Chapter 58

2.3K 85 20
                                    

"Nak pergi mana tu Taufiq?" tanya Encik Izzudin apabila melihat Taufiq mendukung Haikal menaiki anak tangga.

"Haikal tidur dengan Taufiq malam ni. Lama Taufiq tak berborak panjang dengan Haikal. Sya dan Lina tidur dengan Maya. Taufiq dan Haikal naik dulu." beritahu Taufiq.

Encik Izzudin mengangguk faham.

"Abang lama kita tak tidur sama-sama. Berborak sama-sama dan jalan sama-sama." Beritahu Haikal.

"Adik nak jalan-jalan?" tanya Taufiq dan menarik selimut menutupi tubuh Haikal.

Taufiq bersandar di kepala katil sambil memandang wajah Haikal.

"Nak. Tapi kalau boleh Haikal nak jalan-jalan satu family macam dulu. tapi Haikal rasa macam tak sempat buat tu semua."

"Insya-Allah sempat. Esok kita pergi jalan-jalan." pujuk Taufiq.

Terbuntang mata Haikal mendengar kata-kata Taufiq

"Hah? Betul ke? Tapi keadaan Haikal kan tak sihat. Mana bolehpergi jauh-jauh." Ujar Haikal yang sudah memuncungkan mulutnya.

"Hmm.. apa kata kita pergi i-city esok." Cadang Taufiq.

"Boleh ke? Haikal teringin nak pergi sana."

"Okay.. Esok kita pergi sana."

"Tak sabar" ujar Haikal teruja.

Taufiq sudah menaip sesuatu di group whatsapp dan semua memberi respond setuju. Esok mereka akan pergi i-city dengan semua ahli keluarga.

"Abang Haikal nak minta maaf atas semua kesalahan Haikal dekat abang" ucap Haikal ikhlas.

"Abang dah lama maafkan adik. Adik maafkan abang semua kesalahan abang dekat adik"

"Haikal pun dah lama maafkan abang. You know that I love you. Thank you become the awesome brother to me" ucap Haikal dengan senyuman manis.

"I love you too lilttle bro. You are the best twin little brother that i ever have"

Mereka sudah ketawa.

Malam tersebut mereka berbual panjang sehingga mereka tidak sedar jam di dinding menunjukkan pukul 3 pagi.

**************

Senyuman Haikal tak lekang dari tadi sehingga isterinya rebah disebelahnya dia tak sedar. Walaupun keadaan dia penat tapi kepenatan itu bukan penghalang untuk dia meluangkan masa bersama ahli keluarga.

Banyak aktiviti mereka lakukan di i-city. Sempat juga dia ambil kesempatan untuk berdating bersama Maya di bawah pokok yang bersinar dengan hiasan lampu warna-warni

Maya merebahkan kepalanya di bantal Haikal. mereka tidur sebantal. Dia meletakkan bantal peluk di pinggangnya. Sejak kandungannya makin sarat dia kerap sakit pinggang. Dia memaut lengan kanan Haikal.

"Amboi bang.. Senyum sampai ke telinga nampak.. Tak sedar isteri dah baring kat sebelah." Rajuk Maya lalu mendepa lengan Haikal.

Haikal tersentak lalu ketawa.

"Hari ini abang bahagia sangat dapat keluar jalan-jalan dengan semua ahli keluarga abang macam dulu."

"Glad to hear bang" ucap Maya.

"Terima kasih sayang kerana hadir dalam hidup abang. Dan bawa zuriat abang" ucap Haikal.

"Maafkan abang sebab menjadi suami yang tidak sempuna untuk sayang." Luah Haikal kesal

"abang is the best husband that I ever had." Puji Maya lalu mengucup tangan Haikal.

"Abang sayang Maya dan anak-anak kita kerana Allah" ucap Haikal sambil mengusap perut Maya.

Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now