Chapter 55

2.3K 82 29
                                    

"Abang minta maaf sebab tak dapat teman sayang pergi check up hari" beritahu Haikal dengan perasaan serba salah.

Haikal menyandar tubuhnya di bantal yang menjadi pengalas belakang tubuhnya. Dia rasa bersalah kerana tidak dapat menemani Maya pergi check up kandungannya.

"Maya faham. Abang kan tak sihat. Lagipun mummy, Allisya dan Ellina teman Maya pergi check up. Abang jangan risau" beritahu Maya sambil mengusap kepala Haikal.

"Tapi abang okay ke tinggal sorang-sorang di rumah?" tanya Maya risau.

"Abang okay tinggal sorang-sorang kat rumah. Taufiq dan Danish kejab lagi baliklah tu" beritahu Haikal.

Dia memandang raut wajah Maya yang berseri itu.

"Perut abang tak sakit?" soal Maya lagi.

"Tak sakit" balas Haikal.

Semalam bukan main teruja Haikal ingin mengetahui jantina bayinya itu. Haikal sentiasa menemaninya apabila membuat check up bersama Doktor.

Namun kali ini, Haikal tiba-tiba berubah fikiran untuk tidak mengikutnya dan memebri alasan dia tak sedap badan.

Haikal mengusap perut Maya yang sudah berusia 7 bulan setengah.

"Anak-anak ayah jangan susahkan ibu ya.. Ayah tak sabar nak tahu jantina anak-anak ayah ni. Nanti kita beli baju dan toys lagi" beritahu Haikal. Dia tersenyum apabila merasakan gerakan di perut Maya.

"Bukan main seronok mereka bila dengar ayah nak beli baju dan toys" ujar Maya sambil mengusap perutnya.

Minggu lepas Haikal mengajaknya semula untuk membeli baju dan barang keperluan untuk anak-anaknya itu. Katil bayi pun dia sudah beli.

Malah ahli keluarga yang lain dan rakan-rakan mereka juga ada memberi baju dan barang keperluan bayi sebagai hadiah.

"Kak Maya, jom kita gerak. Mummy dah tunggu di luar" beritahu Ellina di luar bilik tidur Haikal.

Maya mengangguk faham lalu berdiri untuk meninggalkan Haikal.

"Jaga isteri abang baik-baik" pesan Haikal kepada adiknya itu.

"Alright big bro" ujar Ellina lalu menunjukkan tanda okay.

Maya menoleh kebelakang. Dia memandang raut wajah Haikal dengan perasan risau. Sungguh berat untuk dia meninggalkan Haikal keseorangan di rumah agong itu.

"Sayang jangan risau, Abang tak apa-apa." Ujar Haikal dengan yakin.

"Jom kak" ujar Ellina lalu mengenggam tangan Maya.

Maya mengangguk perlahan.

"Maya gerak dulu bang"

"Kalau ada apa-apa call Maya or Ellina dan Allisya" pesan Maya.

Haikal mengangguk lalu melambai kearah Maya.

Apabila Maya hilang dari pandangannya. Haikal mengeluh panjang.

Dia menyelak selimut yang menutupi kakinya itu. Dia memandang kakinya yang elok dan kaku disitu.

Haikal mengetap bibir.

Haikal yang tersedar dari tidur ingin menunaikan solat sunat Tahajjud terbatal apabila kakinya tidak boleh bergerak langsung sampai sekarang.

'tak apa Haikal. kejap lagi kaki kau gerak semula' pujuk Hati Haikal. Dia yakin kakinya akan gerak semula.

**************

Sudah tiga jam berlalu namun kakinya langsung tidak boleh bergerak. Haikal mula risau. Dari tadi dia menahan kencing dan membuang air besar. Tak boleh jadi ni gumam hati Haikal.

Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now