Tanpa berfikir panjang. Maya terus berlari keluar dari taman tersebut meninggalkan mereka berdua yang terpinga-pinga.
Dia menarik nafas lega apabila dapat keluar dari tempat itu. Dia harus keluar dari tempat itu segera sebelum Haikal tahu akan kehadirannya itu.
Baru saja dia melangkah ke parkir kereta, dia terasa ada orang mengenggam lengannya dari belakang. Tanpa berfikir panjang, Maya mencekak lengan tersebut lalu melipatnya ke belakang sehingga menghasilkan bunyi prakk.
"Ouch.." Rintih Haikal.
Bulat matanya memandang Haikal yang mengerutkan dahinya sebab sakit. Cepat-cepat dia melepaskan genggaman tersebut.
Nafas Haikal naik turun mungkin penat berlari. Haikal memandang tajam kearahnya membuat Maya terdiam.
'Habislah aku' getus hatinya
"As..as..as..Assalamulaikum Hai...Haikal. Ma...Maaf pasal tadi." Tergagap suaranya.
Kenapalah dia boleh tergagap dengan Haikal dan tidak dengan orang lain terutamanya Taufiq.
"Waalaikumsalam... kenapa gagap ni? is there somethig wrong?" soal Haikal lembut namun terdapat nada tegas di situ.
Maya cepat-cepat mengelengkan keplanya.
"Tak ada apa-apa" ujarnya masih tidak memandang kearah Haikal.
"Since when you eavesdrop on me?" soalnya perlahan.
'Eavesdrop? Curi dengar perbualan dia? No.'
Cepat-cepat Maya mengelengkan kepalanya.
"Mana ada saya curi-curi dengar perbualan awak dengan Hazwan" ucapnya tersasul.
Dia tak sedar apa yang dikeluarkan dari mulutnya kerana terlampau nervous apabila Haikal memandangnya.
"Oh ya? Penyakit apa yang Haikal cakap tadi eh?" tanya Haikal selamba.
"Tak silap barah.." Maya terus menutup mulut dengan kedua-dua tangannya apabila tersedar kesasulan kata-katanya
"Shit" bisik Maya perlahan.
Haikal ketawa kecil dan berhenti. Dia memandang tepat kearah Maya dengan muka serius. Maya semakin tidak keruan.
"You telling lie Sumayyah" luah Haikal
"Ok fine.. saya terdengar perbualan awak tanpa sengaja. It weird you are here in this hospital. So, saya risaukan keadaan awak, saya tak sangka pula saya terdengar seluruh perbualan awak from A-Z" akuinya dengan jujur.
"Thanks Maya for telling truths." Keluh Haikal.
"But why Haikal?" soal Maya untuk kepastian.
"Why? Maksud awak?" soal Haikal sambil memicit-micit kepalanya.
"Kenapa awak rahsia penyakit awak daripada orang lain?" soal Maya.
Perkara ini tidak boleh dirahsiakan. Haikal perlu berterus terang dengan keluarga angkatnya.
"I have my own reason. Awak tak perlu tahu. Ini bukan masalah awak. Awak tak ada kaitan dalam hal ini" ujar Haikal tegas.
'Aku tak ada kaitan dalam hal ni?! bukan masalah aku? Listen here Haikal, aku tak lama lagi jadi kakak ipar awak dan you should know kita dah berkawan sudah lama' bentaknya dalam hati.
"Listen here Haikal" marah Maya.
Haikal menoleh kearah Maya.
"Haikal, kita berkawan sejak sekolah rendah lagi dan awak cakap yang saya tak ada kaitan dengan hal ini. Is that the case, I will tell your parent about this." Ucapnya bersungguh-sungguh.
YOU ARE READING
Tunggu Di Pintu Syurga
RomanceSumayyah bekas atlet angkat berat merupakan anak kepada Encik Azam bekas tentera. sifat dia berbeza dengan wanita lain. Sumayyah suka aktiviti lasak dan bertindak melulu tanpa berfikir membuat ayahnya pening kepala dengan perangai anaknya itu. Sum...