Chapter 6

1.6K 55 3
                                    

Kedatangan Maya disambut meriah oleh ahli keluarga Taufiq. Tiba-tiba Maya berasa malu apabila dia melihat kesemua adik-beradik Taufiq menyambut kedatangan dia dengan mesra sekali. Seluruh keluarga Taufiq ada.

"Mummy apa khabar?" soal Maya semasa menyalam tangan Alyah. Mereka berlaga pipi beberapa kali

"Sihat Alhamdulilah. Family Maya apa khabar? sihat?" soal Alyah pula.

"Sihat mummy. Ayah kirim salam dekat mummy dan papa" ucapnya.

"Waalaikumsalam" ucap mereka serentak.

"Kakak! We miss you. Malam ni kakak tidur sini ke?" ucap Ellina dan Allisya manja. Mereka berpelukan dengan Maya.

"Ahh arr. Kesian pula dengan abang kamu terpaksa hantar kakak ke Klang nanti" ujar Maya.

Mereka berdua mengangguk gembira.

Bolehlah mereka mendengar pengalaman Maya sepanjang membuat latihan tentera.

Maya sering menceritakan mengenai kisah dia sebelum menjadi leftenan. Banyak rintangan dia perlu tempuhi untuk mendapat kedudukan tersebut.

Walaupun ceritanya amat mengerikan bagi mereka. Namun mereka amat kagum dengan mental dan fizikal Maya yang tahan lasak itu. Badannya amat sesuai menjadi seorang askar.

"Amboi seronoklah mereka berdua dapat meluangkan masa dengan kakak Maya" ucap Putri sambil tersenyum.

"Mestilah kak." Ucap mereka gembira.

Kepala Taufiq melilau mencari seseorang. Alyah perasaan mengenai itu.

"Kalau Taufiq cari Haikal, dia belum sampai lagi." beritahu Encik Izzudin.

"Lewat juga dia balik" ucap Danish risau.

Selalunya sebelum maghrib dia dah sampai rumah

"Dia jumpa client petang tadi." Jawab Encik Izzudin.

"Kalau macam tu.. nanti Taufiq call dia" jawab Taufiq

Petang tadi Haikal minta izin dari Encik Izzudin untuk berjumpa client di Shah Alam. sejak usia Encik Izzudin semakin meningkat, dia malas nak berjumpa dengan client, jadi Haikal sentiasa menggantikan tempat dia. kadang-kadang anak buah dia yang menggantikan tempat dia juga, Anak Fahmi yang sulung, Naim.

Tiba-tiba Azan magrib berkumandang, menandakan waktu solat telah tiba.

"Dah Maghrib. Jom kita solat dulu" ujar Encik Izzudin. Anak-anaknya yang lain Cuma mengangguk.

****************

"Maya masih mengajar lagi ke?" soal Ilham.

Mereka baru selesai makan malam. Seluruh ahli keluarga Taufiq berkumpul untuk menonton television.

"Masih.. Malam kakak ajar orang berkarate, siang pula mengajar budak menembak." Beritahu Maya.

"Wow.. hebatnya kakak" ujar mereka kagum.

Maya tersenyum bangga. Mereka mendengar cerita Maya dengan khusyuk sekali.

"Taufiq tengok apa di luar tu?" soal Alyah apabila melihat Taufiq asyik melihat perkarangan rumah.

"Haikal, dia belum balik lagi" jawabnya risau.

"Tak payah tunggu Haikal, Taufiq" ujar Alyah.

"Kenapa?" soalnya pelik. Dia menoleh kearah Alyah dengan seribu tanda tanya.

"Haikal baru telefon mummy tadi. Dia cakap dia tidur di rumah kawan dia" jawab Alyah.

"Again?" soal Taufiq pelik.

Alyah Cuma mengangguk.

Sejak dua menjak ni, Haikal sering tidur di rumah rakannya.

"Rakan yang mana mummy? Naim? Hazwan? Azrul" kesemua nama rakan Haikal disebutnya.

"Tak silap mummy Hazwan." Jawab Alyah.

"Biarlah Haikal tidur rumah rakannya. Dia bukan buat benda tak berfaedah pun" ucap Alyah.

