Chapter 17

1.4K 50 5
                                    

Keesokan harinya, kediaman milik Encik Azam riuh dengan kepulangan anak lelakinya bersama isteri dan anak mereka.

Mereka terpaksa balik kerana anak perempuannya ingin membincangkan perkara yang penting kepada mereka. Encik Azam sudah lama duduk di sofa menunggu anak perempuannya memulakan pembincangannya.

"Maya, apa yang penting sangat nak bincangkan sampai panggil kami semua berkumpul?" tanya Fakhrul abang kedua Maya yang menetap di Seremban 2.

"Maya nak bincang pasal err..." tiba tiba dia berasa gugup pula. Agaknya mereka setuju ke dia berkahwin dengan Haikal getus hati Maya.

"So. Nak bincang pasal apa, dik?" tanya Fawad tak sabar.

"Maya nak kahwin" ucapnya perlahan dan jelas.

Maya mengangkat kepalanya dan memandang ahli keluarganya silih berganti.

"Kahwin?" terbuntang mata Fawad memandang Maya. Dah buang tabiat ke adik aku ni?

"Dengan anak Encik Izzudin dan Mummy Alyah." Dia tak nyatakan nama Haikal. Dia tak berani nak melihat reaksi abang-abangnya dan Encik Azam. Jantungnya berdegup kencang

Pasti mereka akan terkejut mendengar nama Haikal keluar dari mulutnya bukan Taufiq.

'Mereka dah berbaik ke?' getus hati Fawad. Dahinya berkerut memandang Maya.

'Adik nak kahwin dengan Taufiq ke?' teka Fakhrul pula sambil memeluk tubuh.

Pertanyaan mereka menjadi tanda tanya di hati mereka berdua saja.

"Maya dah fikir masak-masak ke dengan keputusan ini?" tanya Aisyah isteri Fawad.

"Dah kak, Maya dah dapat petunjuk dari Allah bahawa dia jodoh Maya" jawab Maya jujur.

Aisyah mengangguk saja.

"kamu berdua dah bincang baik-baik?" tanya Fawad pula

"Dah abang"

"Kalau itu keputusan kamu berdua, abang tak boleh buat apa-apa. Baguslah kamu dah berbaik." Ujar Fakhrul.

Maya Cuma mengangguk saja.

Sedari tadi tak berkelip mata Encik Azam memandang anak daranya. Dia rasa ada sesuatu tak kena.

"Maya nak ayah buat apa?" tanya Encik Azam setelah sekian lama berdiam diri dari tadi.

"Maya nak minta tolong ayah hantarkan rombongan meminang ke rumah Mummy Alyah."

"Apa!?" Fawad dan Fakhrul terkejut lalu berdiri serentak.

Encik Azam pula mengusap dadanya dek kerana terkejut. Anak daranya buat hal lagi.

"Adik tahu tak ini kerja gila!" bentak Fawad.

Tak pernah dibuat orang perempuan hantar rombongan kepada pihak lelaki. Ini kerja gila!

"Adik tahu tak apa adik cakap ni?" tanya Fakhrul pula.

"Maya tahu apa Maya buat." Kali ini suaranya bertukar serius. Maksudnya dia tidak main-main dengan keputusan dia buat.

"Kenapa pula kita yang perlu hantarkan rombongan dekat mereka. Biarlah mereka datang sini." Ujar Fawad tak puas hati.

Maya mengelengkan kepalanya.

"Apa salahnya kita hantar rombongan dekat mereka? Tak salahkan?" Tanya Maya pula

"Memang tak Salah.. Tapi malulah dik. Nampak sangat adik terhegeh-hegeh nakkan anak mereka" Fawad tidak puas hati dengan permintaan bodoh adiknya itu.

Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now