Rumah agong milik Alyah dan Encik Izzudin sungguh riuh rendah dengan suara anak-anak dan menantu mereka.
Datin Irma telah menyerah rumah ini kepada mereka setelah mendapat persetujuan adik-beradik Encik Izzudin. Datin Irma tinggal dengan anak sulungnya, Fahmi.
Ellina dan Allisya duduk di antara Haikal. Mereka amat manja dengan Haikal kerana dia yang menjaga mereka dari bayi lagi sampai sekarang.
Apa-apapun pasti Haikal yang mereka akan cari berbanding dengan abang-abang dan kakak yang lain. Mereka akan menuju kearah Haikal untuk meminta sesuatu sperti nak beli barang make-up, berjalan, bermanja dan ingin mengadu.
Danish seorang abang yang tegas tapi dalam hati ada bunga (hahaha). Dia cepat menegur kesalahan adik-adiknya. Danish lebih rapat dengan Ilham.
Walaupun Ilham anak bongsu tapi dia jarang menyusahkan orang lain. Ilham mempunyai masalah asma dari kecil lagi. Tak boleh letih sedikit pasti dia akan diserang asma. Oleh sebab itu, abang-abang dan kakaknya selalu memantau keadaan Ilham.
Putri dan Ana sudah berkahwin dengan pilihan hati mereka. Putri mempunyai dua orang anak lelaki dan tak lama lagi mereka akan dikurniakan anak kembar perempuan.
Ana pula mempunyai seorang anak perempuan.
Alyah tersenyum melihat anak-anakya berbual mesra di ruang tamu. Pelbagai benda mereka ceritakan mengenai aktiviti sekolah Ilham, aktiviti di kolej Ellina dan Allisya, dan juga mengenai pekerjaan mereka.
Yang mencuit hati Alyah apabila melihat mereka suka menyakat Danish dan Haikal. Mereka berdua cepat cuak bila kena buli oleh orang lain.
Alyah tersenyum bahagia melihat keakraban mereka. Harap kearaban mereka semakin utuh sampai bila-bila.
Tiba-tiba dia terasa ada tangan memaut pinggangnya lalu dipeluk lebih erat sekali.
Alyah tersenyum.
"Kenapa senyum sorang-sorang ni?" soal suaminya sambil mencium kepala Alyah.
Walaupun usia mereka semakin meningkat namun cinta dan kasih sayang mereka kuat tak ditelan usia.
"Alyah seronok melihat anak-anak kita berkumpul bang. Alyah rasa tenang bila mereka kumpul ramai-ramai dan berborak." Jawab Alyah.
"Ini semua hasil dari didikan Sayanglah." Encik Izzudin syukur kerana hasil daripada didikan Alyah, anak-anak mereka menjadi orang berguna dari segi ilmu agama dan pendidikan.
"Tak nak join mereka berbual ke sayang?" soal Encik Izzudin apabila melihat Alyah masih tersenyum memandang anaknya.
Alyah menoleh kearah Encik Izzudin lalu tersenyum.
Dia mengelengkan kepalanya
"Kalau macam tu, kita masuk ke bilik. Buat anak no-10" sakat Encik Izzudin
"Ish abang ni.. umur kita dah masuk 50-an ada hati nak buat anak. Sedar sikit kita dah ada cucu." Ujarnya lalu mencubit lengan suaminya.
Dah tua pun masih gatal.
"Ouch sayang.. semakin tua makin kuat pula cubitan sayang ni buat abang makin sayang. Manalah tahu kuasa Allah, sayang mengandungkan anak kita yang ke-10. Di luar sana banyak wanita yang mengandung sebaya kita ni.. macam mana anda berani? Meooow~~" ucapnya dengan suara gatalnya.
Alyah menjeling kearahnya dan sekali lagi dia mencubit lengan Encik Izzudin.
"Bagus lagu Alyah layan anak-anak dari layan abang. Tak suka taw" rajuk Alyah lalu berjalan kearah anak-anaknya itu.
Encik Izzudin ketawa sambil mengelengkan kepalanya.
"Mummy" jerit Haikal apabila melihat Alyah mendekati mereka. Mereka semua memandang Alyah lalu tersenyum.
"Jomlah mummy join kita berborak" beritahu Danish.
Encik Izzudin juga berjalan kearah anak-anaknya itu Dia duduk disebelah isterinya lalu memaut jari-jemari Alyah.
