul mengangguk faham.
***************
"Ada apa kau nak jumpa aku?" tanya Taufiq lalu melabuhnya punggungnya di kerusi.
"Assalamualaikum" perli Maya. Tak pandai ucap salam ke getus hati Maya.
"Waalaikumsalam" balas Taufiq dingin.
"Aku nak buat perhitungan dengan kau" ujar Maya.
Dia sengaja berjumpa Taufiq di tempat kerjanya. Risau dia buat perkara sama yang dia lakukan terhadap Haikal.
"Kenapa kau benci sangat dengan Haikal?" Tanya Maya lalu menyilangkan kakinya penuh bergaya,
"Kau sendiri dengar apa jawapan aku kat Haikal"
"Dia rampas hak kau?" duga Maya.
"YES! Dia rampas awak dari saya!" bentak Taufiq.
"No! Kau yang rampas aku dari dia!" tengking Maya.
Taufiq tersentak.
What!?
Taufiq ketawa lalu meraup mukanya dengan kedua-dua tangannya.
"Apa kau merepek ni Maya."
Maya mengelengkan kepalanya.
"Aku tak merepek. This is fact!" bentak Maya.
Taufiq terdiam.
"Dari bangku sekolah aku sudah mula jatuh cinta pada Haikal." ujarnya lalu memandang reaksi Taufiq tak percaya.
"Aku cintakan dia sampai sanggup ikut dia kemana saja walaupn abang dia ada bersama dengan kitaorang. Aku tak kisah janji Haikal ada." tekan Maya lalu mengetap bibirnya.
Taufiq mengelengkan kepalanya tidak percaya.
"Kau ingat aku minta pindah masuk sekolah asrama penuh tingkatan 3 sebab alasan nak join wataniah. Waktu itu arwah mak dah mula sakit kanser. Ingat tak?" tanya Maya perlahan. Taufiq mengangguk perlahan.
"Tingkatan dua aku luahkan perasaan aku terhadap dia namun dia tolak mentah-mentah." Maya ketawa kecil mengenang kisah itu. Malu bila cintanya ditolak.
"Sebab tu kau pindah sekolah. Sebab Haikal?" duga Taufiq.
Matanya terbuntang melihat Maya mengangguk
"Haikal tolak cinta aku. You know why?" dia memandang sayu Taufiq.
"Sebab dia sedar siapa diri dia. Dia Cuma anak angkat yang menumpang kasih dari keluarga angkat. Dia sanggup korbankan cinta dia demi keluarga demi abang dia yang suka pada perempuan yang dia cinta juga. Dia terpaksa undur diri" beritahu Maya.
"Aku tak percaya" ucap Taufiq
Maya mengeluh berat. Macam mana dia nak yakinkan Taufiq dengan cerita itu.
"Kalau Kau cintakan Haikal kenapa kau tunang dengan aku? Kenapa Haikal tiba-tiba kahwin dengan kau kalau dia sendiri cakap dia sanggup undur diri demi keluarga."
"Sebab kecewa cinta ditolak, jadi aku beralih arah dengan mencintai aku. Aku sangka aku sudah mencintai kau Tapi aku salah. Hati aku masih berdegup tak tentu fasal bila bersama Haikal. Hati aku tak boleh macam tu dengan kau. Saya cuba dan cuba mencintai kau tapi tak boleh sebab hati aku mengingat Haikal walaupun dia cuba lari dari aku. I Cant Taufiq" bentak Maya kesal. Air matanya akhirnya mencurah jatuh di pipi
Taufiq tersentak. Ini pertama kali dia melihat Maya menangis. Maya jarang menangis di hadapan orang.
"Haikal tak rampas hak kau Taufiq. Aku yang nak bersama dengan Haikal. Aku nak bahagiakan dia sebelum terlambat." Serak suaranya berbicara
'Apa maksud Maya Sebelum terlambat' getus hati Taufiq.
"Aku masih tak percaya. Entah-entah Haikal hantar awak kesini untuk pujuk saya"
"Suka hati kaulah. Aku dah cakap jujur. Aku sedar aku tak cintakan kau tapi aku anggap kau macam abang aku bukan sebab cinta. Aku datang sini pun tanpa izin suami dan tak sangka kedatangan aku sia-sia sebab dia dengar bisikan Syaitan" Ujar Maya dengan keluhan panjang
"Aku nak tanya, kau ada pergi dengar ceramah di masjid?" tanya Maya sakit hati.
Taufiq mengelengkan kepalanya. Jarang sudah dia pergi masjid sejak sibuk dengan kerjanya di hospital.
"Elok kau ambil masa pergi masjid dengar ceramah sebab aku rasa hati kau dah hitam dengan bisikan Syaitan" perli Maya.
Taufiq tersentak.
"Setahu aku papa dan mummy tak pernah ajar anak mereka bersifat pendendam dan pemarah. Mana sifat menyayang dan tanggunjawab kau sebagai seorang islam ni Tengku Taufiq. Mana perginya akhlak kau sebagai seorang al-Hafiz. Kalau kau pilih dendam dari terima takdir Allah, kau buat kesilapan paling besar." Terang Maya.
"Jangan rosakkan iman dan hati kau dengan dendam dam amarah nanti menyesal." Ujar Maya lalu beredar dari situ. Sekarang bergantung pada diri Taufiq untuk terima semua yang dia sampaikan.
( jangan tanya kenapa sekejap kau awak aku saya.. kadang2 saya tak sedar apa saya tulis. hahahaha:D.. korang ada idea untuk cerita ni ke? klau ada saya akan kembangkan idea my reader.. Author dah tiada ideaskrg ni)
YOU ARE READING
Tunggu Di Pintu Syurga
RomanceSumayyah bekas atlet angkat berat merupakan anak kepada Encik Azam bekas tentera. sifat dia berbeza dengan wanita lain. Sumayyah suka aktiviti lasak dan bertindak melulu tanpa berfikir membuat ayahnya pening kepala dengan perangai anaknya itu. Sum...