Maya dibenarkan pulang setelah tiga hari berada di hospital. Sepanjang dia berpantang, Alyah, Putri dan Ana menjaganya dengan baik sekali.
seminggu selepas itu mereka membuat majlis akikah dan Haikal meminta Taufiq untuk tahnikkan anak-anaknya itu.
Ketiga-tiga anaknya sudah diberi nama.
Anak sulung Nur Husna bt Mohd Haikal. (tiba-tiba teringat cerita jangan benci cinta)
Anak keduanya pula Mohd Haffaz Bin Mohd Haikal
Anak bongsunya pula Mohd Haris Bin Mohd Haikal
************
"Syhhh jangan nangis sayang. Ayah ada ni" Hakal menepuk punggung Husna dengan lembut.
Husna tak berhenti menangis di dakapan Datin Irma. Apabila Datin Irma menyerah Husna kepada Haikal baru dia berhenti menangis.
Datin Irma dan Alyah mengelengkan kepalanya.
"Nak ayah dia juga." ujar Datin Irma.
Haikal Cuma tersenyum. Anak perempuannya itu sungguh rapat dengannya sejak dia lahir lagi.
Maya tersenyum disebelah Haikal dan memandang anak perempuannya yang tengah menyusu. Bulat matanya memandang Haikal.
Allisya pula sedang menyusu Mohd Haris manakala Ellina menyusukan Mohd Haffaz.
Maya tidak boleh menyusu badan ketiga-tiga anaknya sekaligus. Jadi dia terpaksa mengepam susunya ke dalam botol dan menyimpan susu yang lebih dipam di peti sejuk.
Dia brsyukur mempunyai suami yang sentiasa menemaninya di waktu malam apabila anak nak menyusu. Walaupun keadaan Haikal tidak menentu tapi dia sanggup menahan mata untuk melayan karenah anak-anakya.
"Biar mummy letak Husna di katil dia."
Alyah mengambil Husna yang didukung Haikal dan meletakkannya semula di baby crib sebelah katil Maya.
"Sya biar abang susukan Haris pula" beritahu Haikal.
Allisya mengangguk lalu menyerahkan Mohd kepada Haikal.
Haikal menepuk punggung Mohd Haris dengan lembut. Dia mengucup kedua-dua pipi anaknya itu. Bulat mata Mohd Haris memandang Haikal. Raut Wajah Mohd Haris persis wajah Haikal.
"Wajah Haris macam wajah Haikal time baby dulu" beritahu Alyah.
"Betul tu Alyah.. sebiji sangat" sokong Datin Irma.
Haikal tersenyum bangga mendengar pujian itu.
Maya meletakkan Haffaz di katil bayi sebelah dengan kakaknya. Buat sementara waktu anak-anaknya tidur sekatil memandangkan tubuh mereka masih kecil.
Maya menepuk lembut punggung Haffaz.
Dia tersenyum bahagia
"mummy, Maya teringin nak makan apa-apa tak? Nanti mummy boleh masakkan?" soal Alyah. Memandangkan Maya sudah habis berpantang.
Maya berfikir sejenak dan mengelengkan kepalanya.
"Tak ada mummy"
"Kalau ada apa-apa panggil mummy or Allisya or Ellina" beritahu Alyah.
"Thank you mummy" ucap Maya dan Haikal serentak
"Nenek pun nak keluar. Kalau ada apa-apa panggil taw. Maya walaupun luka kamu dah sembuh jangan lasak sangat" pesan Datin Irma.
"Baik nek" akur Maya.
Apabila semua sudah keluar dari kamar mereka, tinggal mereka berdua bersama Haris yang masih rakus menyusu di botol.
![](https://img.wattpad.com/cover/154472282-288-k33320.jpg)
YOU ARE READING
Tunggu Di Pintu Syurga
Roman d'amourSumayyah bekas atlet angkat berat merupakan anak kepada Encik Azam bekas tentera. sifat dia berbeza dengan wanita lain. Sumayyah suka aktiviti lasak dan bertindak melulu tanpa berfikir membuat ayahnya pening kepala dengan perangai anaknya itu. Sum...