"Rancak berborak. Bincang pasal apa? Politik?" soal Encik Izzudin
"Taklah papa.. Bincang pasal Haikal, bilalah kita merasa nasi minyak dari dia ni" beritahu Putri. Mereka yang lain mula ketawa
"Kakak ni. Haikal belum lagi ada calonlah. Tunggu Abang Fiq dan Asyraff baru Haikal fikirkan" ucapnya.
"Cepat-cepatlah kahwin Haikal, nanti dicopkan sebagai gay baru tahu" gurau Encik Izzudin pula.
Haikal Cuma tersengih
"Ish abang ni. adakah patut cakap macam tu dengan anak. Haikal jangan dengar cakap papa Haikal ni. kalau mengarut no.1" balas Alyah sambil menjeling suaminya yang sudah tersengih.
Yang lain sudah tergelak melihat telatah mummy dan papa mereka.
"Yalah... Asyik terkantoi tidur dengan Taufiq apa tidaknya." Ucap Encik Izzudin.
Haikal dan Taufiq memang rapat macam adik beradik kembar. Sentiasa bersama tak kira dimana pun mereka pergi.
Berkongsi masalah sama-sama dan tak pernah dia melihat mereka berdua bergaduh. Taufiq sentiasa melindungi Haikal dari dibuli.
Haikal ni lemah orangnya. Dia pendiam dan jarang kongsi masalahnya di sekolah. Dia dibuli disebabkan mukanya dan nama bapa yang berbeza daripada adik-beradiknya yang lain.
Sejak peristiwa itu, menyebabkan Taufiq sukar untuk meninggalkan Haikal seorang diri sampai sekarang.
"Ish papa ni. bukan Haikallah tidur dengan Taufiq. Tapi Abang tu nak tidur dengan Haikal" ujarnya lagi.
"Ala... Bukan selalu Taufiq tidur di bilik Haikal. Bilik Haikal dekat, bilik abang jauh. Jadi abang tidurlah di situ. Penatlah bekerja dari pagi sampai malam rawat patient."
"Jangan pula terbawa-bawa sampai kahwin Taufiq.. kasien pula dengan isteri kau, dia tidur sorang-sorang tapi kau tidur dengan Haikal.. Eee... tak malu." Ucap Putri.
"Kesitu pula kakak. Kalau dengan isteri lain. Kalau tidur dengan isteri syok sikit. tapi ktidur dengan Haikal, hmm.. kosong" ucapnya sambil ketawa.
Yang lain juga ikut ketawa.
"Kalau abang Haikal kahwin, tak bolehlah Lina manja dengan Abang lagi" celah Ellina sambil memeluk lengan Haikal.
"Walaupun Abang dah kahwin adik-adik abang tetap no.2 dihati abang"
"siapa duduki no.1?" soal Allisya sambil memandang tepat kearah Haikal.
"Mummy" jawabnya jujur.
"Hmm.... Manja dengan isteri berbeza dangan bermanja dengan adik-beradik. Macam kakak Ana dengan Abang Zaki" ucap Allisya pula.
"Eh kenapa pula kakak terlibat sekali dalam hal ni?" soal Ana pelik.
"Tepuk dada tanya suami." Ucap Ilham sambil tersengih.
Dia sudah merebahkan kepalanya di bahu Asyraff sambil bermain telefon bimbit Asyraff.
Yang lain hanya ketawa kecil
"Mummy baru terigat, bila Taufiq nak ajak Maya makan dekat sini?" soal Alyah.
"Tak pasti lagi mummy. Sebab dia masih busy ajar budak-budak karate. Dia cakap bulan depan ada tournament" balas Haikal.
Alyah Cuma mengangguk faham.
"Taufiq jangan lama-lama bertunang. Risau dirampas oleh orang" ujar Putri serius. Dah setahun mereka bertunang.
"In Sha Allah.. Jika Maya Jodoh Taufiq, kita akan kahwin juga." Ucap Taufiq.
(Anggaplah rumah Encik Izzudin macam rumah Dato Aliff Syukri😂😂😂.. Maaf kalau bahasa ke laut dan hambar.. 😁)

ANDA SEDANG MEMBACA
Tunggu Di Pintu Syurga
RomanceSumayyah bekas atlet angkat berat merupakan anak kepada Encik Azam bekas tentera. sifat dia berbeza dengan wanita lain. Sumayyah suka aktiviti lasak dan bertindak melulu tanpa berfikir membuat ayahnya pening kepala dengan perangai anaknya itu. Sum...