Taufiq mengangguk saja. Dia tidak mahu membuat mummynya risau mengenai Haikal.

"Pergi berbual dengan Maya tu. Nanti dia tersinggung pula kalau Taufiq lebihkan Haikal dari dia" tegur Alyah.

"Baik mummy" Taufiq menutup pintu dan melangkah kearah adiknya yang rancak bersembang dengan tunangnya.

"Seronok berborak. Cakap pasal apa?" Celah Taufiq lalu duduk disebelah Ilham.

"berbual pasal baju pengantin nak pakai warna apa?" sakat Ellina sambil menjongket keningnya.

"Hitam" jawab Taufiq selamba.

"Hah?!" Terlopong mulut mereka bertiga kerana terkejut dengan jawapan Taufiq.

"Biar betul? Tak ada taste langsung abang ni" ujar Alisya.

Taufiq ketawa kecil.

"Abang dan kakak Maya belum bincang lagi." jawab Maya. Dia menjeling kearah Taufiq.

'Ada ke patut pakai warna hitam. Dahlah aku ni gelap makin gelap jadinya kalau pakai warna hitam.' Getus hati kecil Maya.

"hmm... agak-agaknya bilalah nak merasa nasi minyak Abang Taufiq ni ek? Tak sabar pulak rasanya" rungut Ellina pula.

"When you want to marriage her, my dear abang?" soal Allisya.

"Kalau boleh malam ni pun boleh" ujar Taufiq sambil mengedipkan matanya kearah Maya.

Muka Maya sudah membahang

"Wuu... ada orang tak sabar nak kahwin." Seloroh Ilham pula.

"Bilalah kakak nak kahwin Abang?" soal Ellina pula.

Soalan Ellina dtinggal sepi sahaja.

Dia masih teringat akan mimpi dia beberapa hari ni.

"Aku terima Naimah Nur Sumayyah binti Mohd Azam dengan mas kahwinnya 300 ringgit tunai" lafaznya dengan lancar.

Tok kadi iaitu bapa kepada Sumayyah memandang saksi-saksi di belakang.

"Sah?" tanya Tok kadi.

"Sah" jawab saksi serentak.

Encik Azam menggoncang tangan menantunya itu sebelum masing-masing mengucap syukur. Dia memulakan bacaan doa.

Tanpa Maya sedar, diasudah menitiskan air mata. Sedih dalam kegembiraan. Dia masih tertanya-tanya adakah keputusan dia betul.

"Tahniah dik.. dah kahwin adik kakak ni" ujar isteri Fawad.

Dia dapat rasa bahawa suaminya sudah mengambil tempat di sisinya. Tangan kanannya disentuh oleh suaminya lalu menyarung cincin di jari manis Maya.

"Maya. Pergi sarung cincin ni di jari suami awak" ujar Aisyah lalu menyerah cincin tersebut kepada Maya.

Sekarang giliran Maya menyarung cincin di jari manis suaminya.

Selepas itu, Maya mencium telapak tangan suaminya. Dia dapat rasa yang suaminya itu mencium dahimya. Lama. Perlahan-lahan dia mengangkat kepalanya. Dia memberi senyuman manis kepada Maya.

"Saya akan menjaga awak sehingga nafasku terhenti." Ucapnya ikhlas.

Haikal nampak berkarisma dengan baju pengantinnya.

Ya, dia kahwin dengan Haikal bukan Taufiq.

"Kakak!" panggilan Ellina mengejutkan lamunan Maya.

"A..Ada apa Lina?" soalnya terkejut.

"Awak okay ke?" soal Taufiq risau.

"Okay" jawabnya.

"Sure?" soal Taufiq untuk mendapat kepastian.

"Sure. Awak tak payah bimbang." Ujar Maya bersungguh-sungguh.

"kalau macam tu. Akak jom kita naik bilik. Sya dah mengantuk" ujar Allisya. Maya mengangguk lalu berdiri.

"Goodnight my sunshine" ucap Taufiq romantis.

"Goodnight awak" ucap Maya lalu mengikut langkah Ellina dan Allisya menaiki tangga ke bilik mereka.

Tunggu Di Pintu SyurgaWhere stories live. Discover now