"Sayang nak bawa abang pergi mana ni? dengan mata tertutup bagai ni abang tak namapak lah sayang" keluh Haikal. Maya menyuruh dia menutup mata dengan menggunakan kedua telapak tangannya.
tiba-tiba Maya mengejutkannya pada pukul 12 tengah malam . Dia memberitahu ada sesuatu nak tunjuk kepadanya. Pukul 12 tengah malam! Suasana gelap nak tunjuk apa!?
"Abang sabarlah. You wait and see" ujar Maya mendukung Ilham menuju kearah taman bunga Alyah.
Langkah Maya terhenti sebaik sahaja sampai destinasi yang dituju. Dia memandang Haikal yang masih menutup matanya. Dia ketawa kecil. Tak sabar nak beri suaminya kejutan.
"You can open your eye"
"Dah sampai ke" Haikal terus membuka matanya dan melilau melihat keadaan disekelilingnya. Taman bunga?
"Kenapa kita nak pergi ke taman bunga sayang? Gelap je abang tengok. Tak de benda kat sini" Haikal terus menyoal.
"Abang nak tahu? Maya teringin nak buat kerja gila. Allisya kata kat taman ni ada sesuatu. So Maya nak ajak abang buat ghost hunter. " terbuntang mata Haikal memandang isterinya. Biar betul?!
"Ish Gila la sayang ni! abang tak naklah. Abang takut. Jomlah kita balik. Nanti anak-anak cari" Haikal sudah mula cuak. Isterinya mana boleh percaya. Kalau dia cakap nak buat, memang dia akan buat.
Maya tergelak besar. Dia tahu wajah Haikal sudah cuak sekarang ni. Walaupun keadaan taman bunga tersebut masih gelap tapi dia tahu Haikal sudah mula takut.
Maya mendongak keatas lalu memandang ke balkoni dan tersenyum penuh makna kearah figura tersebut.
"Light on!" jerit Maya.
Haikal tersentak mendengar Maya menjerit lalu memandang pelik kearah Maya dan tiba-tiba...
Click~~
Taman bunga milik Alyah yang gelap itu tiba-tiba bercahaya.
Haikal terpana. Dia terkejut melihat lampu yang berwarna warni mengeliling taman bunga Alyah. sungguh cantik sekali.
"Apa ni sayanng?" Haikal terus menyoal dengan wajah yang masih terpegun dengan suasana yang terang dan cantik. Sejak bila Maya pasang semua lampu ni?
Maya tidak menjawab pertanyaan Haikal. Dia menyusun langkah secara perlahan.
YOU ARE READING
Tunggu Di Pintu Syurga
RomanceSumayyah bekas atlet angkat berat merupakan anak kepada Encik Azam bekas tentera. sifat dia berbeza dengan wanita lain. Sumayyah suka aktiviti lasak dan bertindak melulu tanpa berfikir membuat ayahnya pening kepala dengan perangai anaknya itu. Sum...