"Abang dah ready jumpa mereka?" Tanya Maya sambil mengenggam tangan Haikal untuk memberi kekuatan.
Maya memandu dari Shah Alam ke Kuala Lumpur. Apabila sudah hampir di rumah Alyah, dia berhentikan kereta di tepi jalan untuk Haikal mengambil alih pemanduan. Sejak Haikal sakit, Maya melarang keras Haikal untuk memandu.
Haikal menarik nafas lalu menghembuskan perlahan sebelum mengangguk. Mereka tukar tempat duduk dan Haikal sudah mula memandu ke rumah Alyah.
Haikal mengetap bibir apabila melihat kelibat Alyah sudah berdiri tegak di luar ruma dengan Allisya, Ellina, dan Encik Izzudin. Haikal dan Maya saling berpandangan sebelum keluar dari perut kereta.
Sebaik saja mereka keluar dari perut kereta, Allisya dan Ellina berlari mendapatkan mereka atau lebih tepat mendapatkan Haikal.
"Abang!!!" jerit Allisya dan Ellina lalu mendakap Haikal erat sekali seperti tidak mahu dilepaskan. Haikal terkesima dengan kelakuan mereka.
"Abang kami rindu Abang" luah mereka teresak-esak.
Setelah sekian lama berpisah akhirnya mereka dapat meluahkan rasa rindu kepada abang angkat mereka. Setelah 8 bulan Haikal meninggalkan mereka.
Walaupun Haikal terkejut tapi dia tersenyum bahagia.
"Abang kami minta maaf sebab buat perkara tak baik dekat abang. Kami sepatutnya tanya mummy dan papa dulu bukan tuduh abang melulu" kesal Ellina dan Allisya di dakapan Haikal. Haikal membalas pelukan mereka.
"Abang dah lama maafkan kamu berdua. Sayang abang tak?"
"Mestilah sayang" ucap mereka serentak lalu menyalam tangan Haikal. setelah bersalam dengan Haikal mereka berjalan menuju Maya lalu mendakap kakak ipar mereka.
"Ya Allah Haikal kenapa kurus sangat?" Soal Alyah dengan bimbang. Dia terkejut melihat keadaan Haikal yang kurus dan botak itu.
Haikal Cuma tersengih lalu menyalam tangan Alyah selepas berpelukan melepas rindu yang menggunung di hati.
"Penat buat projek setiap malam dengan Maya mummy sebab tu kurus" gurau Haikal.
Maya sudah menjeling tajam kearah Haikal dan mencubit lengan Haikal di hadapan Alyah dan Encik Izzudin.
"Aduhh.. Mummmy tengok Maya cubit Haikal" rajuk Haikal.
"Mengada" marah Maya. Encik Izzudin ketawa kecil melihat mereka berdua.
"Memang patut kamu kena cubit Haikal. Adakah patut jawab macam tu. Malu sikit depan adik-adik." Marah Alyah. Dia masih risau dengan keadaan Haikal yang begitu.
"Berapa hari Haikal tinggal sini?" tanya Encik Izzudin selepas mereka masuk ke dalam rumah. Ellina dan Allisya tolong angkat bagasi mereka masuk ke bilik.
"Tiga hari papa" jawab Maya.
"Betul ke ni?" tanya Alyah pula. Riak wajahnya mula gembira. Dia dapat meluangkan masa bersama anak dan menantunya itu.
"Ah arr mummy. Haikal nak tengok baby lelaki Ana. Mesti cute." Ujar Haikal teruja.
Haikal baru dapat berita gembira dua hari lepas Ana telah selamat bersalin baby boy. Dia akan berpantang di rumah Alyah kali ini.
Anak pertama mereka, dia berpantang dirumah orang tua Zaki. Kali ini dia ingin Alyah yang menjaga dia. Meriahlah rumah mereka nanti.
"Mungkin petang nanti dia discharge." beritahu Alyah.
"Taufiq?" tanya Haikal.
"Taufiq dia pergi khusus kedoktoran di Australia selama dua minggu." Jawab Allisya yang memegang tangan Maya.
"Abang bila lagi?" tanya Ellina sambil memaut lengan Haikal. dia menaikkan keningnya banyak kali membuat Haikal ketawa.
"On process" bisik Haikal di telinga Ellina.
"Amboii.. Nak kena cubit lagi ni" ujar Maya dengan nada tak puas hati.
Mereka sudah tergelak melihat pasangan tersebut.
(macam mana? okay tak? kalau ada ayat terumbang ambing bagitau kat sis.. hahahahaha...)
![](https://img.wattpad.com/cover/154472282-288-k33320.jpg)
YOU ARE READING
Tunggu Di Pintu Syurga
RomanceSumayyah bekas atlet angkat berat merupakan anak kepada Encik Azam bekas tentera. sifat dia berbeza dengan wanita lain. Sumayyah suka aktiviti lasak dan bertindak melulu tanpa berfikir membuat ayahnya pening kepala dengan perangai anaknya itu. Sum...