Chapter 23

2K 59 4
                                    

Akhirnya Dr Hazwan membenarkan Haikal pergi bercuti ke Sabah selama seminggu. Haikal sangat teruja apabila sahabatnya itu memberi greenlight kepadanya. Mereka akan bercuti di Sabah lselama seminggu.

Mereka akan berangkat ke Sabah pada hari ini. tujuan dia membuat ini semua kerana dia ingin membahagiakan Maya sebelum ajalnya tiba. Sekurang-kurangnya ada juga kenangan Maya bersama dengan dirinya.

"Lepas balik bercuti terus pergi Hospital. Jangan lupa makan ubat. Cuti, cuti juga tapi pemakanan perlu jaga. Jangan makan sebarangan." bebel Dr Hazwan.

"Jangan risau Wan, Aku akan pastikan dia makan ubat mengikut waktu yang ditetapkan dan menjaga permakanan dia." janji Maya.

"Good to hear that" ujar Dr Hazwan dengan anggukan.

"Okaylah bro.. Kami gerak dulu takut lewat sampai KLIA" ujar Haikal lalu bersalaman dengan Dr Hazwan.

"Jaga Haikal untuk aku" beritahu Dr Hazwan kepada Maya. Dia begitu sayang dengan sahabatnya itu. Orang pertama yang selalu bantu dia ketika susah.

"Kau jangan risau. Pandailah aku jaga suami aku" ujarnya sambil tersenyum sebelum memasuki perut kereta. Dr Hazwan membalas senyuman lega.

*****************

"Hello Sabah, I'm here" ujar Haikal teruja.

Impian dia untuk melancong ke Sabah akhirnya tercapai juga. kegembiraan dia bertambah apabila dia pergi Sabah bersama isterinya.

"Abang, dahlah tu. Malu Maya dengar abang jerit macam budak-budak" marah Maya.

Dia rasa malu dengan perangai Haikal terlebih teruja seperti budak-budak yang baru dapat mainan baru.

"Biarlah.. abang happy sangat dapat honeymoon dengan sayang" ujarnya dengan romantis. Sepanjang perjalanan, tangan Haikal tak lepas mengengamkan tangan Maya dengan erat sekali.

"Abang, kita check in hotel dulu" beritahu Maya.

"Maya dah letih ke?" soalnya risau.

Maya mengelengkan kepala.

"Kita hantar beg dulu baru berjalan. Tak mungkin kita berjalan dengan beg sekali" ujar Maya.

"Ah Arr lah. Betul juga cakap Maya. Kita check in dulu, rehatkan badan lepas solat asar kita jalan tengok kawasan Semporna."

Selama sejam perjalanan mereka ke Pekan Semporna selepas keluar dari Airport Tawau. Haikal sudah terlelap sepanjang perjalanan dengan berbantalkan bahu Maya. Tangan Haikal masih mengenggam kemas tangan Maya.

Maya berasa tak selesa apabila Pemandu Teksi asyik mengerling kearah mereka. Kalau pemandu itu ada niat jahat dengan mereka, dia dah cari orang yang salah nak cari masalah.

'Pak cik salah orang cari masalah. Aku ni askar pak cik. Bila-bila masa aku boleh teranjang pak cik' getus hati Maya.

"Kenapa Pak cik" tanya Maya perlahan. Dia risau menganggu lena Haikal.

"Maaf cik. Pak Cik mau tanya" tanya Pemandu tersebut sambil mengerling kearahnya semula melalui cermin belakang.

"Apa dia Pak cik" tanya Maya terus.

"Kamu berdua ni pasangan kekasih atau suami isteri?"

"Suami isteri pak cik" balas Maya. Dah terang-terang kami pakai cincin di jari. Tak mungkin tak nampak.

"Owh... Selalunya Pak cik Bawa pasangan kekasih. Pak cik Mau tahu cik ni askar ya?" tanya Pemandu teksi itu lagi.

Maya terkejut. Macam mana dia tahu saya askar getus hatinya. Mungkin sebab dia memiliki susuk badan seorang anggota tentera.

Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now